CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Mimi Peri Dedah Alami Masalah Mati Pucuk, Tidak Akan Berkahwin

2-9-2023 11:16 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2289| Komen: 9

Personaliti media sosial Indonesia Mimi Peri mendedahkan dia tidak akan berkahwin susulan mendakwa dia mengalami masalah kebatinan iaitu mati pucuk.

Mimi atau Ahmad Jaelani, 35, berkata, dia tidak mahu masalah dihadapi itu mengecewakan bakal isterinya kerana tidak mampu memberi nafkah batin jika dia berkahwin.



"Saya jujur saja dengan anda semua, saya tidak akan bernikah kerana saya mengalami masalah mati pucuk.

"Daripada saya mengecewakan calon isteri, lebih baik saya menahan nafsu seumur hidup.

"Sudah ya jangan tanya lagi soal (kahwin) ini. Saya tidak akan bernikah kerana tidak mahu menyakiti sesiapa pun," katanya.

bertanya bila dia akan menamatkan zaman bujang di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pelakon filem Mat Tudung ini juga memberitahu dia hanya mahu mencintai diri sendiri dan memberi fokus untuk mencari wang.

Tambah Mimi lagi, dia pernah dikecewakan oleh cinta sebelum ini dan berjanji tidak akan pernah mendirikan rumah tangga.

"Saya pun tidak mahu disakiti oleh diri sendiri dan menyakiti orang lain. Saya lebih tenang mencintai diri sendiri... cari duit yang banyak, sudah saya tidak mahu bernikah.

"Sampai bila-bila pun saya tidak mahu bernikah kerana saya sudah banyak dikecewakan oleh wanita dan... Apa pun saya tidak mahu berkahwin," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 2-9-2023 11:41 AM
Elok betul pengakuan gini
Quote Rachel_Green 2-9-2023 02:17 PM
bagus dia..makna dia tau hukum perkahwinan tu dan dia tau dia berada dimana, sama ada harus, wajib, sunat, makruh atau haram..

yg bodoh adalah golongan manusia yg sibuk bertanya bila orang nak kahwin.
Quote Belibis 2-9-2023 02:54 PM
Jujurnyaaaa..jarang jantan mengaku tak ' jantan'..biasanya sembang ngalahkan jagoan harimau berantai,walaupun power gam 5 saat.
Quote zuuu 2-9-2023 04:08 PM
Respect brother ni berani gtau hal sbnar...
Quote AkokKocik 2-9-2023 06:40 PM
Selamberrr je dia ckp camtu, ...jgn gitu, dkecewakn trus xnak kawen.

Abg aku dtinggalkn xgf punyalah merentan kecewa, ckp xnak kawen...lani dh kawen, dh anak 3 org.
Quote KirazMevsimi 3-9-2023 12:06 PM
tahniah mimi peri. jujur dan berterus terang keadaan diri. takdok putar belit kias kiasan. moga Allah sentiasa curahkan rezeki yang berkat buat mimi ahmad jaelani dan keluarga. amin
Quote KirazMevsimi 3-9-2023 12:07 PM
AkokKocik replied at 2-9-2023 06:40 PM
Selamberrr je dia ckp camtu, ...jgn gitu, dkecewakn trus xnak kawen.

Abg aku dtinggalkn xgf punyala ...

moga terus berbahagia abang kaka. rahsia dan perancangan Allah, tiada siapa yang tahu
Quote gideoncross 3-9-2023 02:50 PM
AkokKocik replied at 2-9-2023 06:40 PM
Selamberrr je dia ckp camtu, ...jgn gitu, dkecewakn trus xnak kawen.

Abg aku dtinggalkn xgf punyala ...

Ni jenis poyo, knon xnak ada gf sbb ktanya prmpuan ni smuanya drama queen tpi bila nfsu naik, prmpuan juga yg d cari, hipokrit
Quote lasagna 6-9-2023 10:48 AM
waaaa pyh nk jumpa org openly announce.. bgus bgus.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.076632 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top