CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tujuh kepala manusia ditemui di lebuh raya

5-7-2013 09:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3225| Komen: 11

Description: Bandaraya Mexico: Pihak berkuasa Mexico menemui tujuh kepala yang dipenggal dan disumbat ke dalam sebuah beg plastik di t ...
Penemuan mengerikan dalam beg plastik bukti keganasan masih melanda Mexico

Bandaraya Mexico: Pihak berkuasa Mexico menemui tujuh kepala yang dipenggal dan disumbat ke dalam sebuah beg plastik di tepi satu lebuh raya di bandar Guadalajara semalam, kata seorang pegawai pendakwa di negeri Jalisco.

Penemuan mengerikan kira-kira 40 kilometer dari bandar kedua terbesar di Mexico itu memberi isyarat bahawa keganasan dan jenayah masih melanda Mexico, walaupun kerajaan sebelum ini memberi jaminan bahawa kadar kejadian pembunuhan semakin berkurangan.


Lebih 60,000 orang terbunuh dalam keganasan berkaitan dengan kartel dadah dalam tempoh 2006 hingga 2012, di bawah pemerintahan Presiden Felipe Calderon.

Pembunuhan meningkat

“Kejadian pembunuhan meningkat lebih lima peratus dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu,” kata seorang pegawai di jabatan polis Mexico.

Beliau berkata, purata, 1,000 dibunuh setiap bulan di bawah pentadbiran pengganti beliau Enrique Pena Nieto yang mengambil alih jawatan pada Disember.
Negeri Jalisco yang menjadi pembekal utama minuman keras tequila dan terkenal dengan muzik mariachi, dilanda keganasan hampir sepanjang masa.

Awal minggu ini, mayat dua muris sekolah yang disyaki membuli anak seorang pengedar dadah berpengaruh ditemui di Jalisco.

Mac lalu, menteri pelancongan Jalisco ditembak mati di Guadalajara hanya selepas seminggu menyandang jawatan. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakiputaralam 5-7-2013 08:06 AM
Ganasnya urang mexico banding ngan keling di malaysia

Quote taji2906 5-7-2013 09:46 AM
macam takde law kat sana... perghhh...
Quote rospinki 5-7-2013 09:47 AM
keturunan mayan la ni..patutla bangsa tu kena hapus dek tuhan dari muka bumi ni..suka hati dia bunuh orang.
Quote ssr 5-7-2013 09:48 AM
kat sarawak lagi banyak kepala. zaman headhunters dulu2
Quote izamahmed 5-7-2013 09:50 AM
kat sana pembunuh buas2
Quote Azhargoth 5-7-2013 10:07 AM
Ini deme bergaduh sesama sendiri, drug lord, kartel, gengster dll..malaysia lain bunuh org tak bersalah..
Quote dragger 5-7-2013 10:19 AM
dorang mmg dari dulu camtu

happy trigger

setiap org ada pistol sendri

Quote mjla 5-7-2013 10:22 AM
Geng Msia lg terer...
Quote InVendeTTa 5-7-2013 11:45 AM
seramnye keganasan kat mexico tu
kalo jumpa mayat tanpa kepala, kepala sahaja..
nyawa manusia mcm nyawa ayam kerat jek
Quote R.A.M.A_mirror 7-7-2013 01:35 AM
mexico = DRUG is owning maa ! hihi..no wonder laa ! hihi
Quote dauswq 7-7-2013 01:40 AM
bercampur ngan bangsa barbarik sepanyol, makin kuatlah gen bunuh yg sedia ada pd org bumi amerika selatan ni...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.130182 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top