CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemaskini : 6 Kereta Terbakar Di LRT Taman Jaya Berikutan Masalah Rumah Tangga

21-12-2015 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 24809| Komen: 136

Description: Kecoh di laman sosial dengan tersebarnya gambar beberapa buah kereta terbakar dan musnah apabila parkir kereta di LRT Taman Jaya, Petaling Jaya mengalami kebakaran kira-kira jam 1 petang tadi.
Kemaskini : 10.50 pagi

Rentetan daripada kebakaran yang melibatkan enam kereta terbakar di LRT Taman Jaya adalah berpunca daripada masalah rumah tangga.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din seorang lelaki dan wanita, kedua-duanya berusia 20-an, yang berada dalam kereta bagaimanapun sempat menyelamatkan diri sebelum api marak membakar kenderaan itu.

Siasatan awal mendapati wanita berkenaan mengenali suspek dan mereka dipercayai mempunyai masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian.

Selain Proton Wira berkenaan, lima kereta lain yang diletakkan berhampiran turut terbakar dengan gambar-gambar yang menunjukkan kebakaran dan asap tebal kejadian itu menjadi viral di laman sosial namun terdapat letupan bom di lokasi kejadian adalah tidak benar sama sekali.

Mohd Zani berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat menggunakan api dan menjelaskan kerugian dianggarkan RM200,000. - CARI Infonet

Baca selanjutnya : mStar


-----------------------


Oleh Adib ZA


Kecoh di laman sosial dengan tersebarnya gambar beberapa buah kereta terbakar dan musnah apabila parkir kereta di LRT Taman Jaya, Petaling Jaya mengalami kebakaran kira-kira jam 1 petang tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, sebanyak dua buah kereta musnah sama sekali, manakala empat lagu hampir musnah dalam kebakaran itu. 

Namun, kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh pihak bomba sepenuhnya kira-kira jam 1.32 petang. - CARI Infonet



(Sumber foto: Ihsan pembaca/ forummer)



5

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
2

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanalisa 21-12-2015 03:07 PM
pergi search "amcorp mall" di twitter, ada video siap
aku tak pandai tepek dari twitter..
Quote idakamaruddin 21-12-2015 03:08 PM
6 buah kete la dh la dkt ngn opis aku ni..few staff kt opis aku msk lmbt lunch td sbb stuck kt sini..gila sgt
Quote alieyrina 21-12-2015 03:08 PM
Choyyyyy
Quote EJALTI 21-12-2015 03:09 PM
hawau jerk....tajuk thread tak boleh blah...edisi gelupur buka thread...
Quote Wombo_Jackson87 21-12-2015 03:10 PM
betul ker??
Quote fifie_olin 21-12-2015 03:11 PM
kwn aku br bg pic dlm wasap grup
punca
Quote cik_tonggek 21-12-2015 03:11 PM
homaigaddddd
meletup kat basement keh
meletup kat tempar parking depan tuh keh
homaigad homaigad
Quote Kittie 21-12-2015 03:11 PM
Sampai eja thread pun salah.
Quote lavakotaraya 21-12-2015 03:11 PM

butul la dol...



Quote kemaruk 21-12-2015 03:12 PM
terus bangkem call member pompuan bangkem yang keje kat amcorp mall

dia kata ada kereta overheated, lalu meletup

bangkem ingatkan ISIS
Quote Wombo_Jackson87 21-12-2015 03:13 PM

bapak la...apa nak jd Malaysia...sampai bom2 bagai....
Quote EJALTI 21-12-2015 03:13 PM
Quote EJALTI 21-12-2015 03:13 PM
Quote EJALTI 21-12-2015 03:14 PM
Quote EJALTI 21-12-2015 03:15 PM
Quote R2D2 21-12-2015 03:15 PM
Ruang parkir LRT Taman Jaya terbakar


SHAH ALAM - Dua buah kereta musnah dan manakala empat lagi kereta hampir musnah selepas parkir kereta di LRT Taman Jaya, Persiaran Barat, Seksyen 52, Petaling Jaya mengalami kebakaran kira-kira jam 1 petang tadi.

Pihak bomba dalam satu kenyataan berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 1.32 petang tadi.

"Kebakaran melibatkan enam buah kereta yang diletakan di parkir, Toyota Vios dan Proton Wira musnah 100 peratus; Suzuki Swift musnah 80 peratus; Proton BLM musnah 70 peratus;  Proton Gen2 musnah 20 peratus dan Honda musnah 20 peratus," kenyataan itu dipetik.

Dalam pada itu, pihak bomba juga memaklumkan bahawa seramai enam anggota yang terlibat dalam membantu memadamkan kebakaran itu.
Quote matamata 21-12-2015 03:19 PM
Kittie replied at 21-12-2015 03:11 PM
Sampai eja thread pun salah.

Mekasih nyah...dah edit.
Quote MeghanK 21-12-2015 03:21 PM
kalau camni boleh claim insurans tak
Quote matamata 21-12-2015 03:21 PM
Mekasih pada penyumbang gambar ngan artikel...mintak kedit kat momod

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.068779 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top