CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Barang Kurier Atas Tembok Rumah Pun Kena Kebas

16-9-2023 06:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 15026| Komen: 0

Description: Klang: Seorang wanita terkejut apabila barang keperluan rumah miliknya yang dihantar oleh syarikat pembelian dalam talian dikebas pencuri dalam kejadian di Telok Gadong di sini, Khamis lalu.Ketua Poli ...
Klang: Seorang wanita terkejut apabila barang keperluan rumah miliknya yang dihantar oleh syarikat pembelian dalam talian dikebas pencuri dalam kejadian di Telok Gadong di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, polis menerima laporan daripada mangsa, seorang warga tempatan berumur 59 tahun pada jam 9.08 pagi semalam.

Menurut laporan yang dibuat oleh mangsa, dia menyedari bungkusan barang yang dibeli secara dalam talian dan dihantar oleh syarikat terbabit hilang kira-kira jam 6 petang.

Tangkapan layar video tular suspek menaiki kereta jenis Perodua Kancil berwarna biru gelap mencuri barang mangsa sebelum melarikan diri. FOTO Ihsan Pembaca

"Siasatan mendapati, barangan berkenaan dihantar oleh syarikat berkenaan ke rumah pengadu di antara jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang, yang mana barangan berkenaan diletakkan di atas tembok pagar rumah pengadu.


"Sebaik mengetahui barangan itu tiada di atas tembok berkenaan katanya, mangsa membuat semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Siasatan mendapati, kira-kira jam 5.26 petang hari berkenaan rakaman CCTV menunjukkan kereta jenis Perodua Kancil berwarna biru gelap berhenti di depan rumah pengadu.

"Penumpang kereta terbabit keluar dari kereta, lalu mengambil barangan berkenaan dan melarikan diri," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang mana siasatan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

"Polis sedang berusaha mengenalpasti suspek yang terbabit selain bantuan daripada rakaman CCTV di rumah mangsa dan akan membuat tangkapan dalam tempoh terdekat.

"Polis juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu, hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan," katanya.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan seorang individu yang menaiki kereta bertindak mengambil barangan yang diletakkan di atas pagar sebuah rumah sebelum melarikan diri.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-9-2023 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.066389 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top