Koleksi
Koleksi 3-10-2023 05:20 PM 5596 Views
DescriptionSouth East Technological University (SETU) di Carlow, Ireland akan membuka peluang kepada mahasiswa yang mahu menjadi In ...
South East Technological University (SETU) di Carlow, Ireland akan membuka peluang kepada mahasiswa yang mahu menjadi Influencer atau pempengaruh menerusi jurusan yang bakal ditawarkan pada tahun hadapan.


Jurusan tersebut dikenali sebagai Bachelor of Arts degree in Content Creation and Social Media. Ia akan menyediakan para mahasiswa dengan pembelajaran menyeluruh tentang menjadi seorang Influencer sebagai sebuah pekerjaan.

Antara subjek yang akan diajar adalah cara menangani krisis, komunikasi, studi selebriti, psikologi sosial dan suntingan video serta audio.

Gambar Hiasan

Pensyarah Senior SETU, Irene McCormick yang mengasaskan jurusan ini memberitahu Washington Post, universiti tersebut menjadi yang pertama di dunia menawarkan ijazah dalam pekerjaan tersebut.

Idea mewujudkan jurusan ijazah ini datang daripada anak perempuannya yang juga merupakan seorang pelajar baru di universiti tersebut.

McCormick mendakwa anaknya mempunyai ramai pengikut di laman TikTok sekaligus menyedarkannya betapa besar kuasa media sosial sekarang.

“Kami melihat ada ruang dan keperluan untuk jurusan ini dan kita hanya perlu membangunkan ijazah lalu disahkan,” katanya. -CARI


Sumber: Gempak

Next:'Cantik Sangat' - Ramai Sanggup Datang Tengok Bola Sebab Nak Tengok Pegawai Polis

Komen Terbaru
tumpanglalu74 3-10-2023 10:05 PM
Ilmu menggedik..
_blackbird 3-10-2023 11:41 PM
Pasni boleh influencing with brain. Ahhgittewww
ajinomotonosuga 4-10-2023 01:08 AM
Quote: _blackbird replied at 3-10-2023 11:41 PM
Pasni boleh influencing with brain. Ahhgittewww

How to win friends and influence people

by DALE CARNEGIE


...buku classic ni..pi cari
Tinot7 4-10-2023 08:09 AM
Cikgu2 dia pun sumer influenza ka?
cm_vungtau 4-10-2023 08:23 AM
Takyah la. Mostly yang masuk uni takdenya nak jadi influenza ni
I.K.A888990 4-10-2023 08:34 AM
jangankan nnt sini pun ada gak
bitterchoc 4-10-2023 09:04 AM

Rasanya majoriti yang nak jadi influencer ni tak minat study. Nak kaya dan famous cepat.
doubleharmonic 4-10-2023 12:11 PM
kalau dapat 4flet mesti makpak kemain bangga tayang satu dunia khenss walau course tahpape. macam si km tuhh sekali kantoi repeat subject first sem rupanya yihhhhh
shernazz 4-10-2023 01:04 PM
Intern kat Dubai ke
brego 4-10-2023 01:16 PM
Edited by brego at 4-10-2023 01:20 PM

garbage course

buat study loan 60k-80k,
untuk amik useless degree

yg penting masuk university nampak educated yer tak
brego 4-10-2023 01:18 PM
Quote: Idea mewujudkan jurusan ijazah ini datang daripada anak perempuannya yang juga merupakan seorang pelajar baru di universiti tersebut.

McCormick mendakwa anaknya mempunyai ramai pengikut di laman TikTok sekaligus menyedarkannya betapa besar kuasa media sosial sekarang.


tak payah buat study loan pun boleh jadi influencer ramai follower
nak pulok pompuan

tayang body sket, pakai sexy sket, menggedik sket
konfem ramai follower dari jantan simp & beta male
dekmieDandy 4-10-2023 02:40 PM
basically fancy name utk degree in marketing la kan
Burong_Hantuk 4-10-2023 03:15 PM
dasyattttt
Ahriman 4-10-2023 06:45 PM
Harey..yg diajar nnti subjek ape??cara goyangkan pinggul?cara menjual diri?cara membuat content bodoh?
gigahertz 5-10-2023 02:44 PM
Quote: bitterchoc: Rasanya majoriti yang nak jadi influencer ni tak minat study. Nak kaya dan famous cepat.
sebenarnya rata rata diorang ni badan cantik muka cantik. makeup tebal tebal.


lifeline 5-10-2023 02:51 PM
Quote: Ahriman replied at 4-10-2023 06:45 PM
Harey..yg diajar nnti subjek ape??cara goyangkan pinggul?cara menjual diri?cara membuat content bodo ...

cara untuk buat contect viral
cara utk naikkan view
cara utk naikkan engagement
cara utk buat content bodoh
  cara untuk damage control
cara utk bidas netizen hahahahha

Ytee 18-6-2024 09:05 PM
haha biar betul
mojarean_X 18-6-2024 09:44 PM
Lps dh graduate, demam influencer dh berakhir. So ijazah tu dh kurang relevant. Sama cam course2 kt ipta yg pelik2 tu
Barebow77 18-6-2024 09:45 PM
Quote: shernazz replied at 4-10-2023 01:04 PM
Intern kat Dubai ke

Kalau intern kat Dubai aiol pon nak..SPM berapa A ye nak apply course ijazah influenzah nie yeh..
Lihat semua komen