Beijing: Seorang wanita di China menangis di lapangan terbang akibat terlepas pesawat kerana terlalu leka membeli barang secara online semasa jualan 11.11, lapor laman berita Mothership hari ini.
Wanita itu dilaporkan tiba awal di lapangan terbang pada 11 November lalu. Dia kemudian memutuskan untuk melihat beberapa tawaran menarik di platform beli-belah dalam talian, Taobao. Bagaimanapun, dia terlalu leka melihat telefon bimbit dan enggan melepaskan tawaran hebat sehingga terlepas pengumuman untuk menaiki pesawat. Dalam sebuah klip video, dia dirakam menangis sambil duduk di atas lantai lapangan terbang Shanghai Pudong. Menurutnya, penerbangan ke lapangan terbang Zunyi Xinzhuo adalah yang terakhir pada hari itu.
Kakitangan lapangan terbang kemudian membantunya menukar penerbangannya supaya dia boleh menaiki penerbangan seterusnya. – AGENSI Sumber: Kosmo! Online
|
gigahertz replied at 20-11-2023 01:57 AM
I pernah kena bende ni. masa nak solat jumaat.
tinggal 30 minit. main la mudah.my dulu.
sekali lapar ...
jazaa100 replied at 20-11-2023 04:36 AM
Hp ni berhantu....
Kekdg lepas subuh konon nk tgok phn sekejap....alih² dah pkl 8.30..mcm tak ca ...
rospinki replied at 20-11-2023 12:32 PM
pernah mcmni..masa tu bole santai2 kt cafe minum kopi pastu sayup2 dengar announcement flight tu pan ...
Barebow77 replied at 20-11-2023 05:13 PM
Aku mmg tak suka kalau travel naik flight..bukan takut naik kapal terbang tapi lebih kepada takut ke ...
Barebow77 replied at 20-11-2023 05:13 PM
Aku mmg tak suka kalau travel naik flight..bukan takut naik kapal terbang tapi lebih kepada takut ke ...
Barebow77 replied at 20-11-2023 05:13 PM
Aku mmg tak suka kalau travel naik flight..bukan takut naik kapal terbang tapi lebih kepada takut ke ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
8-12-2023 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.054494 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.