CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

GISBH: Tiada siapa terlepas jika selindung sebalik agama, kaum tetapi dera budak, aniaya pekerja - Anwar

30-9-2024 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14623| Komen: 8

 


KUALA LUMPUR: Tidak ada sesiapa pun yang terbabit dalam siasatan kes GISB Holdings (GISBH) dibenar berselindung di sebalik agama atau kaum sekiranya didapati bersalah atas penderaan kanak-kanak atau penganiayaan pekerja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kes itu mesti dikendalikan dengan tegas, tanpa mengira status mereka yang terlibat.

Anwar seperti dilaporkan Buletin Utama berkata, tindakan ahli pertubuhan itu tidak boleh dibiarkan berleluasa di negara ini, kerana ia merupakan penganiayaan dan penafian hak individu.

"Jangan gunakan kaum, jangan gunakan agama (untuk berselindung)... jika anda menindas, anda melanggar peraturan dan undang-undang, dan anda mendera dan memukul kanak-kanak, anda tidak menjaga kebajikan pekerja, saya akan tetap bertegas.

"Kita akan ambil tindakan tanpa mengira siapa. Barulah kita boleh selamatkan negara ini," katanya pada majlis bersama masyarakat tempatan di Dewan Suarah Kapit, di sini, hari ini.


Pada 27 September lalu, Anwar berkata kerajaan komited memastikan polis menjalankan siasatan telus terhadap GISBH.

Anwar juga menggesa ahli dan penyokong GISB yang berada di dalam dan luar negara, yang tidak dalam siasatan untuk menghubungi pihak berkuasa.

Awal bulan ini, polis melancarkan tindakan besar-besaran ke atas rumah kebajikan yang dikendalikan GISBH.

Serbuan menyaksikan 402 kanak-kanak, berusia antara satu hingga 17 tahun diselamatkan daripada dakwaan eksploitasi dan penderaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata mangsa mengalami pelbagai bentuk eksploitasi dan penderaan termasuk diliwat.

Sumber – Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 30-9-2024 09:14 AM
Siasat sekali jika ada penjawat awam yang melindungi gisbh
Quote sara_thrash 30-9-2024 09:24 AM
yeah go PMX go

banteras habis-habisan itu GISBH
Quote fanaz82 30-9-2024 10:27 AM
harap2 xde sapa la yg lindung GISB ni
Quote Decaffeinated 30-9-2024 01:51 PM
Matching pulak kaler bulu2 yang PMX dan Abg Jo pakai dengan warna baju.
Quote plywood 30-9-2024 01:58 PM
bulu apa dia pakai tu. panjang pulak bulu tu. bulu kudakah
Quote Minami2013 30-9-2024 02:12 PM
Kali ni kena habis habisan bubarkan ke akar umbi. Segala harta bawah gisb patut liquidate dan duit tu bagi pampasan kpd ahli2 yg pernah bekerja bawah gisb.

Kalau tak, percaya la, mcm forumer lah jugak, bersalin kulit buat kali ke 5.
Quote suri33 30-9-2024 10:47 PM
“Barulah kita boleh selamatkan negara ini.” Luculah dari dulu nak selamatkan negara.
Quote kemaruk 1-10-2024 01:35 AM
sebab tu la bangkem percaya orang red indian di benua amerika sebenarnya berasal dari borneo..tengok ler pakaian dorang lebih kurang sama

20,000 tahun lalu dorang island hopping pulau2 di lautan pasific, akhirnya sampai ke amerika selatan @B40tastePosh

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.048925 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top