CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat Gaji Untuk Bayar Pengangkutan Awam Saja! - Rintihan Pengguna

3-12-2015 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 25045| Komen: 259

Description: Kenaikan harga pengangkutan awam dilihat sangat tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana rakyat telah terbeban dengan banyak benda seperti Cukai Barangan
Oleh Izzah Abbasy

Kenaikan tambang LRT dan KTM dianggap sangat membebankan rakyat.

Rintihan oleh pengguna pengangkutan awam rata-rata tidak bersetuju dengan kenaikan tambang ini malah pendapat seorang daripada mereka bahawa gaji yang diperolehi pun sudah tidak memadai kerana kebanyakannya berhabis untuk pengangkutan awam sahaja.

Majoritinya terkesan dengan kenaikan kadar harga tambang KTM Komuter dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Kredit Foto : iqmarhpm2015.blogspot.com


Pendapat pengguna lagi oleh  Free Malaysia Today ;

Prabagaran A/L Balakrishnan, 34

“Gaji RM3000 pun sudah tidak memadai,” keluh Prabagaran, “Saya berhabis RM1200 hanya untuk pengangkutan awam.”

“Kos ulang-alik RM50 sehari. Rasa amek gaji untuk bayar pengangkutan sahaja,”

“Semalam saya turun dari stesen KL sentral ke Universiti…tiket RM1.60-2.00…naik RM0.40. Sebab kita selalu amek dan terkejut bila tiba-tiba naik,”


Amar Farham Mohd Shukarno, 24

“Jika dulu kos tambang pergi dan balik dari LRT dari Taman Bahagia ke Ampang adalah RM5.80 pergi dan balik. Sekarang selepas kenaikan menjadi sehingga RM12.00.

“Ini sangat membebankan bagi saya yang baru memulakan pekerjaan,”


Nicole

“Kenaikan harga pengangkutan awam dilihat sangat tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana rakyat telah terbeban dengan banyak benda seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kadar tol, minyak dan ini semua membebankan rakyat,”

Suu Lin, 22

“Ya, sangat memberi kesan lebih lagi saya tinggal di luar dari universiti dan ulang-alik menggunakan LRT untuk ke pulang ke rumah,” katanya.
Beliau masih berharap kerajaan akan mengambil-berat nasib siswa sepertinya.

“Saya berharap kerajaan boleh memberi diskaun untuk pelajar yang menggunakan LRT.”


CARI Infonet

25

Bagus
16

Marah
22

Terkejut
32

Sedih
35

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (162 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 3-12-2015 08:47 AM

ada dia kisah dekkk?






Quote taji2906 3-12-2015 08:54 AM
ko cakap la sampai berbuih2 mulut tu.... merengek la hentak2 kaki ke, ada depa nak kisah... p mampuih lagi ada...
Quote lurve82 3-12-2015 08:54 AM
like them care..pandai2 la nk hidup...
Quote CrowneGlory 3-12-2015 08:55 AM
Sedara aku duit public transport je dekat 1k sebulan...mmg haram jadah sungguh gomen x reti nk control semua kenaikkan ni
Quote GhostWalking 3-12-2015 08:56 AM
CrowneGlory replied at 3-12-2015 12:55 AM
Sedara duit public transport je dekat 1k sebulan...mmg haram jadah sungguh gomen x reti nk control s ...

banyak jugak tuh.dia ulang alik dari mana?
Quote chinta89 3-12-2015 08:57 AM
ade menteri kesah??
Quote zainmahmud 3-12-2015 08:57 AM
kesian rakyat Malaysia nih. kena ketuk kaw2...kerja mcm hamba abdi tapi duit habih kat public transport yg sepatutnya mengurangkan kos pengangkutan, tapi tak berbaloi lagi dah naik public transport, naiklah basikal or motorsikal saja. semua tempat kerja kena sediakan lebih ruang utk letak motorsikal dan basikal, laluan sikal juga harus diperbanyakkan utk keselesaan dan kepentingan rakyat.
Quote Bedah.Cun 3-12-2015 08:59 AM
Hado den kesahhh? Nan hadoooo!! * Kak Mah libass wig kejung *
Quote bungarose 3-12-2015 09:01 AM
kenaikkan kos public transport ni akan watkan org guna kenderaan sendri. pastu jem teruk.jlan raya xpenah cukup lane..tol lg..parking lg nk kena sedia.  itu utk org yg ada kenderaan. bg yg takder? xpikir panjang ker diorg ni sblm buat keputusan?
pikir ler sikit utk rakyat.  
Quote isseliparjepun 3-12-2015 09:01 AM
Banyaknya sampai 1k belanja p keja. Tu tak masuk makan lagi pe suma. Mau nanges kalau baru start hidup kat kolumpo noh
Quote wanitajelita 3-12-2015 09:01 AM
Yg bumiputra pergilah blaja di UiTM... PTPTN rate utk semua IPTA sama je 3,500 per semester, tapi yuran UiTM murah 4x dr universiti lain. Diorg byk duit extra sampai boleh pg buat facial treatment
Quote mrsT 3-12-2015 09:05 AM
aderkah mereka kisah..?
Quote roy3 3-12-2015 09:09 AM
Lorh..x mampu naik pengangkutan awam jalan kaki la..xpun beli basikal..macam prabagaran tu bole cube naik basikal dr ipoh ke kl..sihat badan
Quote budakmanentah 3-12-2015 09:35 AM
pak muntri pasola kata....xnak naik public transport...sila bangun awal, kayuh beskal
org kmpung xmerungut sbb dorg xnaik lrt @ komuter...sokongan masih ada disitu ye
Quote noor2 3-12-2015 09:36 AM
Jika dulu kos tambang pergi dan balik dari LRT dari Taman Bahagia ke Ampang adalah RM5.80 pergi dan balik. Sekarang selepas kenaikan menjadi sehingga RM12.00..........GILA
Quote epis 3-12-2015 09:39 AM
nak kurangkan kesesakan jalan, tapi tambang pengangkutan awam lagi di naikkan... kimK tul la!!!
Quote realmz 3-12-2015 09:39 AM
patut title dapat gaji untuk kayakan orang lain
Quote bluehedgehog 3-12-2015 09:40 AM
terima kasih kepada mak pak anda di felda yg undi umno
Quote RED 666 3-12-2015 09:41 AM
Gomen perlu laksana gst dn kenaikan sana sini demi menampung kenaikan gaji dn elaun pekerja gomen

Lihat semua komen(259)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.063980 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top