CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 Jenis Hantu Paling Seram Di Dunia, Jom Tengok!

30-11-2015 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24973| Komen: 38

Description: Setiap negara di seluruh dunia ada kisah hantu paling seram yang tersendiri. Cerita-cerita seram ini biasanya dibawa dari mulut ke mulut. Hantu paling seram yang pernah kita dengar seperti langsuir, p ...

Oleh : Dean BZ



Hantu secara umum merujuk kepada roh atau arwah yang meninggalkan badan kerana kematian. Definisi hantu pada umumnya berbeza bagi setiap agama, peradaban, mahupun adat istiadat.

Menurut Islam, hantu tergolong dalam jelmaan syaitan iaitu dari golongan jin yang kerap mengganggu manusia. Jin dikenali sebagai mahkluk halus yang tinggal di dalam alam lain dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Jin boleh memasuki alam manusia dan manusia yang terpilih juga boleh masuk ke alam jin samada secara tidak segaja atau segaja bersahabat dengan jin untuk perkara mungkar.

Terdapat sebahagian manusia yang bersahabat dengan jin untuk mendapatkan pertolongan bagi tujuan tidak baik, jin itu juga dikenali sebagai saka. Saka akan patuh terhadap permintaan tuannya dengan bersyarat, pastinya ada tujuan lain iaitu untuk menyesatkan serta merosakkan akidah manusia yang lalai.

Kisah hantu berbeza disetiap negara di dunia ini, berikut merupakan 10 senarai hantu paling seram di dunia yang dipetik dari Buahtopoh.blogspot.com :


Zombie



Zombie adalah mayat yang bangkit dari alam kubur. Rupanya amat mengerikan dengan tubuh yang tidak sempurna, badan dipenuhi darah dan organ-organ badan tidak mencukupi. Zombie amat laparkan daging benda-benda hidup termasuklah manusia dan haiwan. Zombie membunuh mangsanya hidup-hidup dengan menggigit, menarik keluar isi perut dan merobek lapisan-lapisan kulit. Sesiapa yang terkena gigitan atau cakaran zombie akan turut bertukar menjadi zombie.

Aswang



Hantu paling seram berasal dari Filipina. Pada siang hari, ia berbentuk manusia yang bersifat pendiam. Malamnya ia akan bertukar menjadi makhluk yang kejam dan menyeramkan. Aswang amat kuat dan mampu bertukar menjadi beruang raksasa hitam.

Yurei



Yurei adalah hantu paling seram di negara Jepun. Berkulit pucat, berambut panjang, berjalan mengambang dan dikelilingi oleh bola-bola api yang dipanggil "Hitodama". Yurei biasanya hantu yang kembali ke dunia untuk membalas dendam. Sentiasa hauskan darah manusia.

Rugaru



Rugaru pada asalnya adalah manusia normal. Pada usia 30an, tanpa disedari oleh dirinya sendiri, dia telah berubah menjadi Rugaru. Keadaan tidak normal ketika ingin menjadi rugaru adalah, dia sentiasa berasa lapar dan memakan apa saja dihadapannya. Hinggalah pada satu ketika hanya daging manusia yang mampu memuaskan nafsu laparnya.

Banshee



Banshee berupa wanita tanpa seurat pakaian, rupa yang menyeramkan dan berambut panjang. Banshee adalah lambang kepada kematian. Dia akan muncul dan menangis di belakang orang yang akan meninggal.

Bloody Mary



Bloody Mary adalah antara hantu paling seram di dunia barat. Asalnya dia tuduh membunuh anaknya sendiri untuk satu ritual ilmu hitam. Masyarakat pada ketika itu amat marah kepadanya dan menyeksanya sehingga meninggal dunia. Untuk memanggil hantu Bloody Mary, seru namanya 3 kali dihadapan cermin.

