CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak derhaka terima padah

5-7-2013 02:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4303| Komen: 14

Description: KUALA KRAI - Hanya kerana tidak diberikan wang, seorang anak sanggup mengugut mahu membunuh bapa kandungnya menggunakan sebilah parang di rumah mereka di Kampung Hamzah, dekat sini.
KUALA KRAI - Hanya kerana tidak diberikan wang, seorang anak sanggup mengugut mahu membunuh bapa kandungnya menggunakan sebilah parang di rumah mereka di Kampung Hamzah, dekat sini.

Nik Pa, 75, ditimpa nasib malang itu 27 Mei lalu apabila anaknya, Nik Ros Azhar, 39, menghunus sebilah parang sambil mengugut untuk membunuhnya kerana tidak puas hati selepas permintaan untuk mendapatkan wang tidak diendahkan.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam bertindak menghantar sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD itu dan berjaya menahan suspek.

Hasil siasatan dijalankan Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah IPD itu, Sarjan Mohd Rosly Chik, suspek dituduh di Mahkamah Majistret, di sini, Isnin lalu, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan dikemukakan Pegawai Pendakwa, Inspektor Aizuddin Jamaludin mengikut seksyen itu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbuatan derhaka Nik Ros Azhar akhirnya mendapat pembalasan apabila Majistret Nor Ahmeed Fahd Abdullah menjatuhkan hukuman 20 bulan penjara ke atasnya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh yang tidak diwakili peguam menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 27 Mei lalu.

Dalam pada itu, di mahkamah sama, nasib hampir sama dialami Nik Pa menimpa seorang wanita berusia 53 tahun dari Telekong, di sini, apabila ditumbuk anak sendiri.

Nasib malang menimpa wanita terbabit, Rabiah Yusoff dilakukan anak lelakinya berusia 24 tahun, Mohd Dikizulkarnain Ab Aziz di rumah mereka pada 23 Mei lalu.

Pada kejadian itu, Mohd Dikizulkarnain dituduh memukul ibunya menggunakan tangan dengan menumbuk bahagian kanan kepala wanita itu hingga  cedera.

Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati pemuda terbabit, selepas ibunya menegur perbuatannya memarahi orang melintas di hadapan rumah mereka tanpa sebab.

Bertindak atas aduan dibuat Rabiah, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuala Krai menjejaki pemuda itu dan berjaya menahannya pada hari kejadian.

Susulan pendakwaan dikendalikan Aizuddin di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, mahkamah memerintahkan Dikizulkarnain menjalani hukuman penjara lapan bulan bermula dari tarikh hukuman dijatuhkan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamahmed 5-7-2013 10:28 AM
sekejap sangat penjara, nanti deorg balas dendam
Quote Nash^Roy 5-7-2013 10:30 AM
umur dah 39 mtk wang kat mak bapak lg.. bodo tul.. ni mesti jenis isap dadah.. mati lg bgs..
Quote prettyuglybabe 5-7-2013 10:42 AM
kecik-kecik dimanjakan tak bertempat.. dah besor, amik la. nasib tak dibunuh
Quote haryatie 5-7-2013 10:43 AM
ni mesti spesis otak da mereng krana dadah..
Quote akughi 5-7-2013 10:44 AM
ni la bukti yg diri sendiri malas keje, tapi bile gi lepak warung, ko la yg berdegar2 cerita kerajaan salah sbb amik pekerja asing, kerajaan tak sediakn pekerjaan kat rakyat, kerajaan amik indon bangla nepal, kerajaan tak bagi bantuan......

ni la jenis manusia yg bodoh tapi tak sedar diri.....
Quote pakwetizzaqyah 5-7-2013 10:52 AM
pengundi derhaka ok je
Quote naq_j 5-7-2013 10:56 AM
Tanggang betul la diorang ni.
Quote boongalalang 7-7-2013 07:51 AM
Sedih betol dengan orang zaman sekarang. Senang2 lepaskan amarah.
Quote jonlabu 7-7-2013 08:15 AM
Lagi2 warga surambi mukah buat onar..dadah ketum ganja tine siam gedebe....nothing new
Quote batmana 7-7-2013 08:47 AM
apsal melayu rmai sgt jad penagih...
Quote dilaOHdila 7-7-2013 08:59 AM
Selalunya kita tengok dalam kes macam ni kebarangkaliannya Suspeck berpenyakit
tapi nampak gayanya kes anak NIK PA ni memang tak sakit, normal
lau penjara 20 bulan tu harap harap dia mendapat Keinsafan....
Jangan ada dendam di kemudian hari. Kita doakanlah semoga dia berubah erk
Quote noor2 7-7-2013 09:00 AM
kelantan memang banyak najis dadah...

kan???

Quote totokreturn 7-7-2013 09:37 AM
batmana posted on 7-7-2013 08:47 AM
apsal melayu rmai sgt jad penagih...

Sebab melayu masih ramai sokong umno.....hahahaaa
Quote cikatilia 7-7-2013 09:52 AM
para tanggang modern makin advance.. Sikit2 pukul ugut... Ni dah umo dekat 40 tp pemalas mintak duit kat bapak.. Bangsat nye anak.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.144325 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top