CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Transformasi BN hanya retorik

8-7-2013 09:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3288| Komen: 8

Description: BATANG KALI - Pelan transformasi yang dibawa BN hanya dianggap retorik sekiranya kepincangan yang berlaku dalam parti komponen khususnya Umno ketika ini tidak dipedulikan.
BATANG KALI - Pelan transformasi yang dibawa BN hanya dianggap retorik sekiranya kepincangan yang berlaku dalam parti komponen khususnya Umno ketika ini tidak dipedulikan.

Ketua Cawangan Umno Taman Kelisa, Hulu Yam Barat, Jafri Zainal berkata, hakikat transformasi itu tidak berlaku seperti digambarkan kerana wujud perpecahan, ketidaktelusan, kronisme dan momokan semata-mata.

“Tidak perlu pergi jauh, di cawangan saya saja dengan kapasiti ahli seramai 168 orang sudah dipecah dua yang pada awalnya dilakukan tanpa pengetahuan saya.

“Perpecahan ini membimbangkan. Saya lihat ini bukan transformasi tetapi ke arah memecahbelahkan parti dan sokongan rakyat terhadap Umno,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Gugusan Umno Hulu Yam percaya, perpecahan bukan saja berlaku dalam cawangannya, tetapi melanda beberapa cawangan lain.

Namun, katanya, tiada sesiapa berani tampil menyuarakan permasalahan itu kerana momokan segelintir pemimpin dan bimbang tembelang mereka pecah.

Jafri turut mendedahkan ketidaktelusan yang berlaku membabitkan pemberian wang lokaliti di setiap kawasan Dun dalam Parlimen Hulu Selangor pada PRU13 lalu.

Menurutnya, terdapat kadar yang selaras untuk setiap Dun, namun perkara itu tidak berlaku kerana didakwa wujud penyelewengan.

“Sepanjang saya menjadi ahli dan memegang beberapa jawatan dalam Umno, perkara ini tidak pernah berlaku.

“Lokaliti dibayar RM10 saja dalam Dun Batang Kali, sedangkan di Dun lain lebih tinggi (mengikut kadar sebenar). Ini persoalan saya, tapi yang jelas transformasi masih tidak berlaku,” katanya.

Katanya, isu pemindahan peruntukan-peruntukan yang sepatutnya dibawa ke Hulu Yam tetapi dibawa keluar tanpa pengetahuan pemimpin didakwa turut berlaku.

Menurutnya, semua pendedahan beliau mempunyai fakta dan bukti nyata dan bukan tuduhan melulu.

“Saya juga yakin dan percaya banyak laporan yang sampai kepada Perdana Menteri daripada ketua-ketua bahagian yang tidak telus.

“Inilah antara punca tewasnya BN di enam kerusi Dun di Selangor pada PRU13 yang pada awalnya BN menzahirkan keyakinan tinggi untuk menang sedangkan laporan dihantar tidak telus.

“Bagi saya kalau berlaku ketidaktelusan di peringkat ba-hagian dan negeri, kesannya adalah kekalahan berterusan di Selangor dan jangan hairan jika PRU ke 14 kita tewas lagi,” katanya.

Beliau berharap pemimpin Umno mengikut transformasi sebenar yang dibawa Presiden parti sekiranya mahu melihat kelangsungan berterusan.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OmJualGas 8-7-2013 08:21 AM
huhuhuhu....
Quote gaara_X 8-7-2013 08:22 AM
masa nak pilihanraya mmg pelbagai tranform.....maklum laa..nak agihkan duit belanja nie....ihkhihkhihkhk
Quote izamahmed 8-7-2013 08:24 AM
duit duit dimana kau duit~
Quote card_reader 8-7-2013 08:50 AM
hanya duet dapat menyatu padukan orang2 UMNO.......
Quote kecimpret 8-7-2013 08:55 AM

Quote solstice 8-7-2013 08:58 AM
Org low IQ jer yg dok percaya semua tu
Kenyataannnya kat malaysia ni memang ramai yg low IQ
Termasuk yg keja profesional bagai
Senang2 jer kena tipu
Quote kaseh80 8-7-2013 09:07 AM
bukan transformasi
umno lebihkan transaksi
transaksi wang
Quote Al-Patih 8-7-2013 11:33 AM
Jafri ...apo nak di bisingkan ...mas khawin pong tak sama diantara negeri2 ...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.045919 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top