CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

500 Pelarian Rohingya Mendarat Di Aceh Selepas Diusir Penduduk

19-11-2023 10:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10824| Komen: 56

Description: Banda Aceh: Tiga buah bot sarat dengan 500 pelarian Rohingya mendarat di bahagian paling barat Indonesia hari ini, kata sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Menurut agensi pelarian PBB ...
Banda Aceh: Tiga buah bot sarat dengan 500 pelarian Rohingya mendarat di bahagian paling barat Indonesia hari ini, kata sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut agensi pelarian PBB, ia adalah satu daripada pendaratan terbesar sejak etnik tersebut dikenakan tindakan keras ketenteraan di Myanmar pada 2017.


Pelarian Rohingya terkandas di atas bot selepas penduduk tempatan enggan membenarkan mereka mendarat di Pineung, Aceh, 16 November lalu. - AFP

Pegawai bersekutu agensi berkenaan, Faisal Rahman memberitahu AFP bahawa sebuah bot tiba di daerah Bireuen, wilayah Aceh dengan membawa 256 penumpang.

Sekurang-kurangnya 239 lagi tiba di Pidie, Aceh serta sebuah bot lebih kecil yang membawa 36 pelarian mendarat di Aceh Timur.

“Mereka ditemui di beberapa lokasi. Daripada 256 pelarian di bot yang tiba di Bireuen, 110 ialah wanita dan 60 kanak-kanak,” kata Faisal.


Tambah Faisal, ia merupakan bot sama yang enggan diterima oleh penduduk tempatan, yang kemudian mengarahkan mereka kembali ke laut Khamis lalu. Ia menyebabkan semua pelarian terapung di luar pantai selama berhari-hari.

“Kami mengesahkan perkara itu. Kebanyakan daripada pelarian dikenal pasti oleh pegawai keselamatan ketika mereka mendarat,” jelasnya.

Pendaratan terbaharu itu menjadikan jumlah pelarian Rohingya yang mendarat di wilayah Aceh kini berjumlah lebih 800 orang untuk minggu ini sahaja.

Selasa lalu, 196 pelarian tiba manakala 147 lagi mendarat keesokan harinya, demikian menurut beberapa pegawai.

Ketika ini, semua pelarian ditempatkan di sebuah pusat perlindungan sementara ketika menanti keputusan daripada pihak berkuasa mengenai ‘nasib’ mereka. – AFP


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 19-11-2023 11:15 PM
iols tgk komen kt aljazeera english ig
komen² indon sana xnak terima rohingya
sama la.mcmn msia xsuka rohingya ni
sbb drg buat perangai sama kt msia & indon
Quote dua_chzy 19-11-2023 11:19 PM
Skin colour memainkan peranan besar towards menjadi asbab kepada racism terhadap kau.
Quote naina 19-11-2023 11:20 PM
Tula dari diberi muka ni la jadi ckit2 ambik hak orang
Esok2 bila ada rakyat tempatan kwen dgn Rohingya lepastu anak deols dah besar jadi plak pak menteri..habis2. xmustahil mintak hak
Quote naina 19-11-2023 11:21 PM
dua_chzy replied at 19-11-2023 11:19 PM
Skin colour memainkan peranan besar towards menjadi asbab kepada racism terhadap kau.

Nope
Rohingya tula macam Yahudi
Bukan masalah warna kulit
Yahudi dulu2 cmnila naik tongkang minta perlindungan
Quote Kentot_Wangi 19-11-2023 11:32 PM
Kalau numpang negara org, buat perangai comey2 xpe jugak. Ni dah la minta sedekah. Org x bagi, ludah2 depan org tu. Siap tipu lagi cakap dari Gaza. Pastu rm1 xnak.. Nk rm5.. Elok htr kat pulau sentinel utara, india tu..
Quote sharlenetexas 19-11-2023 11:33 PM
dua_chzy replied at 19-11-2023 11:19 PM
Skin colour memainkan peranan besar towards menjadi asbab kepada racism terhadap kau.

No. 1 perangai pembawakan diri


Quote Catpaw 19-11-2023 11:41 PM
Ni beramai2 kanak2 ni beranak dalam kapal ke
Quote Catpaw 19-11-2023 11:43 PM
Ewah2, dengan harapan hanyut ke langkawi terus berumah tangga situ ye

Elok kena tiup balik semula ke rohinga sana, kami taknak engkau
Quote naina 19-11-2023 11:50 PM
Kenapa la takda yang sarankan suruh stop atau kawal pembiakan. Dah tau susah takda tempat tinggal. Ni lari sana sini minta perlindungan. Hujung2 anak dijadikan peminta sedekah..
Quote Decaffeinated 20-11-2023 12:00 AM
Takde ka orang nak derma que puteh dengan dye rambut blonde untuk dorang ni. Boleh claim dari Gaza confirm diterima.

Quote hyie 20-11-2023 12:08 AM
taknak try mendarat kat korea utara ke uols?
Quote kakigebang 20-11-2023 12:25 AM
Kentot_Wangi replied at 19-11-2023 11:32 PM
Kalau numpang negara org, buat perangai comey2 xpe jugak. Ni dah la minta sedekah. Org x bagi, ludah ...

hantar gi israel la,  aku bagi 10 tahun je Israel akan hilang dijajah Rohingya ,????????
Quote Kentot_Wangi 20-11-2023 12:33 AM
kakigebang replied at 20-11-2023 12:25 AM
hantar gi israel la,  aku bagi 10 tahun je Israel akan hilang dijajah Rohingya ,????????

Klu htr kt pulau ak ckp tu, x sempat dorg nk mendarat. Kena panah or sumpit dh.. Haha... Nk htr kt Israel pn, dorg pn byk menjajah negara org. Smua negara ade puak2 dia..
Quote BoongaKertas 20-11-2023 08:10 AM
sbb perangai depa aneh sgt lah. mmg x mustahil local x sanggup terima.
Quote Gianna111 20-11-2023 08:12 AM
late grandpa i pernah pesan orang dalam keadaan susah contoh macam puak ni.atau sapa-sapa je datang dalam hidup kita dalam keadaan susah. tolong mereka cukup sekali jer.jangan lebih-lebih.
Quote Tinot7 20-11-2023 08:19 AM
Bkn ka ada pulau khas utk deme yg bangladesh siapkan? Pi la sana..
Quote vespa_oren 20-11-2023 08:33 AM
dua_chzy replied at 19-11-2023 11:19 PM
Skin colour memainkan peranan besar towards menjadi asbab kepada racism terhadap kau.

org suluk dan bugis tiada ic di sini putih dan lawa2 diaorg, ramai  org tempatan sanggup kawen biarpun tahu anak diaorg bermasalah ic nanti, tu belum campur pakistan mix
Quote ayukpingu 20-11-2023 08:34 AM
Tinot7 replied at 20-11-2023 12:19 AM
Bkn ka ada pulau khas utk deme yg bangladesh siapkan? Pi la sana..

diaorg tanak terikat dengan peraturan yg ditetapkan,

bangladesh terima mereka dengan hati terbuka tapi tu lah,besar kepala.

tu yang pakat2 lari dari bangladesh
Quote Tinot7 20-11-2023 08:38 AM
ayukpingu replied at 20-11-2023 08:34 AM
diaorg tanak terikat dengan peraturan yg ditetapkan,

bangladesh terima mereka dengan hati terbuka ...

Hantaq ke mana2 pun pangai tak berubah.. balik myanmar nun je la

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-12-2023 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.062401 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top