CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baby Shima Buat Hal- Ajuk Cakap Mondy, Siap Cacah Tatu Palsu!

20-9-2023 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4854| Komen: 7

Description: Baby Shima buat parodi Mondy Tatto dengan melakonkan semula aksi wanita dari Indonesia itu sewaktu ditemu bual aktivis kemanusiaan, Caprice dalam sebuah rancangan audio siar (podcast), The Mondy Tatto ...
Baby Shima buat parodi Mondy Tatto dengan melakonkan semula aksi wanita dari Indonesia itu sewaktu ditemu bual aktivis kemanusiaan, Caprice dalam sebuah rancangan audio siar (podcast), The Mondy Tattoo Interview.


Dalam video tersebut, Shima yang turut mencacah tatu palsu pada wajahnya menggunakan semula suara Mondy sewaktu wanita kelahiran Indonesia itu mendakwa dirinya menjadi mangsa seksual oleh pendakwah selebriti terkenal, Ebit Lew.

Foto: IG

“Dia usap seperti ini. Hampir ketahuan tu. Ditutupilah pakai beg dia di depan ini. Dia pakai ini, langsung dia berdiri, langsung dia tarik ininya. Lepas itu tutup, tutup, tutup langsung dia begini.

“Aku lagi kaget. Mau cium aku. Pegang-pegang tanganku. Usap-usap pipiku. Gitukan. Itu baru hari pertama,” katanya ketika mengajuk semula dialog Mondy.



Aksi spontan Shima itu sekali gus menarik perhatian pengikutnya yang terhibur kerana mendakwa Shima berjaya ‘menjelma’ sebagai Mondy.

Malah, ada yangt mendakwa kali pertama menyukai konten yang dikongsikan penyanyi itu.


“Menjadilah lakonan ini,” ujar seorang pengikutnya.

“Kali pertama aku suka konten kau,” ujar seorang lagi netizen.

“Ingatkan Mondy. Rupa-rupanya Baby Shima,” kata seorang pengguna Instagram.


Terdahulu, nama Ebit Lew sekali lagi panas apabila Mondy tampil mendedahkan bahawa pendakwah itu pernah melakukan perbuatan ‘jijik’ terhadapnya termasuklah memegang tangan dan pipinya.

Enggan berdiam diri, Ebit tampil mempertahankan dirinya dengan membuat laporan polis dan menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis dan pihak peguamnya untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 20-9-2023 12:09 PM
from menyund ke menganjing
Quote azlinazakarya 20-9-2023 12:22 PM
Adik... adik... boleh settle masalah sendiri dulu tak .  ????
Quote nolya 20-9-2023 01:53 PM
Cantik juga dia jadi Mondy jadian kan? Tapi jgn jadi Mondy benaran yah.
Quote sharlenetexas 20-9-2023 01:55 PM
Ko ni dah kenapa?

Quote che-cikL 20-9-2023 01:56 PM
Dia ni cantik muka, cantik body, tapi 'tang perangai pulak tak cantik. Murah nau
Quote ira_sindarella 20-9-2023 02:09 PM
Dia ada kes dengan cap ke?
Quote OshinDaSolja 20-9-2023 03:37 PM
cantik lg baby Shima orang Malaysia

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-12-2023 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.043419 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top