Sik: Seorang pelajar madrasah berusia lapan tahun telah dirotan dengan batang paip PVC hingga mengakibatkan kecederaan pada tapak tangan dan kaki. Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, pada 11 November lalu, pukul 9.24 malam, seorang wanita yang juga merupakan pengusaha taska telah mengadu anak angkatnya yang belajar di sebuah madrasah telah dirotan.
“Wanita tersebut telah datang ke madrasah itu secara mengejut untuk mengambil anak angkatnya untuk dibawa keluar makan. “Setibanya di kedai makan, anak angkatnya itu mengadu rasa sakit apabila duduk, setelah diperiksa badannya, wanita itu terkejut melihat kesan lebam dan terus datang ke Balai Polis untuk membuat laporan polis,” kata Abdull Razak. Menurutnya, pada keesokkan harinya pada pukul lebih kurang 10.38 pagi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Sik, telah membuat tangkapan seeorang lelaki Melayu berumur 27 tahun yang juga merupakan seorang tenaga pengajar di madrasah tersebut.
Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan seorang kanak-kanak warganegara Indonesia berumur lapan tahun telah dirotan oleh suspek. “Suspek menggunakan satu batang paip jenis pvc hingga mengakibatkan mangsa mengalami kesan lebam dan bengkak. Pemeriksaan oleh pakar perubatan mengesahkan bahawa mangsa telah mengalami ‘soft tissues injuries’. “Suspek telah direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 16 November dan telah dijamin oleh seorang penjamin dan suspek diwakili peguambela,” katanya. Katanya lagi, kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya Kedah dan saspek akan dituduh dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Sumber: Kosmo! Online |
asamfish replied at 19-11-2023 03:01 PM
diharap mak angkat budak tu buat laporan polis, dan jangan sesekali tarik balik aduan bila diminta k ...
dua_chzy replied at 19-11-2023 01:58 PM
Guru2 madrasah memang persis komunis bila mengajar. Guru sekolah pondok, guru2 sekolah agama rakyat ...
noor2 replied at 19-11-2023 02:06 PM
Berani nk hentam anak org...moga mereput ke.penjara ..ajaran agama ke ajor pukul anak org ni...
Suchi replied at 19-11-2023 02:55 PM
Siannya, 8 tahun kecik lagi laa
Skrg ni org hantar awal betul sek tahfiz yg berasrama ni.
Iols faham ...
asamfish replied at 19-11-2023 03:00 PM
sebelum aku hencap, aku minta maap dulu ye......nanti ada la makpak berbondong2 cakap aku dulu kena ...
noor2 replied at 19-11-2023 03:05 PM
Dulu ada kes ustaz pukul budak sampai mati...anak org juga.....besar sgt kuasa ustaz2 ni dera anak ...
nono86 replied at 19-11-2023 05:34 PM
Aku nak speku budak bermasalah pun, budak lagi. Kalau bermasalah pun takkan seteruk remaja, sampai n ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
2-12-2023 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.034355 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.