Netizen berbalah susulan senarai penerima Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 yang dikatakan tidak adil. Ia berpunca apabila seorang penganjur konsert menyatakan rasa tidak puas hati apabila permohonannya tidak diluluskan.
Seorang individu kemudian memuat naik senarai nama artis yang telah berjaya menerima bantuan kewangan dan sesetengah netizen dilihat mengkritik penerima antaranya Aina Abdul. Kata netizen, Aina Abdul merupakan artis yang sememangnya dikenali ramai dan dana tersebut sepatutnya diberikan kepada artis-artis lokal dan ‘indie’ yang baru meningkat naik. Malah, ada yang mengecam penyanyi itu membuat konsert tetapi mengenakan harga tiket yang mahal pula. Antara komen: "Aina Abdul tak layak dapat dana sebab dia ‘established’ artis. Kata juara AJL, tak boleh ke dapatkan sponsor sendiri dan bukannya mengharapkan dana??" "Aina Abdul dah dapat dana kerajaan pun tiket masih mahal. Dah level artis antarabangsa. Pastu ada juga mangkuk kata memang patut mahal sebab buat kat venue mahal." Namun ada juga yang merasakan penyanyi itu layak mendapat dana kerana telah memberi impak besar dalam industri seni negara. "Dia tak tahu pulak Aina Abdul tu punya struggle buat macam macam untuk buat sampai layak dapat Dana tu semua. Semua artis layak, cuma hang ja macam muka tak bawak rezeki sebab belum apa apa dah meroyan." Sekadar info, antara label dan penganjur yang layak menerima dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 bagi tujuan menganjurkan konsert adalah Rock The World Sdn. Bhd, TapauAsia Sdn. Bhd, Rubbertapper Production (konsert Lah Ahmad), Play Mad Sdn. Bhd (Konsert Double Trouble) dan Niyat Edutainment (Konsert Mega Zikir Terapi). -CARI
|
lee_sakura replied at 20-9-2023 07:57 AM
dana yg dpt utk buat baju dia je agaknya...ye la sehelai baju ntah bape kayu kain kene beli
rayna_raynes replied at 20-9-2023 04:08 PM
Berapa je dana tu compare kos sebenar buat konsert skala besar.
Entah2 dapat 50-100K je. Bukan semu ...
Kittyjim replied at 20-9-2023 04:37 PM
Dana plg busuk2 pon rm300 k. Lepas dah cover utk buat konsert. Klp tambah pon, tambah sikit je.
sleepandream replied at 20-9-2023 09:46 PM
iols taktau pon aina abdul penah menang AJL...
choiiii duit tax rakyat tuuuu...
agak2 dolu siti nurh ...
heythere123 replied at 20-9-2023 06:29 PM
sheols pon takde keluar lagi kan official statement refuting this. So tak pelik kalau netizen buat s ...
rayna_raynes replied at 20-9-2023 10:28 PM
Kenapa she kena refute? Mmg dpt pun dananya, yang kita tak tau berapa.
rayna_raynes replied at 20-9-2023 10:27 PM
Mestilah dapat.
Dulu benda macam ni semua belakang tabir je.
Tp sejak org makin cakna pasal transp ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
5-12-2023 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.053708 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.