CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM375 Untuk Dua Jam, Khidmat Teman Wanita Upahan Laku Keras

21-11-2023 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2167| Komen: 5

Description: TOKYO – Laman-laman web menawarkan khidmat teman wanita dan teman lelaki untuk disewa di Jepun laku keras sejak kebelakangan ini.
TOKYO – Laman-laman web menawarkan khidmat teman wanita dan teman lelaki untuk disewa di Jepun laku keras sejak kebelakangan ini.

MailOnline melaporkan, situasi itu berlaku kerana penduduk Jepun terlalu kuat bekerja dan mempunyai masalah untuk bersosial bersama orang lain. 


Tinjauan kerajaan pula mendapati bahawa seramai 1.5 juta penduduk Jepun diklasifikasikan sebagai ‘penyendiri sosial’.


Foto: MailOnline

Salah satu laman web menawarkan khidmat teman wanita untuk disewa ialah tokyo.rent-kano.net. Ia menyenaraikan sebilangan peneman untuk disewa pada harga 12,000 yen (RM375) untuk dua jam.

Antara mereka yang pernah mencuba perkhidmatan itu ialah seorang pesohor YouTube, Harry Jagard. Dia membayar 59,608 yen (RM1,865) untuk melakukan aktiviti bersama seorang teman wanita upahan bernama Eri.

“Ia adalah pertemuan paling tidak masuk akal dan mahal sebenarnya  tetapi masih murah daripada kos memiliki teman wanita sebenar,” katanya.


Sementara itu, wanita yang mencari teman lelaki boleh menyewa Takahiro Satonaka melalui laman web rentalkareshi.com dengan bayaran 7,000 yen (RM291) sejam. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 21-11-2023 11:01 AM
malaysia dah boleh start buat camni, ramai andartu2 sanggup sewa lelaki2 yg berada di pasaran
Quote mojarean_X 21-11-2023 11:02 AM
ifanonline replied at 21-11-2023 11:01 AM
malaysia dah boleh start buat camni, ramai andartu2 sanggup sewa lelaki2 yg berada di pasaran

Dan kebanyakan andartu T20.
Quote ifanonline 21-11-2023 11:04 AM
mojarean_X replied at 21-11-2023 11:02 AM
Dan kebanyakan andartu T20.

yes...you got the money,you get the honey baby
Quote AbukRokok 21-11-2023 11:12 AM
Boleh try nti
Quote AbukRokok 21-11-2023 11:13 AM
Full package good ending?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-12-2023 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.046811 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top