CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengarah Ditahan Disyaki Curi Tanduk Badak Sumbu Milik Muzium Diraja Johor

27-12-2015 09:36 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10933| Komen: 34

Description: Seorang pengarah sebuah jabatan kerajaan ditahan malam tadi kerana dipercayai mencuri tanduk badak sumbu milik Muzium Diraja Johor dua bulan lepas.


Oleh : TS LOO


Seorang pengarah sebuah jabatan kerajaan ditahan malam tadi kerana dipercayai mencuri tanduk badak sumbu milik Muzium Diraja Johor dua bulan lepas.


Menurut Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, pegawai kanan berumur 46 tahun itu baharu bertukar ke negeri ini sejak Ogos lepas ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Sentral.


"Pengarah tersebut dipercayai mengambil tanduk haiwan tersebut ketika hendak pulang dari mesyuarat yang dihadirinya di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan pada 19 Okt lepas," 


Jelas Wan Ahmad Najmuddin, tanduk tersebut yang berusia lebih 100 tahun sedang dijemur di hadapan bangunan berkenaan.



Tambah beliau kehilangan tanduk itu disedari pihak muzium pada hari yang sama menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan individu berkenaan mengambil benda tersebut.


Bagaimanapun pengarah itu memulangkan semula tanduk itu menerusi pemandunya dua hari kemudian.


Pihak polis sedang mendapatkan perintah reman terhadap pengarah terbabit dan kes disiasat kerana mencuri.- CARI Infonet



Sumber berita : bernama.com/
25

Bagus
21

Marah
19

Terkejut
29

Sedih
16

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (130 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 27-12-2015 12:05 AM
Quote matamata 27-12-2015 12:07 AM
Quote mokcikKSKB 27-12-2015 12:07 AM
Laa....nak buat ape sumbu badak bang?nk beli hermes kelly pon xcukup bang
Quote _______ 27-12-2015 11:31 AM
Padan muka.
Quote NAT_11 27-12-2015 11:41 AM
Bodohlah pengarah sorang ni.
Ada ke pi curi sumbu badak kepunyaan Sultan Johor kat Istana Bkt Timbalan.
Dia tak tahu ke, kat situ ada cctv merata-rata.
Memang bangang, sengaja cari masalah.
Tak pasal-pasl kena buang kerja dan kena jel lagi.
Quote ellejo 27-12-2015 12:09 PM
sian badak. dah mati pun tak tenang. kene curik plak
Quote ultra78 27-12-2015 12:20 PM
Kalau raja memiliki sumbu badak tak salah

Quote imthegirl 27-12-2015 12:23 PM
Ikut rombongan pegi muzium pastu eh best nya sumbu badak ni nak curik lah

Quote kudajantan77 27-12-2015 12:51 PM
Aku rasa dia rampas bukan curi. Perhilitan ada kuasa buat rampasan brg seperti itu.

Bayangan tohan marah dan suruh polis macai pi tangkap tuduh curi.
Quote kudajantan77 27-12-2015 12:52 PM
Pastu ummah melayu bangsat yang sudah lali dikencing tiap hari pun percaya...bangsat mudah ditipu...
Quote NAT_11 27-12-2015 12:55 PM
ultra78 replied at 27-12-2015 12:20 PM
Kalau raja memiliki sumbu badak tak salah

Ko tak pernah pergi muzium Istana Bkt timbalan ke....????
Bukan jah sumbu, siap dengan badak, rimau, gajah, buaya, tenok,
rusa, kijang, ular semua ada.
Almarhum Sultan Ibrahim suka memburu. Dia bukan jah memburu
di hutan Johor, dia siap memburu di Safare, Afrika. Ada sekor rimau,
setinggi 4-5 kaki dan panjang cecah 10 kaki -ukor sampai ke ekornya,
dia tembak kat ladang getahnya di Majidee.
Masa aku melawat tu, tak terpikir pulak nak curi gigi rimau tu.......
Zaman tu belom lagi ada undang-undang tak boleh bunuh binatang
and simpan sumbunya.
Tapi, barang-barang berniai macam pinggan mangkok zaman Ming,
Tang, perabut prancis zaman Louis X1V, memang tak ternilai reganya.
Syukur aku berpeluang masuk istana tu. Ini 6-7 tahun dulu. Masok,
bayar Rm6 inggit untuk rakyat Johor.
Pelancong kena bayar kalau tak silap USD25
Quote ellejo 27-12-2015 01:00 PM
logik juga kata2 forumer diatas. dia dah jadi pengarah macam2 jenis hewan jumpa. takkan tang sumbu badak ni baru nak curik? beso tu........
Quote sukacactus 27-12-2015 01:10 PM
Masa org tya xngaku pastu tgk cctv br kenal sapa pya angkara
Dah kantoi pandai plak suruh driver diam2 pulangkan
Malu la org berpangkat, tapi perangai mcm xskolah:
Quote NAT_11 27-12-2015 01:14 PM
kudajantan77 replied at 27-12-2015 12:51 PM
Aku rasa dia rampas bukan curi. Perhilitan ada kuasa buat rampasan brg seperti itu.

Bayangan toha ...

Sumbu badak tu dah berusia 100 tahun, bukan baru semalam
ditembak. Tak ternilai reganya, dah dianggap artifek.
Tak tertakluk di bawah undang-undang perhilitan sekarang.
Pengarah tu pun tahu, tu sebab dia curi.
Kalau dia nak jalankan kuasanya sebagai pegawai perhilitan,
dia angkut semua sekali bukan cuma sumbu jah, siap dengan
badak, rimau, kepala rusa, tenok, buaya, kaki gajah sebeso
pemelok. Lagipun lepas 2 hari, dia antar drivernya pulang balik
sumbu badak yang di amik tu.

Quote Odyman 27-12-2015 04:35 PM
Check tengok sumbu yg dihantar balik tu entah2 dah kena kikis buat ubat.
Quote mbhcsf 27-12-2015 04:52 PM
laaaaa...isk isk ni pun nak dicurinya ? isk isk ....macam ni pun ade ye?
Quote stania83 27-12-2015 04:52 PM
terlampau dedikasi kot, patang tengokkkk animal cruelty
Quote Jerambut 27-12-2015 05:48 PM
NAT_11 replied at 27-12-2015 12:55 PM
Ko tak pernah pergi muzium Istana Bkt timbalan ke....????
Bukan jah sumbu, siap dengan badak, rim ...

eik. Terus pelancong oversea. Pelancong non-Johor kena berapa?
yg harga utk rakyat Johor tu...diorng check camana...mykad ke
macam best je...
Quote NAT_11 27-12-2015 06:04 PM
Jerambut replied at 27-12-2015 05:48 PM
eik. Terus pelancong oversea. Pelancong non-Johor kena berapa?
yg harga utk rakyat Johor tu...dio ...

Taksilap, rm10 inggit.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.170037 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top