CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amaran Hujan Lebat Peringkat Merah Di Pantai Timur & Johor

27-11-2015 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4968| Komen: 13

Description: Hujan lebat peringkat merah dan jingga bagi negeri Pantai Timur dan Johor dijangka berterusan sehingga esok.



sumber foto : http://www.met.gov.my/



Hujan lebat peringkat merah dan jingga bagi negeri Pantai Timur dan Johor dijangka berterusan sehingga esok.

Amaran tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di laman Facebook dan laman web rasminya. 

Antara negeri yang terbabit adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. 

Amaran hujan lebat peringkat merah termasuk Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok dan Tumpat di Kelantan.

Manakala di Terengganu daerah yang terjejas adalah  Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. 

Selain itu, untuk amaran peringkat jingga ia hanya membabitkan daerah Mersing, Kota Tinggi, Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru, Johor serta Kuantan, Pekan dan Rompin, Pahang berikutan mengalami taburan hujan sederhana lebat.

Sementara itu, bagi kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak bermula hari ini sehingga Isnin ini akan dilanda tiupan angan kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan berombak yang ketinggian sehingga 3.5 meter. 




Sumber berita: http://www.hmetro.com.my/

12

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
11

Sedih
7

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vespa_oren 27-11-2015 06:38 PM
Sejuk suhu sekarang, dah aku baru balik dari sabah kena angin pulau

Terus deman selubung jer
Quote AbukRokok 27-11-2015 06:39 PM
@famri7 siap sedia ye untuk buat liputan secara langsung
God Bless
Quote famri7 27-11-2015 06:42 PM
AbukRokok replied at 27-11-2015 10:39 AM
@famri7 siap sedia ye untuk buat liputan secara langsung
God Bless

propa jah..skrang hujan tahap pprt jah di kejiranan saya di kuala krai...maybe di KB sinun dah banjir kot..cashlah dulu diorang dapat sipi2 jah.
Quote GhostWalking 27-11-2015 06:48 PM
Dek @famri7 bakal cash lah tahun ni makan apa pulak hihihi
Quote GhostWalking 27-11-2015 06:49 PM
Tahun lepas ada satu time tiba2 famri senyap aku ingat dah cash dihanyutkan air banjir nasib baik selamat
Quote freebird 27-11-2015 07:01 PM


bersiap-sedia ....london, paris, new york, here we come
Quote clarizsa 27-11-2015 07:06 PM
banjir dh mcm upacara tahunan je...
Quote skyreds 27-11-2015 07:13 PM
freebird replied at 27-11-2015 07:01 PM
bersiap-sedia ....london, paris, new york, here we come

heheheee .... kalau orang middle east lari dari musim panas melampau, orang kite lari dari air hujan yg banyak
Quote naina 27-11-2015 07:16 PM
Siap sedia simpan brg2 sume letak tmpat tinggi hokey.beli stok mkanan byk2 standby.xnk jd cm thn lepas.msing2 kebulur.dah ada amaran suh pindah jgn degil.
Quote dodolgemok 27-11-2015 07:56 PM
Seperti yg dijangka, @famri7 bakalan menerima cash secara terus menerus. Jangan makan ubi kayu atas perahu lgi sis, dodol gelak jah nnti
Quote Mary_jane 27-11-2015 08:48 PM
Boleh lah korang start packing baju terpakai untuk manfaat sis famri kelak.
Quote hanakikan 27-11-2015 09:54 PM
Syukurrrrrr.. rakyat johor akan akhiri penderitaan catuan air sejak berbulan2 lamanya
Quote alesandra 27-11-2015 09:55 PM
freebird replied at 27-11-2015 07:01 PM
bersiap-sedia ....london, paris, new york, here we come

jgn lupa kayu golf sekali.....

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.166084 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top