Klang: Seorang ahli perniagaan produk kecantikan didenda RM4,600 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengakses dan menyimpan bahan lucah. Majistret Siti Zubaidah Mahat menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Chai Kien Tung, 29, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. Chai juga berdepan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda dan tertuduh membayarnya. Berdasarkan kedua-dua pertuduhan itu, lelaki berkenaan didakwa mengakses dan menyimpan dalam milikannya bahan lucah seperti video atau gambar di dalam dua telefon bimbit. Kesalahan itu dilakukan di bilik kawalan sebuah kondominium di Kota Bayuemas kira-kira 12.10 tengah malam tadi. Sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Mengikut fakta kes, mangsa ternampak telefon bimbit dari atas sebuah bilik tandas menghala ke arahnya ketika tengah mandi. Mangsa keluar dari tandas dan berjumpa dengan pengurusan kondominium bagi memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan didapati tertuduh lari keluar tandas berkenaan. Mangsa mengesyaki tertuduh mengambil videonya ketika mandi sebelum membuat laporan polis. SUMBER: – Harian Metro |
prince_marhaen: nama cinonek, tapi muka macam ponen2 tiktok..
zuuu replied at 5-11-2024 09:21 PM
Kiranya suspek ni ambik gambar/rakam video orang tengah mandi ke???sekali baca aq ingatkan dia kena ...
fattymah replied at 7-11-2024 08:34 AM
Banyak tu je dendanya.. cam hareyyy
malarky replied at 7-11-2024 10:28 AM
bukan sekadar denda tapi rekod tu kekal, pernah disabitkan kes jenayah.... kalau orang buat vettin ...
ADVERTISEMENT