CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sabronzo nafi bercinta dengan ahli politik

9-9-2024 09:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 53878| Komen: 104

 


Ahli kumpulan Dolla Sabronzo menegaskan dakwaan dia mempunyai hubungan istimewa dengan seorang ahli politik berstatus suami orang selepas tular sebuah video adalah fitnah.

Sabronzo atau Wan Sabrina Wan Rusli, 29, berkata, dia sama sekali tidak pernah mengenali atau mendekati mana-mana individu bergelar ahli politik di negara ini.

“Maaf saya tak kenal siapa individu dimaksudkan. Saya pun tak tengok video tersebut.

“Itu bukan saya dan memang tidak ada hubungan dengan mana-mana ahli politik Malaysia. Yakin 100 peratus itu bukan saya,” katanya selepas menjayakan konsert Jiwa Malaysia yang diadakan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Berkongsi lanjut mengenai isu video tersebut, dia berpendapat orang ramai mengaitkan dirinya mungkin disebabkan gaya wanita dalam rakaman tersebut adalah sepertinya.

“Saya tidak tahu nak respons apa. Mungkin orang kaitkan sebab perempuan dalam video itu seperti saya, sama gaya.


“Tapi memang bukan saya. Lagipun internet sekarang kreatif,” ujarnya.

Menegaskan dirinya masih solo, Sabronzo memberitahu dia kini ‘bercinta’ dengan kariernya dan tidak mempunyai masa memikirkan soal peribadi.

Dia bagaimanapun berjanji akan memaklumkan kepada peminat sekiranya dia mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki pada masa hadapan.

“Ketika ini, hanya fokus kepada karier seni sahaja dan tiada masa untuk perkara lain.

“Kalau nanti saya ada kekasih, saya tidak akan sorok tapi buat masa sekarang masih belum ada,” katanya lagi.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang wanita didakwa mirip Sabronzo memasuki sebuah bangunan sejurus selepas seorang ahli politik tiba di lokasi sama.

Ahli politik berkenaan juga dikatakan pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang penyanyi popular namun ikatan itu berakhir dengan perpisahan.  


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babyLON. 9-9-2024 09:37 PM
Awal pulak masuk
Quote pocongkiutss 9-9-2024 10:41 PM
Dgn sapa..yg pastinya bkn bangnon
Quote rayna_raynes 9-9-2024 10:44 PM
Politician kecik2 je bukan menteri ke apa
Quote Masukkeluar 9-9-2024 11:32 PM
Laki tinpit kan? Bc benang sbelah..xthu la btul ke tak sbb tgk video tu mcm ada gaya laki tinpit.
Laki dia pn sblm ni pernah mencurang
Quote naina 9-9-2024 11:37 PM
Dia ni kan asal kelate
Quote aemon 9-9-2024 11:48 PM
Muka mcm raisha rizrose
Quote scrocth 10-9-2024 12:22 AM
Ex tunang adira ke?
Quote pocongkiutss 10-9-2024 12:34 AM
Masukkeluar replied at 9-9-2024 11:32 PM
Laki tinpit kan? Bc benang sbelah..xthu la btul ke tak sbb tgk video tu mcm ada gaya laki tinpit.
La ...

Lorr ye ke..sskjp sesama sskjp ler ni
Quote edayildiz 10-9-2024 12:37 AM
betul ke laki tinpit..laki tinpit mmg sejenis gatai kn
Quote edayildiz 10-9-2024 12:39 AM
laki tinpit tu jiran i kt kg..apak dia datuk jgk la.org kuat jibun dulu kala..selalu la terserempak tu.geng2 arip,pahtu furtado tu..
Quote siasia 10-9-2024 02:46 AM
Apa nama sabronzo. Igt org amazon mana la. Rupanya  keturunan wan ismail golok.
Seksi nau.
Quote Cleocatra 10-9-2024 06:12 AM
Masukkeluar replied at 9-9-2024 11:32 PM
Laki tinpit kan? Bc benang sbelah..xthu la btul ke tak sbb tgk video tu mcm ada gaya laki tinpit.
La ...

Benang mana satu uols? Laki tinpit tu bukannya kuat melanggan? Ingat hidung bini panjang sejengkal, tetek sebesar stadium sultan mahmud, dapat menghalang laki dari makan luor
Quote nipskacang 10-9-2024 07:28 AM
edayildiz replied at 10-9-2024 12:39 AM
laki tinpit tu jiran i kt kg..apak dia datuk jgk la.org kuat jibun dulu kala..selalu la tersere ...

Oh uols duduk area tu ke, iols biasa jugak pergi rumah family heols tu sebab adik heols classmate i. Apak dia kecoh dulu katanya datukship beli  
Quote miszgwenny 10-9-2024 08:15 AM
Masukkeluar replied at 9-9-2024 11:32 PM
Laki tinpit kan? Bc benang sbelah..xthu la btul ke tak sbb tgk video tu mcm ada gaya laki tinpit.
La ...

tinpit siapa yachh?? maaf x dpt decode huhu
Quote fanaz82 10-9-2024 08:20 AM
tinpit tu sapa weh?
Quote Cleocatra 10-9-2024 09:08 AM
miszgwenny replied at 10-9-2024 08:15 AM
tinpit siapa yachh?? maaf x dpt decode huhu

Tokey timbang kilo sskjp. Tak leh sebut nama, sheol kaki saman..
Quote Sunkiss8999 10-9-2024 09:16 AM
...
Quote Sunkiss8999 10-9-2024 09:16 AM
Kalau baca nama dia ni iols asyik nak tersebut sambrono je
Quote BoongaKertas 10-9-2024 09:27 AM
iols dok fokus kat perut. sbb byk sgt fitness ladies kat reels ig meols semua perut sixpack. iols jd semangat plak nak buat 1 utk diri sendiri. lol.

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.124921 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top