CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Mak Ayah Pengotor, Selamba Tinggalkan Lampin Anak Penuh Tahi Bawah Kerusi Dalam Pawagam

19-9-2023 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2900| Komen: 10

Description: Seorang pekerja pawagam berkongsi kisah tentang sikap penonton yang sangat menjijikkan.
Seorang pekerja pawagam berkongsi kisah tentang sikap penonton yang sangat menjijikkan.

“Bukan setakat makanan sahaja yang orang lain akan bau. Macam-macam benda yang aku pernah lalui,” tulisnya di laman sosial.


Mengimbas kembali, pemuda itu menjelaskan bahawa sikap tidak bermoral dan pengotor bukan hanya melibatkan kumpulan anak muda, malah turut melibatkan ibu bapa.

Gambar Hiasan

Percaya atau tidak, namun begitu yang dialaminya ketika bertugas di dalam sebuah pawagam.

“Ada pelanggan yang merupakan mak ayah bawa anak. Apabila anak kencing atau berak, mereka bukannya nak keluar pergi ke tandas untuk bawa anak.

“Ini pergi tukar lampin pakai buang dalam panggung wayang,” ujarnya tanpa mendedahkan lokasi pawagam dan tarikh kejadian.

Keadaan bertambah parah apabila lampin pakai buang yang mengandungi najis anak mereka itu dibiarkan di bawah tempat duduk.


“Apa bingai mak ayah la. Kan dah bau busuk satu dewan (hall), petugas pawagam kena sembur guna penyegar udara disebabkan bau busuk,” katanya dengan nada kesal.

Luahan pemuda itu dibuat rentetan kisah seorang TikToker yang didakwa menyeludup masuk nasi padang yang dibeli dari luar, ke dalam pawagam.

Malah, dia kemudian menikmati nasi yang dibungkus itu ketika menonton filem sehingga meninggalkan bau makanan itu.

Perbuatan TikToker itu adalah disengajakan apabila video yang merakamkan aksinya dijadikan sebagai content di laman sosial.

Umum mengetahui minuman dan makanan dari luar tidak dibenarkan masuk dalam pawagam.

Mengulas lanjut mengenai sikap personaliti media sosial itu, pemuda berkenaan memaklumkan penonton yang membawa makanan dari luar bukan perkara baharu.

Namun sukar untuk petugas menghalang makanan yang diseludup sehingga mereka akhirnya terlepas masuk.

“Mereka yang bawa makanan dari luar dan berbau dalam dewan, mereka sembunyikan makanan dalam beg. Jadi, petugas pawagam tak boleh suka-suka periksa beg pelanggan kecuali terang-terang dilihat membawa makanan dari luar.

“Petugas akan tahan dan minta dia simpan dalam lokar yang disediakan pawagam,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut menegur sikap individu yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab di pawagam dan menjadikannya sebagai content di media sosial.

“Harap TikToker yang buat content sampah tidak mengulangi perangai bodoh di lain hari,” katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 19-9-2023 12:43 PM
Ni normal. Ramai pemalas main buang je diapers anak merata. Buat anak pandai, jaga anak bodoh. Dah tahu bawa anak tengok wayang, ambil la hall yang kids friendly… yang ada changing room/toilet sebelah hall. Tapi mak pak jenis camni, kedekut n cheapskate
Quote Perawankota 19-9-2023 01:37 PM
Geli aku yg jenis tak buang diapers elok2…
Quote Decaffeinated 19-9-2023 02:05 PM
Sebab tak ada hadis yang kata haram, so it's halal.

Quote snowflakes 19-9-2023 02:51 PM
Pemikiran jenis apa la yang tak reti buang sampah elok2 ni?
Quote eely_shana 20-9-2023 02:36 AM
Jijik wei. Mana tanggungjwb
Quote bottombikini 20-9-2023 08:17 AM
ni jenis yg bila balik kg
main tinggal je diapers dalam bilik mandi
fefeeling ada org tolong buangkan

bingai
Quote stingerpressor 20-9-2023 08:24 AM
Decaffeinated replied at 19-9-2023 02:05 PM
Sebab tak ada hadis yang kata haram, so it's halal.

Mengotori bumi...pahala berganda....
Quote Supersirap 20-9-2023 08:25 AM
Jenis mak bapak yang memang pengotor dan tidak menjaga kebersihan di kawasan sekeliling
Quote midori888 20-9-2023 08:27 AM
rasa dah 10 tahun meols tak tgk wayang...hmmm masa tgk movie tu org kiri kanan tak bau busuk ker? kalu meols confirm, meols muntah kat parents budak tu...
Quote mama_cat 20-9-2023 08:52 AM
xyah tggu wayang, time raya balik kampung,bersusun bunjut2 pampers dalam toilet.. takdak common sense nk letak dalam plastic bag ka apa.. tggu la org lain dok kutip pampers anak depa.. tapi bila time keluar, kemain wangiiiii

Lihat semua komen(10)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-9-2023 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.086537 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top