CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Stres Dan Kurang Makan Punca Saiz Bayi Dalam Kandungan Aisyah Hijanah Kecil, Alif Teega Luah Rasa Bahagia

29-11-2023 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6755| Komen: 47

Description: Aisyah Hijanah mendedahkan kontroversi rumah tangga mengganggu emosinya selain turut memberi kesan kepada bayi dalam kandungannya.Aisyah yang kini hamil lima bulan baru sahaja melakukan pemeriksaan ke ...
Aisyah Hijanah mendedahkan kontroversi rumah tangga mengganggu emosinya selain turut memberi kesan kepada bayi dalam kandungannya.

Aisyah yang kini hamil lima bulan baru sahaja melakukan pemeriksaan kesihatan memaklumkan saiz bayi dalam kandungan tidak normal dan agak kecil daripada usia kehamilan.


Foto: IG

Aisyah berkata faktor tubuh badan kecil dan kurang selera makan juga menjadi punca anak dalam kandungannya tidak membesar.

"Bayi agak kecil daripada umurnya. Mungkin banyak faktor (iaitu) badan saya yang kecil, stres sepanjang isu dan kurang selera makan," katanya di Instastory pada Rabu.

Aisyah turut berterima kasih kepada semua yang mengambil berat dan memberikan kata-kata semangat terhadapnya.



Malah, isteri pertama kepada Alif Teega itu turut memaklumkan dia berada dalam keadaan baik dan meminta netizen tidak lagi bertanya isu keluarga semasa sedang membuat siaran langsung bagi tujuan bekerja.

"Tujuan saya menulis kali ini adalah untuk menjernihkan dan memurnikan keadaan yang sedang berlaku.

"Pertama sekali, saya berterima kasih buat semua yang ambil berat dan memberi kata-kata motivasi. Semoga dengan motivasi kalian, Allah memberikan kemudahan dan kebahagiaan buat kalian semua. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.



"Atas komitmen saya kepada syarikat, saya tetap perlu membuat 'live' seperti biasa. Saya mohon netizen untuk memberi ruang dan tidak bertanya mengenai isu yang terjadi dikhuatiri situasi akan bertambah besar," katanya.

Sementara itu, Alif Teega menerusi akaun Instagram miliknya pula memberi bayangan hubungannya dengan isteri pertamanya itu baik-baik sahaja.

Meskipun keadaan menjadi keruh disebabkan orang ramai menghukum daripada pandangan kasar, Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, berkata kebahagian di dalam keluarga kecilnya itu masih tetap utuh.



Alif kata erti bahagia sebenar adalah pada hati dan bukannya pada tatapan atau media sosial.

"Manusia sentiasa bercakap, menghukum dari pandangan kasar mereka. mereka tak mampu untuk menyelami hati dan akibat perbuatan itu kadang-kadang menghasut keadaan menjadi keruh.

"Tapi tidak pada kami, Allah jaga kebahagiaan kami. Bahagia kami tetap utuh. Kerana takdir tertulis seperti itu. Alhamdulillah, kami bahagia," katanya.



Pada Ahad lalu, Alif membuat pengakuan dia berpoligami dan penjelasan tindakannya itu dibuat bagi mengelakkan timbul sebarang fitnah di kemudian hari.

Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 28, pula meminta orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan kedua suaminya itu dan meminta mendoakan kebahagiaan Aliff dan isteri baharunya yang tidak didedahkan identitinya.

Isu ini menjadi lebih hangat selepas ahli keluarga Aisyah Hijanah tampil membuat pendedahan mendakwa Alif pernah memukul isterinya dan mereka sekeluarga mengetahui serta menjadi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.


Malah Amirul Adni Rustam iaitu sepupu dan juga adik susuan Aisyah mendakwa, Alif turut menjalinkan hubungan dengan wanita lain ketika Aisyah sedang hamil anak ketiga.



