CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tandas Sekolah Di Johor Konsep Open Air- Selesai Buang Hajat Terus Keluar, Elak Masalah Buli Dan Merokok

20-11-2023 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3758| Komen: 52

Description: Seorang guru, Shahrizal Sha'ri di laman Facebook berkongsi gambar tandas bagi pelajar lelaki di sekolah yang mengetengahkan konsep ala-ala tandas di kawasan Rehat & Rawat (R&R).
Seorang guru, Shahrizal Sha'ri di laman Facebook berkongsi gambar tandas bagi pelajar lelaki di sekolah yang mengetengahkan konsep ala-ala tandas di kawasan Rehat & Rawat (R&R).

Kelihatan luas, tandas berkenaan tampil dengan idea 'terbuka' (open air) sekali gus mencipta suasana yang sangat berbeza berbanding konsep di kebanyakan tandas sekolah.


Foto: FB

"Ini adalah salah satu projek tandas pelajar lelaki. Ada lagi tandas-tandas lain untuk disiapkan.

"Jikalau sebelum ini memang macam sendu, 'hauk' dan reban ayam, ini juga satu usaha yang amat bernilai hasilnya. Pelajar lelaki pun tak rasa jijik.

"Penggunaan warna biru, putih dan coklat sebagai asasnya dan tampak luas. Tak payah deko sangat asalkan sampai matlamatnya. Suasana lebih bersih dan yakin untuk buang air besar," tulisnya.


Loading FB Post...

Difahamkan, tandas tersebut adalah di SMK Kulai Besar, Johor.

Sehingga kini, perkongsian guru berkenaan meraih 672 shares di Facebook selain mengundang komen pujian daripada warga maya.

"Sokong sangat tandas open macam ni. Tak ada la ahli mesyuarat tandas.

"Nice tandas macam ni... mengurangkan masalah berbau.

"Bagus tandas macam ni... boleh elak hisap rokok, kaki ponteng dan bergaduh," demikian antara komen netizen.


Foto: FB

Dalam hantaran yang berasingan, guru berkenaan memuat naik gambar di tandas pelajar perempuan yang sedang diubah suai dan dinaik taraf.

Untuk rekod, media sebelum ini melaporkan Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM70,000 kepada setiap sekolah untuk kerja-kerja penyelenggaraan tandas.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihak kementerian memberi masa selama tiga bulan kepada semua sekolah untuk melaksanakan penyelenggaran fasiliti tersebut. -CARI

Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fofuler 20-11-2023 02:22 PM
Bagus2 ada pengudaraan baik, yang lantai basah cepat kering so kuranglah masalah bau terkepam terkepung
Quote Suchi 20-11-2023 02:23 PM
Tandas laki tu ada pintu dak?
Iols setuju bab tak payah nk deko sgt
Sbb iols mmg tak gemar bab deko tandas ni, paling penting tandas bersih dan boleh digunakan toksah nak hias beria seolah2 nk tidur dlm tu.
Tandas tu bkn tempat utk kita nak healing ka bertafakur lama2
Nih tandas buh bunga pelestik la langsir warna warni laa
Buku2 bagai nak wat per? Semak je semua tu tempat kumpul habuk.
Kalau nak letak sgt buh indoor plant yg tak menyemakkan mata. Memadai letak pokok money plant kecil kat ares sinki/cermin.
Quote Thunderclouds 20-11-2023 02:27 PM
Ok.
Aku suka.
Walau xde privasi.
Xleh nk nyorok dh.
Quote jebatmaspunyer 20-11-2023 02:33 PM
Cleaner pun senang nk buat keje.
Quote jazaa100 20-11-2023 02:34 PM
Edited by jazaa100 at 20-11-2023 02:36 PM

Tandas tu tak de pintu ke?...
Knp pelik pulak aku rasa

Klu gitu betul lah konsep china prc toilet mcm ni.....
Dulu kita kutuk dorang, tetiba kita pulak buat....
Quote tripleid 20-11-2023 02:39 PM
Edited by tripleid at 21-11-2023 08:25 PM

Habahcow cirit senyum sinis ..


IMG_20231120_143918.jpg

Quote Chrating 20-11-2023 02:47 PM
Kalau tengok dalam video, ada je pintu setiap tandas tu.
Quote minahmanja 20-11-2023 02:51 PM
yg tnye tandas tkde pintu ni, mmg sah tak tgk video tu sampai abis..
Quote esbok 20-11-2023 02:54 PM
bagus2. takde dah hantu kira, 1 2 3 4 haaa 5 adaaa
Quote twins 20-11-2023 02:59 PM
bagus open cam gini.  makcik / pakcik cleaner kena rajin supaya lantai bersih sbb cikgu lalu jer dah nampak lantai berkarat. kalau ada yg merokok dlm tu pun cikgu lalu jer dah boleh detect bau... cfm kantoiii.... semoga bnyk lg sekolah2 negeri lain ikut konsep yg sama
Quote ultra78 20-11-2023 03:13 PM
Ok la tu..tandas masih ada pintu..
Quote krustykrab 20-11-2023 03:21 PM
Kalau tandas gegirl buat mcm ni tak ke kesian bila nk pebetui tudung ka, time nk basuh baju kena period ke.
Quote salimrock 20-11-2023 03:24 PM
good idea...

takde la kes budak2 tendang pintu toilet, sap rokok vape dlm toilet,


good idea tak semestinya good business pada kementerian pelajaran dgn rakan2 sekutu


Quote primarikey 20-11-2023 03:27 PM
Xde peluang la nk merokok dan lepak2 dlm tandas
Quote talapia 20-11-2023 03:46 PM
jazaa100 replied at 20-11-2023 02:34 PM
Tandas tu tak de pintu ke?...
Knp pelik pulak aku rasa

takkanla takde pintu tandas... cubicle tandas sorang2 tu tetap mcm biasa berpintu elok..
gila apa takde pintu.. aurat tu wehh.. cuma takde pintu utama..  konsep mcm rnr.. open air.. tapi ni lagi open la..
kalau rnr.. masih ada penghadang dari pandangan luar..
yg ini.. sape masuk n keluar tandas bole nampak.. memula seganla jugak kot. haha..

tapi yg bagus.. bebudak nk lepak isap rokok ke apa mmg takde peluang la..
harapnya tandas ni bukan kat laluan utama la.. kalau x.. orang lalu tepi2 tu dengar bunyi mcm2 pulak.. x aman wehh nk membuang
Quote kucingitam 20-11-2023 04:08 PM
krustykrab replied at 20-11-2023 03:21 PM
Kalau tandas gegirl buat mcm ni tak ke kesian bila nk pebetui tudung ka, time nk basuh baju kena per ...

tandas lelaki je...cikgu pun ada otak juga tau kena ada privacy utk murid perempuan... murid perempuan dia jarang gaduh kat tandas, drg nak gaduh2 tepi jalan pun boleh...
Quote Tinot7 20-11-2023 04:10 PM
Tandas pompan pun nnt mcm ni ka?

Awat bideo unavailable?
Quote JahLupa 20-11-2023 04:44 PM
Gegirl punye cemane.

Anak haku tu sanggup x kencing kat sekolah. Smpai umah bedesup lari pegi toilet sbb menahan kencing dari pagi. Kotor nau dia kata. Xleh nak tutup mata
Quote Clan204 20-11-2023 04:53 PM
tak dapat la nak pasang mercun berjangka masa nak raya nnt... wakaka

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-12-2023 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.039843 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top