Doppelganger



Doppelganger adalah hantu paling seram yang mampu mengubah bentuknya menyerupai anda. Bukan setakat rupa dan bentuk badan, malah ia mampu meniru pakaian yang sedang anda pakai dan tingkah laku anda. Kononya, jika anda melihat Doppelganger, bermakna waktu kematian anda sudah hampir tiba.

Wendigo



Kisah Wendigo berasal dari Amerika Syarikat. Makhluk ini tinggi, besar, mempunyai taring dan mempunyai rupa seperti serigala. Kehidupannya adalah di kawasan pergunungan dan hutan. Ia perlu memakan daging manusia untuk hidup lebih lama.

Incubus



Mempunyai wajah yang menyeramkan, bertanduk dan bersayap di punggung. Sentiasa muncul di waktu malam dan sasarannya adalah gadis-gadis muda yang sedang lena diulit mimpi. Setelah menemui sasarannya, Incubus akan mengadakan hubungan kelamin dengan sasarannya secara ghaib bertujuan untuk mengandungkan anaknya. Apabila mengandungkan anak Incubus, janin di dalam kandungan akan menyebabkan ibu sakit dan lemah secara perlahan-lahan dan seterusnya meninggal dunia. Apabila si ibu meninggal, maka lahirlah zuriat Incubus di alam ghaib.

Changeling



Makhluk yang digelar Changeling ini mampu menyerupai kanak-kanak. Biasanya ia menyerupai kanak-kanak yang anda kenali. Penyamarannya dari segi rupa boleh dikatakan 100% sama dengan kana-kanak tersebut cuma kelakuannya agak berbeza. Changeling akan menyerupai kanak-kanak yang anda kenali setelah kanak-kanak itu diculik oleh makhluk ghaib yang lain. Changeling akan terus hidup  dan akan membawa bencana kepada anda.


Dari perkongsian diatas, penulis tidak nampak pula hantu yang popular di negara kita dan serantau nusantara. Disini penulis senaraikan dua jenis hantu yang seram di negara kita :


Pontianak


Pontianak dikatakan boleh terbang dan paling menyeramkan apabila kita terdengar hantu ini mengilai ditengah malam. Menurut cerita-cerita yang difilemkan oleh filem-filem Melayu, pontianak akan bertukar menjadi wanita yang cantik apabila di pasak lehernya dengan paku. Namun ia hanya sekadar cerita yang belum pernah ada kepastian hingga kini.


Hantu Raya


Sesetengah orang percaya hantu ini sangat kuat seks dan suka merogol wanita. Tidak peliklah jika manusia yang membela hantu raya akan mempunyai kuasa seks yang luar biasa dan selalu ingin melakukan hubungan seks.


Selebihnya anda boleh sama-sama kongsikan diruangan komen dibawah ini. - CARI Infonet.

16

Bagus
13

Marah
16

Terkejut
7

Sedih
23

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cahaya_almas 12-11-2015 01:57 PM
Gmbr2 antu ni mmg seram...takot....mau tkkeh tido kalai tgk lama2 ni...
Quote bellaa 12-11-2015 01:58 PM
@spankee_fili @kentel takod pe?

bella takod bloody mary
Quote miskay 12-11-2015 02:09 PM
seramnya gambar2 tu
Quote kentel 12-11-2015 02:39 PM
bellaa replied at 12-11-2015 01:58 PM
@spankee_fili @kentel takod pe?

