CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Gaduh, sekat-menyekat semua ada, tapi berbaik sebab anak’ - Yasmin Hani

9-9-2024 09:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 44046| Komen: 25

 


Demi kebajikan anak-anak, pelakon Yasmin Hani terus menjalin hubungan baik dengan bekas suami, Sha’arin Razali walaupun kadangkala tercetus perbezaan pendapat.

Kata Yasmin atau nama lengkapnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 45, dia dan Sha’arin menyediakan kalender bagi memudahkan jadual harian dan aktiviti sampingan dua permata hati mereka.

“Memang perit getir, gaduh, sekat-menyekat pun semua ada tetapi kita kena juga (baik) sebab anak. Mereka ada banyak aktiviti seperti tuisyen dan bola.

“Nak tak nak memang kena berkomunikasi setiap hari. Ikutkan ramai juga (mesej langsung) DM tanya macam mana saya buat (jaga anak bersama). Kalau dah tawar, letak tepi dulu.

“Sekarang ini kena ada azam iaitu utamakan anak. Lagipun kami ada satu kalendar yang kongsi semua jadual kami, penting kena ada persefahaman walaupun bergaduh tetapi kena waras demi anak-anak,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.


Dalam masa sama, pelakon filem Duyung itu bersyukur perceraian dengan bekas suami tidak memberi kesan buruk terhadap anak mereka hasil muafakat dalam segala segi.

“Alhamdulillah, anak-anak semua okey sebab itu kalau ada bercuti pun, kami pergi sama-sama. Kalau ada hal apa-apa pun, Sha’arin akan datang rumah tengok anak-anak.

“Malah, ibu saya pun pernah tidur rumah dia. Kami semua masih rapat, macam dulu cuma hubungan suami isteri itu dah tiada sebab kami nak buat nampak normal.

“Kami tak nak anak-anak rasa terkesan dan alhamdulillah, saya rasa kami berjaya. Kalau nak tahu, rumah kami pun dekat sebab senang untuk lancarkan urusan anak,” ujarnya.


Sebelum ini, Yasmin mendirikan rumah tangga dengan Sha’arin yang juga pemain dram Blackrose pada 2015 namun berpisah selepas 10 tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua putera iaitu Noah Ismail Wong, 10 dan Eissa Elzander Wong, 7. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 9-9-2024 10:35 PM
apooo kahwin 2015 pastu bercerai selepas 10 tahun... reputz failed matematik ka ???
Quote sukacactus 9-9-2024 10:43 PM
Bab ni aku puji bekas pasangan yg ini
Ego letak tepi, apa2 ank2 didahulukan
Quote marchikobonzo 10-9-2024 11:30 AM
Yang no 2 tu photostat apaknya sangat
Quote sayawifenikmie 10-9-2024 01:43 PM
syahrin tu masa muda handsome
dah tua ni ngapa itu rupa dia?
skinny sangat kot ...
and di apun takderlah tua sangat kot
baya2 saya dan suami je dia ni rasanya
Quote apedehal 10-9-2024 01:58 PM
Kenmain masing2 xnk kalah pasangan nya
Quote Cpkay 10-9-2024 02:04 PM
ex hani pun kalau tgk semacam juga ya.. berholiday ngan gf sokmo..
lain lain bilik.. husnuzon
Quote Jikookie 10-9-2024 02:58 PM
Yang sulung tu handsome betul
Quote mrsLucky 10-9-2024 03:03 PM
Sha’arin Razalib dulu sangat hansome yah...ramai peminat gegirl..sekarang dah tua..
Quote anilanil 10-9-2024 03:06 PM
OMG acik sharin pi la tanya skincare routine mami maikel. Ni amik gambar pakai henpon mahal pon tiada membantu.
Quote Shayang 10-9-2024 08:19 PM
Amboi dulu acik2 gak duk bising bila org tu nak menua? Bertahun2 muka dia baby face weh
Baru bbrp tahun ni je muka dia menua, aku igt masa mula2 org komen kat ig dia kata muka dh tak nampak awet muda.
Dia reply mcm happy je ternyata dia pun nak muka dia nampak kertua seiring usia dia yg dh atuk2 tu.
Quote kechikchomel 10-9-2024 08:24 PM
YH ni mixed kan? Sharin tu pun sama?
So anak² dorang lots of mix la eh?
Quote edayildiz 10-9-2024 08:29 PM
hensem pakcik ni..syg nyaa..antara kapel yg i suka...
dedua suka berholiday ngn partner dorg hehe..
tp mcm rugi pulak nk kena booking dua bilik
Quote Perils 11-9-2024 05:47 AM
Dulu selalu nmpk mcm dia lg muda drpd isteri2 nye.dia ni kena rambut pendek, x bjambang kot baru nmpk segar n muda
Quote HelgaPataki 11-9-2024 07:43 AM
Cpkay replied at 10-9-2024 02:04 PM
ex hani pun kalau tgk semacam juga ya.. berholiday ngan gf sokmo..
lain lain bilik.. husnuzon

Dah status ex ke dia tu?
Quote CandyK 11-9-2024 09:58 AM
Shayang replied at 10-9-2024 08:19 PM
Amboi dulu acik2 gak duk bising bila org tu nak menua? Bertahun2 muka dia baby face weh
Baru bbrp ta ...

Adik beradik dia memang jenis lambat tua kot. Tapi bila tua terus macam teruk haggard dia. Qi pun macam tu. Selama ni tengok awet muda betul dengan suara dia tu. Sekarang terkejut tengok muka dia kat ig dah tua betul
Quote ezacbee 11-9-2024 10:32 AM
sayawifenikmie replied at 10-9-2024 01:43 PM
syahrin tu masa muda handsome
dah tua ni ngapa itu rupa dia?
skinny sangat kot ...

Tua mengecut cam azhar sulaiman dan arwah badrul muhayat. Zaman muda2 meletop dah tua mengecut.

Drummer paling menyerlah dlm blackrose. Siap ada pin-up poster.
Quote cm_vungtau 11-9-2024 01:37 PM
Lelaki dah berumur helok jangan rambut panjang dengan berjambang. Macam Qi tu rambut panjang ko tarik ke belakang ikat lak tu. Terus nampak receding hairline. Muka pun takyah kecut sangat la. Rilek2 udah. Rambut better potong kemas jambang pun elak ler, tua benor ghopernya
Quote cm_vungtau 11-9-2024 01:38 PM
Macam Paul Rudd. Muka kemas rambut kemas, so nampak muda
Quote myvi132806 11-9-2024 05:21 PM

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.060732 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top