CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

U MOBILE MERAIKAN PEMBUKAAN “PUSAT PERKIDMATAN PELANGGAN” DI KIDZANIA KL

30-11-2015 05:07 PM| Diterbitkan: wendyKERJA| Dilihat: 5638| Komen: 3

Description: KidZania memerlukan pemain industri untuk membolehkan kanak-kanak mendapat nilai pembelajaran sebenar danoleh yang demikian, amatlah penting untuk rakan-rakan industri mensimulasikan dunia sebenar.
 U Mobile Sdn Bhd, syarikat telekomunikasi Malaysia paling dinamik dan inovatif dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan replika “pusat perkhidmatan pelanggan” U Mobile di pusat pembelajaran KidZania, Kuala Lumpur. U Mobile ialah syarikat telekomunikasi pengendali mudah alih satu satunya yang bekerjasama dengan bandar mini dalam dewan popular ini untuk menyediakan prasarana bagi mendidik golongan kanak-kanak tentang penggunaan telefon yang sihat, bertanggungjawab di samping memberi pendedahan terhadap kemahiran strategi perniagaan, inovasi dan semangat keusahawanan.



Pusat Perkhidmatan Pelanggan U Moble tersebut menzahirkan semula pusat khidmat syarikat dengan bercirikan kaunter perkhidmatan pelanggan dan telefon mudah alih yang disaizkan mengikut persekitaran yang bersesuaian dengan kanak-kanak. 

Untuk menggambarkan dunia sebenar, kanak-kanak yang memasuki pusat perkhidmatan pelangan tersebut akan dapat mengetahui cara-cara bagaimana pembelian kad USIM atau cara-cara bagaimana kad USIM dijual. Melalui aktiviti ini, U Mobile berharap mereka akan dapat memahami fungsi sebuah syarikat telekomunikasi serta mempersiapkan diri menjadi pemilik atau pengguna telefon bimbit di masa depan.  


Untuk memastikan kanak-kanak bersedia menggunakan telefon bimbit secara bijak, U Mobile juga telah menyediakan panduan pengguna mudah alih untuk seluruh keluarga yang akan diedarkan kepada semua pengunjung KidZania KL. Panduan tersebut yang pertama di Malaysia menawarkan panduan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak serta ibu bapa.   Salah satu ciri luar biasa di dalam panduan tersebut ialah kontrak keluarga di mana kanak-kanak dan ibubapa boleh berikrar untuk menggunakan telefon bimbit mereka dengan bertanggungjawab. 



Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur, Shahrul Nizar Ahmad, juga hadir di majlis pembukaan,  gembira kerana U Mobile telah menjadi rakan kongsi industri yang menyertai tarikan pendidikan ini. “KidZania memerlukan pemain industri untuk membolehkan kanak-kanak mendapat nilai pembelajaran sebenar danoleh yang demikian, amatlah penting untuk rakan-rakan industri mensimulasikan dunia sebenar. Melalui lakon peranan di U Mobile, kanak-kanak berpeluang didedahkan kepada asas-asas strategi perniagaan, inovasi dan keusahawanan. Seperti yang kita maklum, telefon mudah alih  adalah satu keperluan di dalam dunia orang dewasa, oleh itu adalah penting untuk kita mempunyai satu pengendali mudah alih di dalam bandar untuk memastikan kanak-kanak akan bersedia untuk pengalaman sebenar apabila tiba masanya.”


Panduan penggunaan Telefon Bimbit Bertanggungjawab Keluarga boleh didapati di KidZania KL, kedai U Mobile atau boleh dimuat turun daripada laman web U Mobile – u.com.my.

16

Bagus
22

Marah
1

Terkejut
11

Sedih
6

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babydoll 30-11-2015 07:59 PM
ooo...baru ku tahu u mobile ni pon sebahagian perbincangan keluarga..
Quote apech 2-12-2015 11:02 AM
Berat betul masalah keluarga ni.
Tuan tanah pun jenis malas membaca ikut suka letak dekat mana.
Quote khairulazuan 3-1-2016 04:36 PM
hahahahahhahahahaha

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.049199 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top