CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengah Gigit Rasa Kenyal-Kenyal, Bapa Dan Anak Termakan Bangkai Cicak Dalam Samosa

20-11-2023 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1706| Komen: 0

Description: Kembang tekak! Seorang lelaki dan anak perempuannya menjumpai bangkai seekor cicak dalam hidangan samosa goreng yang dibeli dari sebuah kedai di daerah Hapur, negeri Uttar Pradesh, India.
Kembang tekak! Seorang lelaki dan anak perempuannya menjumpai bangkai seekor cicak dalam hidangan samosa goreng yang dibeli dari sebuah kedai di daerah Hapur, negeri Uttar Pradesh, India.

Difahamkan gadis berusia 13 tahun itu merasakan sesuatu yang kenyal ketika sedang menggigit samosa tersebut.

Dia kemudiannya menemukan seekor cicak mati.


Foto: Ary News

Dia segera menunjukkan cicak itu kepada bapanya, Manoj Kumar yang sudah menghabiskan beberapa samosa itu.

Kedua-dua mereka kemudian memuntahkan makanan yang sudah ditelan.

Rakaman kejadian memaparkan situasi Kumar meludahkan samosa yang dimakannya di tepi jalan.

Manoj kemudian memanggil polis ke kedai tersebut.

Bagaimanapun, peniaga kedai makan itu menafikan penemuan cicak tersbeut dengan penjelasan mengatakan dia menyumbat isi kentang itu menggunakan tangannya sendiri.


Anak perempuan Manoj kemudian dikejarkan ke hospital selepas kerap mual dan muntah namun kini dalam keadaan stabil.

Pegawai polis berkata, pihaknya masih menyiasat kes tersebut. -CARI

Sumber: mStar/ Ary News

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-12-2023 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.024065 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top