CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Undang Murka Allah, Persatuan Ulama Malaysia Desak Konsert Coldplay Di Bukit Jalil Dibatalkan!

20-11-2023 09:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2033| Komen: 16

Description: Bakal berlangsung pada 22 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mendesak agar penganjuran konsert Coldplay dibatalkan.
Bakal berlangsung pada 22 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mendesak agar penganjuran konsert Coldplay dibatalkan.

Ketua Pemuda PUM, Dr Muhammad Alihanafiah Norasid berkata, penganjuran konsert berbaur hedonisme itu jelas melalaikan umat Islam dan rakyat Malaysia selain ia jauh daripada norma dan tatasusila tempatan.


Alihanafiah juga memberitahu penganjuran konsert itu juga boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.


Foto: mStar

"PUM menyelar sekerasnya penganjuran konsert ini yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

"Kemungkaran yang tidak dicegah akan menjemput bala bencana yang tidak hanya ditimpakan ke atas orang yang zalim dan pelaku dosa semata," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar pada Ahad.

Dalam pada itu, Alihanafiah berkata, konsert itu boleh mencemarkan minda umat Islam dengan hiburan melampau bahkan berisiko terjajah dengan krisis identiti yang cuba dinormalisasikan beberapa pihak.


Tambahnya, konsert itu yang diadakan ketika rakyat Palestin sedang diganyang rejim Zionis Israel tanpa belas boleh mengheret rakyat Malaysia khususnya anak muda agar tidak sensitif dengan jenayah kemanusiaan dan korban jiwa yang terus meningkat.

"Harga tiket konsert yang ditempah menjadi galang ganti kepada kemusnahan, penindasan, dan genosid di Palestin khasnya di Semenanjung Gaza.

"Bukalah mata dan bangkitlah di saat saudara kita di Gaza sedang dibedil dan dibantai dengan penuh rakus dan sadis sementara sebahagian umat Islam masih hanyut dibuai mimpi dan kealpaan," katanya.

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah turut menasihatkan supaya konsert Coldplay tidak diteruskan kerana disifat melalaikan dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini.

Luqman berkata, konsert tersebut jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat di negara ini. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 20-11-2023 09:27 AM
Alang2 smua hiburan yg terkinja2 mlm minggu tu pun cancel la.... Apooo
Quote bored_atticus 20-11-2023 09:37 AM
a'ah.. double standard. konsert retis malaysia kinja-kinja boleh kan..
retis malaysia terang-terang Muslim, buat apa ja takkan bawa bala..
retis luar, non Muslim ja la bila buat konsert sini terus jadi tak bagus bawa bala.
Quote Nurdianah 20-11-2023 09:43 AM
Konsert kt tv.. Aina Abdul, M Nasir tk nak suh batal ke? Nak batal.. batal semua skali…jgn buat rakyat gelak boleh tak?



Quote Samerosie 20-11-2023 09:46 AM
Lobai in denial.  Gi ticket2u, list dari melayu islam, indon dgn bollywood buat konsert sampai 2024, suruh batalkan semua cepat.
Quote becir 20-11-2023 09:49 AM
Lobai..what do u expect?

Quote renko 20-11-2023 09:56 AM
gegar vagennah tu xmau suh batal ke
Quote AbukRokok 20-11-2023 10:33 AM
Tgk bola msia vs kyrgystan xlalai
Quote AbukRokok 20-11-2023 10:35 AM
Ohh lupa bola dinaungi kerabat diraja .... Alamak tuan ai takut juga ye dgn kerabat
Quote Samerosie 20-11-2023 10:35 AM
Lobai2 tak tau kah, coldplay ni setiap kali dia buat world tour, pendapatan derang yg berjuta2 tu, 10% dia set aside untuk charity, termasuklah jengkaut sampah yg kat sg klang, kat sarawak, termasuklah aid kepada Palestine.  Lobai2 set aside untuk sedekah berapa pula?  Tanya jer...
Quote toynme 20-11-2023 10:42 AM
Aina Abdul...okay?
Konsert kat Kelantan..okay?

jgn double standard la pak ustaz
Quote nusaraya 20-11-2023 10:45 AM
Apakah Fatwa HARAM dari ulama wakil Allah di bumi  ini dipatuhi ?  


Betol-betol TERLALU jika X dipatuhi atau diabaikan oleh Umah ...
Quote Pajeri_Nenas 20-11-2023 10:46 AM
Suka sgt JD moral police. Hentikanlah
Quote lolipopmanish 20-11-2023 10:48 AM
Dabel standard nye
Kensel lah camtu konsert hiburan nyanyi retis2 kat meleis ni, takut lagha begituhh
Quote asamfish 20-11-2023 11:05 AM
gejala2 sonsang sumbang mahram pukul pelajar sampai nak mati mencuri memfitnah merasuah yang berleluasa bagai tu Allah tak murka ke?
selective hukum betul puak2 so called bijakpandai agama ni or lebih sesuai puak2 'hollier than thou'
Quote cikatilia 20-11-2023 11:16 AM
baby shima dok henjut2 bontot tu bole la plak eh??
gegar bingitza tu pon sama.. terkinja2 ok aje?? sbb depa melayu islam eh?? harus??
jahanam.
Quote _blackbird 20-11-2023 11:23 AM
yg bawak bala pada negara sebenarnya lobai2 semburit and penoron lubang budak bawah umur. bukan sahaja tercela agama, masa depan budak pon tercela juga nokkkkkk....

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-12-2023 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.040230 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top