Untuk rekod, Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Masukkeluar 29-11-2023 12:16 PM
semua benda nk share..dh dh la tu. dh kena madu pn masih lagi ligat nk expose psl kandungan psl life. boleh stop rehat skjp tak???
Quote black_handbag 29-11-2023 12:22 PM
so ni content terbaru ke? jual cerita pasal anak tak membesar sbb stress? dah ko tau stress ko dok tunggu jugak laki tu kenapa
Quote Nizleen86 29-11-2023 12:26 PM
Edited by Nizleen86 at 29-11-2023 12:27 PM

Tu la meols tak sukaaa org yg tayang2 dlm social media seolah2 family dia paling bahagia, berjaya. We create an empire konon. Gitu la hujung2 kena pukul la apa. Mmg dalam circle iols pun yg slalu tayang2 tu la laki dia curang. Mmg tak happy sbnrnya.
Quote prettyuglybabe 29-11-2023 12:31 PM
another perempuan yang i tak rasa kesian kena caras..
Quote mamajawie 29-11-2023 12:38 PM
dorang ni indog ke?nama kemain
Quote immaryjane 29-11-2023 12:45 PM
mamajawie replied at 29-11-2023 12:38 PM
dorang ni indog ke?nama kemain

Ppuan tu anak yg bom bali tahun 2002. Famous kot 1 msia time tu
Quote Prickford 29-11-2023 12:50 PM
Iolls sampai ke hari ni haram tak kenap depa dua ekor ni. Pastu yg jantan tu mak aih baru 29 tahun rupanya. Apa yg hadap sangat nak berbini 2??
Quote Chah21 29-11-2023 01:21 PM
Prickford: Iolls sampai ke hari ni haram  ...

Mungkin dh x syg.. cinta beralih arah
Quote IzzahF 29-11-2023 01:23 PM
mamajawie replied at 29-11-2023 12:38 PM
dorang ni indog ke?nama kemain

dorang sejenis ereb meleis tp bermuka konoha
Quote airmineral 29-11-2023 01:46 PM
prettyuglybabe replied at 29-11-2023 12:31 PM
another perempuan yang i tak rasa kesian kena caras..

yg lain2 tu sape?

Quote miss_perfect 29-11-2023 01:52 PM
Muka laki tu macam ada iras kartun la... Tapi tak ingat kartun apa.

Diorang memang dah lama famous ke? Famous sebab couple islamic??
Quote prettyuglybabe 29-11-2023 02:19 PM

bini-bini yang jenis overshare la..malas sebut nanti kena kecam

Quote beni_nikaido 29-11-2023 02:22 PM
tak habis2 menunggang
Quote mamajawie 29-11-2023 02:47 PM
immaryjane replied at 29-11-2023 12:45 PM
Ppuan tu anak yg bom bali tahun 2002. Famous kot 1 msia time tu

ok..i masa tu masih sekolahg rendah so x tau sangat..bapa pompuan tu hidup lagi ke?

Quote mamajawie 29-11-2023 02:48 PM
IzzahF replied at 29-11-2023 01:23 PM
dorang sejenis ereb meleis tp bermuka konoha

i see sebab nama konoha sesangat

Quote IzzahF 29-11-2023 02:53 PM
mamajawie replied at 29-11-2023 02:48 PM
i see sebab nama konoha sesangat

aiols percaya theyols ni asal konoha tu pasal pelik2. sama mcm abam tesla dgn minik2nya semua asal parit2 johor. nama pun soheh konoha diikuti rupa bentuk idong sebaris je line lobangnya. musti tok nenek dlu naik tongkang dpt ic merah. warga konoha mana boleh tak pelik
Quote Binodino 29-11-2023 03:22 PM
Rengsa betul lately asal buka porem je mesti ada kes 2 makhluk yang sendurina ni. Dah la entah siapa2 aku pun tak kenal, si bini sekali tengok ada iras bini si johan, yang lakinya pulak takde la eye candy pun dengan jambang yang macam fake je

Boleh tak jangan buka dah thread lakibini ni?
Quote hunny_bunny 29-11-2023 03:41 PM
tah kenapa aku rasa netizen je lebih2....esok lusa aisha tu redho laa tu...

kan dia nak masuk syurga tanpa hisab...

org lain seme masuk neraka kene celup dulu baru ke syurga...

seme benda nak tunjuk..nak tayang...pastu org ngata ko sakit ati...dah ko tunjuk sapa suruh...

benda sakit kan mata org pastu nak soh doa elok2....bodoh..

aisyah tu sejenis xleh x berlaki....tgk laa nnt xde nyaaa dia nak bediri tinggi mcm PSL.

asal berlaki..walau pun laki kau x berjenis.
Quote zuriey 29-11-2023 03:52 PM
Dah ko kata ko bahagia jgn nak merempan byk
Ko sendiri redha kan
Hadap je la jantan tu.yihhhh

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-2-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.049648 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top