CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bendera China dikibar di Teluk Intan: Kor Ming mahu saman Razman

26-10-2024 07:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 93992| Komen: 3

 


IPOH: Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, mahu mengambil tindakan sivil terhadap Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang didakwa memfitnahnya berkait perarakan yang tular dengan insiden kibar bendera China di Dataran Menara Condong Teluk Intan, malam tadi.

Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pegawai khasnya sudah membuat laporan polis berhubung kenyataan Razman terbabit, di Balai Polis Teluk Intan, hari ini.

"Saya juga mengarahkan peguam untuk mengkaji kes ini dan sekiranya didapati berasas, 'see you (Razman) in court' (jumpa anda di mahkamah).

"Saya rasa rakyat boleh melihat sendiri (dakwaan) tohmahan dilemparkan ke atas diri saya... kononnya saya merasmikan perarakan itu tetapi malam tadi, saya bermesyuarat di Kuala Lumpur. Bagaimana saya boleh berada di dua tempat pada masa sama? Jelas ini adalah pembohongan.

"Razman (didakwa) kata saya anjurkan (perarakan itu), tetapi bukan anjuran saya pun," katanya kepada pemberita selepas melawat Pangsapuri Jalan Hospital, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Razman menggesa pihak berkuasa menyiasat insiden tular bendera China dikibarkan, dengan mendakwa ia berlaku ketika Pesta Tanglung Teluk Intan yang turut dihadiri Kor Ming dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Woo Kah Leong, 13 September lalu.

Bagaimanapun, kejadian terbabit disahkan bukan berlaku ketika Pesta Tanglung, sebaliknya pada Sambutan Guan Gong Sedunia yang baru berlangsung malam tadi.

Mengulas lanjut, Kor Ming menegaskan bahawa beliau dan Kah Leong tidak terbabit penganjuran sambutan yang melanggar syarat permit itu.

"Bagaimanapun yang penting, saya berharap penganjur iaitu Persatuan Kebudayaan Guan Gong, lebih sensitif dan saya mahu warga asing menghormati undang-undang negara kita.

"Kedaulatan negara wajib dihormati supaya insiden sedemikian tidak berulang lagi," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, dilaporkan berkata penganjur perarakan itu sudah dipanggil untuk dirakam keterangan.

Beliau dipetik berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mengibarkan bendera asing di tempat awam, dan Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana melanggar syarat permit.

Perarakan berunsur keagamaan dan membabitkan kereta berhias itu dilaporkan berlangsung dari jam 8 hingga 11.30 malam tadi, dengan disertai kira-kira 400 penonton.

SUMBER :  Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 28-10-2024 09:12 AM
Razman nie byk kali dah kalah di mahkamah....jebon nie masih pesuruhjaya PAS Perak ka?
Quote Abahmung 28-10-2024 03:15 PM

‘Pemimpin PAS ada mata tapi tidak dapat lihat keindahan kepelbagaian’

Diterbitkan:  Oct 28, 2024 10:37 AM

Screenshot_2024-10-28-15-10-43-754_com.android.chrome-edit.jpg

Tajuddin Mohd Rasdi, dalam kecaman kerasnya terhadap Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, berkata pemimpin seumpama itu bukanlah seorang patriot atau pejuang bangsa dan agama tetapi sebaliknya seorang oportunis yang memalukan.

Ahli akademik itu berkata susulan kejumudan tersebut  menghalang mereka daripada menyerlah dalam wacana intelektual.


"Mereka mempunyai mata, tetapi malangnya, tidak dapat melihat keindahan dalam kepelbagaian. Mereka mempunyai kulit, tetapi malangnya, tidak dapat merasakan toleransi.

“Ada darah, tetapi malangnya, dicemari dengan prasangka,” kata ahli akademik itu.


Ahli politik yang tidak bertanggungjawab itu, katanya, sanggup mengeksploitasi isu yang tidak penting tanpa mengambil sebarang pertimbangan kesan yang mungkin berlaku.

