CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Fail Cerai, Tak Tahan Suami Kedekut, Beri Upah RM2 Sehari Buat Kerja Rumah

19-11-2023 09:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9658| Komen: 13

Description: Petaling Jaya: Seorang wanita memfailkan perceraian terhadap suaminya selepas dua tahun berkahwin dengan alasan lelaki itu sangat kedekut.Wanita berkenaan mendakwa, suaminya hanya memberi nafkah RM2 s ...
Petaling Jaya: Seorang wanita memfailkan perceraian terhadap suaminya selepas dua tahun berkahwin dengan alasan lelaki itu sangat kedekut.

Wanita berkenaan mendakwa, suaminya hanya memberi nafkah RM2 sehari dan jumlah tersebut dikatakan sebagai upah melakukan kerja rumah.



Kisah wanita tersebut diceritakan semula oleh seorang peguam yang mengendalikan kes tersebut di kumpulan Facebook, Peguam Syarie.

“Ada klien saya dia nekad nak minta cerai sebab sifat kedekut suaminya. Katanya, suaminya hanya beri RM2 sehari sebagai nafkah dan upah dia buat kerja rumah, dan kalau nak minta duit lebih barang dapur pun seperti kena merayu.

“Selama dua tahun kahwin, klien saya mengadu tidak pernah sekali mereka makan di luar dan lauk harian mereka hanyalah telur dan ikan bilis. Kalau sehari RM2, sebulan baru RM60, sehari belanja pun habis.

“Terkejut saya dengar cerita klien ini, kesian. Suami ingatlah, kerja isteri di rumah perlu dibayar dengan jumlah setimpal. Isteri bukan orang gaji paksaan yang kena buat kerja secara percuma,” katanya.


Bercerita lanjut, peguam tersebut memaklumkan, suami wanita berkenaan bekerja sebagai tukang gunting rambut dengan anggaran pendapatan sekitar RM1,800 sebulan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut dengan sifat kedekut suami wanita itu.

“Seriuslah RM60 ja nafkah sebulan? Kalau aku sebulan macam itu dah angkat kaki, tak sanggup bertahan sampai dua tahun,” komen Syafiqah.

“Itulah masalah orang perempuan, selalu bertahan dengan harapan suami berubah. Akhirnya bertahun hadap perangai suami kedekut tahi hidung masin,” tegur Nurul Ain.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 19-11-2023 09:33 PM
Dah lakinya pun gaji 1800.... kalau nak byk2 carila yg keje 18k sebulan.. tu pun belum tentu xkdekut
Quote apam 19-11-2023 09:44 PM
Banyak kisah acik senah nak melingkopkan hubungan lakibini org lain yg takda kene mengena
Quote putericahaya999 19-11-2023 09:55 PM
Perempuan skrg demand
Lelaki skrg kedekut
Jd camano nak kawen
Quote glump 19-11-2023 09:58 PM
Tapi hakikat nya sekarang ni ramai para isteri yang bagi duit kat suami..ada siap pakej biawak ,skandal n madu n anak tiri ,ipar duai lagi
Quote apam 19-11-2023 10:00 PM
Korang jangan percaya cerita 2 tahyul nak melingkopkan institusi keluarga melayu. Bila famili melayu melingkup, anak2 melayu lemah dan seterusnya bangsa lemah. Senang bangsa lain nak take over.
Quote cm_vungtau 19-11-2023 10:08 PM
Dia duduk petaling jaya sewa tinggi kot. Ko keluar cari kerja la dik oi.
Quote ninja boy 20-11-2023 01:00 AM
Gaji 3k ngam2 utk pakai sorang2 ini pula berbini kena bergaji 4k
Quote zehra2 20-11-2023 01:29 AM
pi laa jual kuih ke. upah ngasuh anak jiran ke.
cacat ke?
udah laki gaji 1800 je. tk kan nk suruh merompak
Quote Minami2013 20-11-2023 03:49 AM
RM1800 mmg cukup utk diri sendiri je dok pj. Kalau tak de anak, isteri lebih baik bekerja.
Quote Tinot7 20-11-2023 08:04 AM
Loyer mana ni? Habaq la
Quote Prickford 20-11-2023 09:22 AM
"suami wanita berkenaan bekerja sebagai tukang gunting rambut dengan anggaran pendapatan sekitar RM1,800 sebulan".

Adoiii...lakinya keje pon tukang gunting. Gaji RM1.8k, hidup di PJ. What do u expect?? Masa bercintan cintun tak kan tak rasa si laki tu mampu ke tak? Kalau sendiri ngadap cinta itu buta, dpt duit belanja sehari RM2, jgn la komplen. At least bantu suami tu.


Quote white_musk 20-11-2023 10:23 AM
Mungkin dah minta hantaran rm15k..
Laki tu anggap semua dah all in..
Quote cm_vungtau 20-11-2023 10:54 AM
Ada jenis perempuan, kalau boleh, duit nafkah nak, kerja rumah taknak buat, suruh pergi kerja takmau. Patut la ramai lelaki melayu lebih rela jadi gay

Gaji dia 1800 aje kot. Pergi la keluar kerja sana.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-12-2023 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.054242 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top