Tempatan
Tempatan 7-8-2024 04:12 PM 3778 Views
DescriptionSejak beberapa hari ini, rancak diperkatakan tentang Shuib, Jep dan Mamat Sepah ekoran posting di Instagram mereka yang ...

ADVERTISEMENT




Sejak beberapa hari ini, rancak diperkatakan tentang Shuib, Jep dan Mamat Sepah ekoran posting di Instagram mereka yang mengundang tanda tanya ramai.

Memetik Rotikaya, perkongsian pelawak Mamat Sepah di Insta Story menjadi perhatian apabila berkongsi lirik lagu ‘Hitam Manisan’ nyanyian kumpulan Olan.

Menerusi posting itu, tertera lirik lagu berkenaan tindakan seorang individu yang ‘hilang’ dari sisinya bila sudah mencapai kejayaan.



“Waktu susah kau cari aku, Waktu senang engkau tinggalkan aku, Begitulah sikapmu yang tak tahu kenang budi,” tulisnya

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada ianya ditujukan kepada siapa atau pun kepada rakan lama mereka seperti yang didakwa netizen.

Terdahulu, Jep Sepahtu memuat naik kenyataan di Instagram mengatakan apa yang diceritakan di dalam podcast kebanyakan rekaan dan ditokok tambah.

Apapun, semoga mereka bertiga baik-baik saja dan tiada pertelangahan.


Sumber : Rotikaya








Prev.:Shuib Kata Dia Tidak Akan Panggil Rahim Sepahtu Sebagai Tetamu Podcast - "Memang Tak Panggil, Terus Terang Cakap’

Next:Aliff Aziz Kembali Sertai Tabligh Di Singapura, Ustaz Mohon Doa Mudah-Mudahan Pengakhirannya Menjadi Lebih Baik


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru

No comments yet, grab the couch