"Orang ramai tidak boleh membenarkan penipu ini membutakan mereka dengan fahaman perkauman atau jingoisme dengan alasan untuk mempertahankan negara, bangsa dan agama daripada ancaman yang direka," kata profesor seni bina itu kepada Malaysiakini.

Tajuddin berkata demikian ketika mengulas desakan supaya mereka yang mempunyai ciri-ciri "mata, kulit dan darah" seperti dirinya bersatu. Ia selepas sekumpulan warga China mengibarkan bendera republik itu pada perayaan Guan Gong di Teluk Intan, Khamis lalu.

Pemimpin PAS itu sebelum ini cuba mengaitkan pemimpin DAP Nga Kor Ming tetapi sebaliknya laporan polis dibuat  terhadapnya kerana membuat tuduhan palsu.

Screenshot_2024-10-28-15-11-01-479_com.android.chrome-edit.jpg

Razman kemudiannya menganjurkan demonstrasi balas di Menara Condong ikonik berusia 140 tahun di Teluk Intan, yang menyerupai pagoda Cina, dengan kehadiran  kira-kira 300 orang yang mengibarkan Jalur Gemilang.

Susulan itu, Tajuddin tampil menyekolahkan Razman dan pemimpin PAS dengan peringatan untuk meluaskan visi terowong mereka.

Dia mengingatkan Razman bahawa dakwaan PAS yang parti itu mempunyai puluhan ribu penyokong bukan Islam yang "mata dan kulitnya" mungkin berbeza daripada kebanyakan pemimpin PAS.

"Adakah mereka juga akan dipersalahkan atas insiden mengibarkan bendera itu?" soalnya.

Mengingatkan Razman mengenai subjek yang PAS dakwa mereka sebagai paling berilmu atau pakar - Islam dan latar belakang sejarahnya - Tajuddin menegaskan bahawa para sahabat Nabi Muhammad SAW pergi ke China terlebih dahulu dan antara masjid tertua di dunia terletak di negara naga tersebut.

“Masjid tertua di dunia bukan di Tanah Melayu,” katanya.

Tajuddin juga berkata, dia terpaksa mengingatkan pemimpin PAS itu bahawa masjid tertua di Melaka di Kampung Hulu didirikan oleh pendatang Cina yang memeluk Islam.

Screenshot_2024-10-28-15-11-13-305_com.android.chrome-edit.jpg


"Mereka juga mempunyai mata dan kulit yang berbeza," tambahnya.

Dia juga mengingatkan Razman ketika laksamana China Zheng He (Cheng Ho) belayar ke Melaka pada abad ke-15.

“Zheng He, seorang Muslim dengan kulit berbeza daripada Razman, yang memberi jaminan perlindungan China kepada Melaka - pusat kuasa politik Melayu - daripada ancaman kerajaan Siam," katanya.

Untuk pencerahan Razman, Tajuddin mengingatkannya tentang khutbah terakhir Nabi Muhammad, yang  menyatakan bahawa Islam dan Allah tidak mementingkan warna kulit tetapi lebih kepada perbuatan manusia dan kesucian hati.

“Nabi bersabda, ‘Semua manusia adalah dari Adam dan Hawa, seorang Arab tidak mempunyai kelebihan atas bukan Arab dan bukan Arab tidak mempunyai kelebihan atas Arab, juga kulit putih tidak mempunyai kelebihan atas kulit hitam dan kulit hitam tidak mempunyai kelebihan. Apa-apa kelebihan adalah ketakwaan dan amalan yang baik'.


“Adakah PAS menyokong Islam sebenar atau agama perkauman dan keutamaan warna kulit?” soalnya lagi.

Quote Samerosie 28-10-2024 06:52 PM
Janggut sunnah, berkopiah berjubah dahi lebam tp mulut ringan je memfitnah.  Camni ke pemimpin yg walaun dombakan?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.120238 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top