CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Etnik Rohingya berpenyakit Tibi lolos dari depot tahanan Imigresen Ajil

2-9-2024 09:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1| Komen: 2|Original author: antikorok

 

 

Kuala Berang: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu memohon kerjasama orang ramai mengesan seorang etnik Rohingya yang lolos dari Depot Tahanan Ajil, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 1.30 pagi tadi.

Menurutnya, pegawai Imigresen di Depot Ajil memaklumkan seorang tahanan lelaki etnik Rohingya melarikan diri semalam.

"Suspek didakwa meloloskan diri dari depot tahanan dengan cara memanjat siling bilik asingan.

"Suspek bernama Husson Ahmad Soifiullah, 25, turut mempunyai penyakit Tuberculosis (Tibi)," katanya.

 

Zainul Mujahidin berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan suspek kepada Inspektor Aiman Baihaqi Che Shaffie di talian 0199377864 atau bilik gerakan IPD Hulu Terengganu di talian 096812222 sekiranya melihat lelaki mencurigakan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan iaitu penjawat awam dengan cuai melepaskan tahanan dan tahanan lari dari kurungan yang sah di sisi undangan-undangan.
 
Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote ipes2 4-9-2024 01:05 PM
Alamak, ada TB dan masuk balik ke dalam community. Mcm mana boleh dapat Visa? Bukan ke dalam tu kena isytihar penyakit. Bahaya org ini. Larikan diri anda dari dia
Quote sambaldurian 3-9-2024 01:45 PM
Menyusahkan org, x pasal2 kesian staf immi tu kena tatatertib sbb cuai. Duduk jela dlm tu, keluar pun dikeji. Dpt mkn free pun xnk, duduk negara asal lg ssh xdpt mkn.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.135570 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top