CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PLKN 3.0 libatkan peserta umur 16 hingga 35 tahun, akan dimulakan Januari 2025

28-10-2024 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 79053| Komen: 72|Original author: antikorok

 
 


ALOR GAJAH: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari depan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata bagi fasa pertama, kerajaan menetapkan pembabitan peserta dalam skala kecil sebelum diperluaskan ke fasa seterusnya pada Jun tahun depan.

Beliau berkata, pelaksanaan PLKN 3.0 akan membabitkan peserta berusia antara 16 hingga 35 tahun dengan ketetapan beberapa modul pembelajaran.

"Untuk PLKN 3.0 ini kerajaan memperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk memulakan pelaksanaannya, justeru kita akan mulakan program ini dengan pengambilan pertama pada awal tahun iaitu Januari depan.

"Bagi pengambilan pertama ini, peserta akan ditempatkan di dua kem untuk kita 'pilotkan' projek PLKN 3.0 ini yang akan membabitkan kira-kira 500 peserta sebelum dilaksanakan secara menyeluruh dengan bilangan lebih besar pada Jun tahun depan," katanya.


Adly bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Projek Jiwa Murni di Hutan Percha Alor Gajah, hari ini. - Foto NSTP/Amir Mamat


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Projek Jiwa Murni (PJM) peringkat negeri di Hutan Percha, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin.

Adly berkata, sebanyak 13 kem tentera dikenal pasti sebagai lokasi pelaksanaan PLKN 3.0 antaranya di Kuala Lumpur dan Pahang yang akan digunakan bagi menempatkan peserta terpilih.

"Kita akan menggunakan kem sedia ada dan sekarang ini dalam proses untuk baik pulih, namun bagi pengambilan sesi pertama, kita hanya akan menggunakan dua kem.

"Namun menjelang 2026, semua 13 kem ini kita akan gunakan bagi menempatkan peserta selepas pelaksanaan sepenuhnya dijalankan," katanya.

Sementara itu, Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata, menerusi inisiatif PJM, Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerusi Tentera Darat sudah melakukan pembaikan 10 rumah di Melaka dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

"Bagi menjayakan inisiatif ini sejumlah RM138,500 diperuntukkan kementerian ini membabitkan kerja membaik pulih lima kediaman dalam Parlimen Alor Gajah dan bakinya di Parlimen Tangga Batu," katanya.

Sumber : Berita Harian
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 26-10-2024 05:11 PM
Edited by antikorok at 26-10-2024 06:46 PM

[ig]https://www.instagram.com/p/DBlMxcStgWR/[/ig]


[ig]https://www.instagram.com/p/DBlVzOJzruQ/[/ig]
Quote edayildiz 26-10-2024 06:24 PM
so selagi umo dilinkungan 16-35 mmg berpotensi la ek?
serammmmmnyerr...
hrp hrp tak kena la eh..
Quote bakingsoda 26-10-2024 06:34 PM
ahh sudah berpeluh millennials lahir 90s esp yg bujang, harus paling berisiko kena panggil...termasuk la aku
Quote ajinomotonosuga 26-10-2024 06:50 PM
sapa ler dapat kontrak sme ni yer?

Quote Suchi 26-10-2024 07:00 PM
Edited by Suchi at 26-10-2024 07:01 PM

Nak tanya kalau yg ada kad oku kena panggil juga ke? Apa hukuman kalau ngelak?

Bujang sahaja atau yg dah melekat ngn laki/isteri kena panggil juga ke?

Apapun good luck la pada acik2 dpt panggilan jangan jumpa jodoh baru plak
Quote alieyrina 26-10-2024 07:00 PM
Gila angker kalau kem bukak semula. Sbb dah tinggal lama
Quote lightheaded67 26-10-2024 07:40 PM
F9-tbmnbcAAW3bw-1140x1527.jpg
Quote Jitu 26-10-2024 07:52 PM
oh yg lahir 2007 dan ke atas je la mcm tu
Quote TomyamPuteh 26-10-2024 07:52 PM
Diorg tak guna kem2 yg terbiar tu la. Diorg akn pakai kem2 tentera.
Quote Jitu 26-10-2024 07:53 PM
edayildiz replied at 26-10-2024 06:24 PM
so selagi umo dilinkungan 16-35 mmg berpotensi la ek?
serammmmmnyerr...
hrp hrp tak kena la eh..

blh cari bf baru tak nak ke
Quote Acik2kepam 26-10-2024 08:00 PM
Napa sampai 36 je

Up la lagi
Akak nak gi, biar orang kat rumah rindu merentan bila akak takde 6 bulan.

Ermm ke memasing happy jer
Quote RosieRosie 26-10-2024 08:06 PM
Banyak lagi ke duit gamen nak diabiskan tu?
Quote najib888 26-10-2024 08:11 PM
Aik? Dulu bukan ke kata PLKN ni ngabihkan duit kerajaan je.. paling lantang membangkang DAP la.. ke aku silap
Quote makita 26-10-2024 08:17 PM
Acik2kepam replied at 26-10-2024 08:00 PM
Napa sampai 36 je

Up la lagi


Kalau umo up lagi, payah sket.
Kem Kene sediakan ambulan.
Kene sediakan farmasi.
Ye la kan kot tiba2 kene darah tgi ke stroke ke kan. Kaki kene simpol biawak ke kan
Tapi paling bahaya kot terjumpa ex boifren yg dah 30 tahun x jumpa ke kan hahaha
Quote asfaz 26-10-2024 08:20 PM
Kalau start Jan,kena budak2 2007,bukan ke tgh SPM?
Quote clarizsa 26-10-2024 08:23 PM
ambik lah rakyat yg kelas belakang lembam penganggur mat rempit bohsia cmtu sudahlah
sial je nk kacau ganggu budak/belia yg bijak2 ada jadual study (16+) n yg dh ada kerjaya ke , mcmla KERAjaan akan tggung kos hidup lepas plkn bodow tu
budak2 bijak hari minggu nk rehat pun x sempat , masa tersusun aktiviti koku n study , tiba2 nk kna masuk plkn siyal tu , ntah apa jadi campur2 dgn yg umur tua plak , dah msia ni bangang ramai pedo enabler
bangsat tul plkn
Quote asfaz 26-10-2024 08:25 PM
Jitu replied at 26-10-2024 07:52 PM
oh yg lahir 2007 dan ke atas je la mcm tu

2007 = 17 tahun ,tahun ni. So start 17 bukan 16. Kalau diperluaskan jun depan,berapa lama diaorg kena pergi?
Sb kalau smbung belajar form6 /Politeknik start bulan 8.
Quote edayildiz 26-10-2024 09:00 PM
Jitu replied at 26-10-2024 07:53 PM
blh cari bf baru tak nak ke

lki turkiye takde kan situ
bdk bdk hingusan kot yg join plkn..
gen z chuols
Quote edayildiz 26-10-2024 09:01 PM
Acik2kepam replied at 26-10-2024 08:00 PM
Napa sampai 36 je

Up la lagi

nape kt rumah stress ke sampai nk pergi plkn

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.130311 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top