bella takod bloody mary

kentel takut kalau girl bangun pagi x pakai make-up
Quote makton 12-11-2015 02:47 PM
Doppelganger tu bukan ke qarin?
Quote bellaa 12-11-2015 03:02 PM
kentel replied at 12-11-2015 02:39 PM
kentel takut kalau girl bangun pagi x pakai make-up

perli eh
Quote MH37O 12-11-2015 03:04 PM
bagi den, pix hantu yg paling scary the movie yg nama Doppelganger tu...zombie mcm dah tak scary sbb selalu nengok kat tv
Quote CrowneGlory 12-11-2015 03:40 PM
Yg lain2 aku x tau wujud ke tk tp yg pasti zombie tu sgt la penipunya...patut ke ada dlm list hantu rekaan
Quote angahsmart 12-11-2015 04:21 PM
banshee tu kalau diterjemah kepada bahasa melayu maksudnya langsuir. ada lagi beberapa maklumat yang tak betul. contohnya, doppleganger tu adalah istilah kepada seseorang yang rupa serupa (oendek kata, pelanduk dua serupa).
Quote Ipo 12-11-2015 04:36 PM
Doppelganger..
yang ni boleh buat keliru..
boleh menyerupai ...
Quote spankee_fili 13-11-2015 08:23 AM
bellaa replied at 12-11-2015 01:58 PM
@spankee_fili @kentel takod pe?

bella takod bloody mary

haah bloody mary tu skeri...

eh bella penah baca benang pasal doppleganger tuh...
ada sorang girl nih yg ramai nampak sheols punya doppleganger...
dalam kelas boleh nampak 2 orang...
Quote bellaa 13-11-2015 08:33 AM
spankee_fili replied at 13-11-2015 08:23 AM
haah bloody mary tu skeri...

eh bella penah baca benang pasal doppleganger tuh...

doppleganger tu benang bella yg bukak. Leh stalk balik thread lama bella. Kiki

Takod la bloody marry, episod supernatural early season x silap.

Syokkk. Seremmmmm
Quote spankee_fili 13-11-2015 08:39 AM
bellaa replied at 13-11-2015 08:33 AM
doppleganger tu benang bella yg bukak. Leh stalk balik thread lama bella. Kiki

Takod la bloody  ...

eh ye ke? bella yg bukak...hihihi

eee supernatural sangat seronok...dean adela comelll.....
Quote syue86 13-11-2015 08:51 AM
bellaa replied at 12-11-2015 01:58 PM
@spankee_fili @kentel takod pe?

bella takod bloody mary

bloody mary ni
suke nk buat aku sebut nm die dpn cermin
tanpa sedar nk try..
hei.....mujur xjd pape
Quote bellaa 13-11-2015 08:57 AM
syue86 replied at 13-11-2015 08:51 AM
bloody mary ni
suke nk buat aku sebut nm die dpn cermin
tanpa sedar nk try..

Buat la waktu uol period.. Malam jemaat... Waktu karen xde. Konpem bloddy marry dtg. Huhu
Quote bellaa 13-11-2015 08:58 AM
spankee_fili replied at 13-11-2015 08:39 AM
eh ye ke? bella yg bukak...hihihi

eee supernatural sangat seronok...dean adela comelll.....

Haah. Spenki pon ada komen x silap bella.

Dean adk kan? Mmg omeii pon. Huhu
Quote spankee_fili 13-11-2015 09:00 AM
bellaa replied at 13-11-2015 08:58 AM
Haah. Spenki pon ada komen x silap bella.

Dean adk kan? Mmg omeii pon. Huhu

uihhh kuat betul memori bella...
iols memang kekadang rajin komen sana sini tapi pastu lupa...hahaha

dean abang, yg pendek2 tuh....



Quote syue86 13-11-2015 09:00 AM
bellaa replied at 13-11-2015 08:57 AM
Buat la waktu uol period.. Malam jemaat... Waktu karen xde. Konpem bloddy marry dtg. Huhu

kemain tips tau
dh prnah buat ke?
Quote nolya 13-11-2015 09:41 AM
Saya tertanya2 siapakah yg benar2 sudah melihat hantu yg digambarkan shng dpt memaparkan rupa hantunya begitu ataukah ianya sekadar lukisan yg diilusikan oleh penulisnya.  Kalau malaikat, kita taulah tak ada gendernya tapi kalau hantu ni, ada lelaki ada pompuan ke atau boleh menyerupai kedua2nya.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.070541 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top