CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aisyah Hijanah, Alif Teega ‘mesra’, jadi cerai atau tidak?

9-9-2024 09:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 44442| Komen: 44

 


Tindakan usahawan dan pempengaruh media sosial sensasi Aisyah Hijanah berkongsi foto suaminya, Alif Teega dalam media sosial semalam mengundang tanda tanya ramai pihak.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai persoalan selepas Aisyah atau Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 26, dikatakan sudah memfailkan perceraian terhadap Alif pada baru-baru ini.

Menerusi perkongsian dalam InstaStory, Aisyah dilihat memuat naik swafoto Alif yang difahamkan dirakam ketika mereka sedang bekerja.


Dia bagaimanapun tidak memperincikan mengenai perkongsian tersebut sebaliknya membiarkan orang ramai terus berteka-teki.

“Cerai atau tidak? Adakah hanya sekadar konten sahaja?

“Adakah satu Malaysia kena ‘game’?” komen netizen.

Terdahulu, Aisyah mengesahkan sudah memfailkan cerai terhadap Alif di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Ogos lalu.

Dia bagaimanapun enggan berkongsi lanjut punca tindakan tersebut diambil.

Untuk rekod, Aisyah dan Alif mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017. Pasangan ini memiliki tiga orang cahaya mata.

Sementara pada November tahun lalu, Alif pula mengakui sudah berkahwin kali kedua dengan Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung anak ketiga. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Maroon_nerds 9-9-2024 10:01 PM
Takkan bab cerai pun nak content jugak kot?
Quote Orix 9-9-2024 10:05 PM
sapo lah yg beli buku2 diorg ni dulu mesti menyesal habiss
Quote neo_5050 9-9-2024 10:09 PM
kalau bab cerai pun dijadikan konten, memang bijik laa dua ekor ni.

haa, kan aku dah keluar term bukan-bukan.
Quote shernazz 9-9-2024 10:35 PM
Macam larva kuning terkejut plak
Quote sukacactus 9-9-2024 10:39 PM
Dah kurang retis kot kat malaysia ni
Influencers, instafamous, kaum kerabat retis semua boh sini….nyemakkkkk!!!!!
Quote noor2 9-9-2024 11:15 PM
Percaya la sgt dgn scammer ni...penipu je
Quote naina 9-9-2024 11:36 PM
Bencinya tengok Ecah punya menyeringai.
Sama.jugak Alif muka xsemetri.
Quote Perawankota 9-9-2024 11:39 PM
Sembang kasik bimbang
Quote siasia 10-9-2024 02:52 AM
Hidup pun mcm drama kena ada skrip. Lps ni scene apa next apa. Tu sbb jd content. Agaknya dah mcm penulis skrip jenuh mikir plot citer.
Quote airmineral 10-9-2024 03:11 AM
Bencinya la tengok kapel ni
Sampai umo berapa nak perangak gini
Quote wikedsaikel 10-9-2024 03:52 AM
Edited by wikedsaikel at 10-9-2024 03:53 AM

Sembangggg


Sejak tahu anak siapa, aku terus tak suka.
Quote SalenaGomez 10-9-2024 06:14 AM
“Adakah satu Malaysia kena ‘game’?” komen netizen”

Sorry lah netizen, acik forum lamberrrtttt lagi nak kena game
Quote blekkep 10-9-2024 07:37 AM
Siyal nyah muke heshe...cam cacing kerawet
Quote sapeka 10-9-2024 07:50 AM
Aura menyampah terpancarr
Quote sexy_taec 10-9-2024 07:55 AM
konten.konten.konten. ulang sampai abg jamil mampus
Quote fanaz82 10-9-2024 08:31 AM
konten ke?
Quote Safirania 10-9-2024 08:32 AM
Euuwww tak sesueeii untuk diforumkan.
Quote tulip-rain-2 10-9-2024 08:55 AM
Benci betul tgk muka laki bini ni. Diorang ni bkn retis pun. Pergilah bukak dkt bod personaliti socmed tu. Semak betul bodgos ni dgn kisah entah siapa2 entah.
Quote zuriey 10-9-2024 09:05 AM
Aku dah ckp dia nak meraih simapti je spya org beli produk dia
Dan bbnu benak ubi dkt tiktok tu masih menyokong couple busuk ni

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.056094 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top