CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak Dua Tahun Telan Lapan Jarum

16-9-2023 07:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14973| Komen: 2

Description: Lima, Peru – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun berjaya diselamatkan oleh doktor selepas dia menelan lapan batang jarum di sebuah ladang, lapor portal berita MailOnline kelmarin.Kanak-kanak ...
Lima, Peru –  Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun berjaya diselamatkan oleh doktor selepas dia menelan lapan batang jarum di sebuah ladang, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Kanak-kanak yang tidak didedahkan identitinya itu sedang bermain di ladang tempat ibunya bekerja dekat Tarapoto, Peru, ketika dia menelan jarum yang digunakan untuk menyuntik lembu.


Imej X-ray mendedahkan kesemua lapan jarum berada di dalam sistem penghadaman pesakit dengan dua sangat dekat dengan rektum dan pundi kencing, manakala sekurang-kurangnya sebatang  jarum mencederakan usus kecilnya.

Mangsa dibawa ke hospital II-2 pada 9 September lalu  untuk mendapatkan rawatan.

Lapan jarum itu berjaya dikeluarkan dalam pembedahan hampir dua jam oleh pakar bedah, Efraín Salazar Tito.

Kanak-kanak tersebut diletakkan pada diet cecair selama beberapa hari untuk memberi masa supaya usus kecilnya sembuh. Dia dibenarkan pulang  beberapa hari kemudian. – Agensi



Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 17-9-2023 11:19 AM
Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan
Quote eely_shana 17-9-2023 11:44 PM
Didoakan cepat sembuh

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-9-2023 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.074134 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top