CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Berkahwin Digesa Daftar Perkahwinan Untuk Terima Insentif - MB

3-7-2013 05:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4520| Komen: 13

Description: SHAH ALAM: Anak Selangor atau pemastautin di negeri ini selama 15 tahun yang melangsungkan perkahwinan tahun ini digesa mendaftar perkahwinan di 56 pusat khidmat masyarakat seluruh Selangor untuk mene ...



SHAH ALAM: Anak Selangor atau pemastautin di negeri ini selama 15 tahun yang melangsungkan perkahwinan tahun ini digesa mendaftar perkahwinan di 56 pusat khidmat masyarakat seluruh Selangor untuk menerima insentif perkahwinan belia.

Menggesa demikian, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian insentif RM200 seorang itu adalah untuk pasangan berumur 35 tahun ke bawah.

Mereka diminta mendaftarkan nama di pusat khidmat masyarakat masing-masing selepas tiga bulan bernikah bagi yang beragama Islam, atau bagi bukan Islam, perkahwinan mereka didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara.

“Dengan mendaftar, pihak kerajaan negeri mempunyai maklumat bagi memberi bantuan tambahan seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) jika mereka mendapat anak, dan mengenal pasti calon-calon yang layak menerima perumahan mampu milik yang bakal dibangunkan kerajaan negeri, ” kata Abdul Khalid selepas menyampaikan insentif itu kepada lebih 100 pasangan di sini, Ahad.

Buat masa ini, katanya, hanya 170 pasangan telah mendaftar dengan kerajaan negeri bagi mendapatkan kemudahan itu.
Abdul Khalid berkata pemberian insentif bagi fasa pertama adalah sebanyak RM400 setiap pasangan dan akan dinaikkan kepada RM500 pada masa akan datang.

Beliau berkata bagi pasangan beragama Islam, pemberian insentif itu akan dilaksanakan menerusi simpanan di Lembaga Tabung Haji manakala bagi bukan Islam menerusi Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.

“Walaupun jumlah RM200 itu kecil bagi sesetengah individu tetapi ia dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pengantin baru dan pemberian menerusi bentuk simpanan itu akan dapat mendidik mereka menabung untuk masa hadapan mereka dan anak-anak,” katanya.

Abdul Khalid berkata setiap tahun Selangor mencatatkan lebih 25,000 pasangan yang berkahwin dengan 18,000 daripadanya pasangan beragama Islam dan selebihnya bukan Islam.

1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 3-7-2013 04:14 PM
tak nak...kami nak AIR PERCUMA UP kepada 50M PADU PLAK!!!!!!! pasangan kelamin baru pun nak MAIN DALAM BILIK AIR JUGAK!!!!! nak mandi WAJIBUL ghunnah bagai...

insentif2 daftar kahwin ni smenye taik kucing..apa sudah mau berancuk pun mau kasi rasuah untuk undi pekatan rakyat ka khalid???
Quote faizalaka 3-7-2013 04:17 PM
pakwetizzaqyah posted on 3-7-2013 04:14 PM
tak nak...kami nak AIR PERCUMA UP kepada 50M PADU PLAK!!!!!!! pasangan kelamin baru pun nak MAIN DAL ...

50m padu?? hmm... banyaknya..
Quote pakwetizzaqyah 3-7-2013 04:19 PM
faizalaka posted on 3-7-2013 04:17 PM
50m padu?? hmm... banyaknya..

TUN kata melayu yang sokong pembangkang tamak.. a ah..kami penyokong pembangkang mmg tamak..... malang sekali..aku sokong kedua2 berisan dan pekatan skarang ni... haha kita orang melayu kalau tk tamak kite takkan dihormati dan anak2 kite tk dapat bisnis besar2an...

AKU TAMAK DAN WASATIYAH!!!!!!!!! hidup DS NAJIB dan TS KHALID IBRAHIM... tolak wak yidin dan TUN
Quote pyropura 3-7-2013 04:20 PM
pakwetizzaqyah posted on 3-7-2013 04:14 PM
tak nak...kami nak AIR PERCUMA UP kepada 50M PADU PLAK!!!!!!! pasangan kelamin baru pun nak MAIN DAL ...


kalau ikot doktrin para cacai pprt,

bagi air pree - orang tak hargai air
bagi insentip kawin - orang tak hargai  kawin..??
Quote pakwetizzaqyah 3-7-2013 04:24 PM
pyropura posted on 3-7-2013 04:20 PM
kalau ikot doktrin para cacai pprt,

bagi air pree - orang tak hargai air

undi pembangkang tamak....

undi kerajaan syukur...  surah al-dubur ayat 1 perlembagaan kimma

dapat menteri besar kedah baru...sejahtera dan maju 2000 berapa korang letak sndiri....
Quote izamahmed 3-7-2013 04:25 PM
pakwetizzaqyah posted on 3-7-2013 04:14 PM
tak nak...kami nak AIR PERCUMA UP kepada 50M PADU PLAK!!!!!!! pasangan kelamin baru pun nak MAIN DAL ...

letrik percuma la. dpt tambah aircond 4 bijik
Quote lolipopmanish 3-7-2013 04:26 PM
untung rakyat selangor huhuuhu
Quote pakwetizzaqyah 3-7-2013 04:27 PM
izamahmed posted on 3-7-2013 04:25 PM
letrik percuma la. dpt tambah aircond 4 bijik

kot ye pun TUN bg ko lesen tamak tak yah la mintak lebih2... cuba bawak2 bersyukur...kite kena follow agenda negara berpendapatan tinggi DS Najib... DS Najib kite dalam bahaya...ramai yg tengah main belakang dia...kita kene together support him.. kalau bg letrik percuma habis la duit nk peruntukkan untuk budak2 terencat im4u...
Quote ell768 3-7-2013 04:28 PM
hat br kawen jer laaa??hat yg dah lama kawen??ini tidak adil!!kekekekek
Quote Betara_Indera 3-7-2013 04:30 PM
pakwetizzaqyah posted on 3-7-2013 04:14 PM
tak nak...kami nak AIR PERCUMA UP kepada 50M PADU PLAK!!!!!!! pasangan kelamin baru pun nak MAIN DAL ...

bnyk nye.... buat mandi wajibbul ka...

Quote perang_salib 3-7-2013 04:31 PM
dalam Forum Cari ni ramai yang bujang-bujang.... bolehlah register
Quote izamahmed 3-7-2013 04:35 PM
pakwetizzaqyah posted on 3-7-2013 04:27 PM
kot ye pun TUN bg ko lesen tamak tak yah la mintak lebih2... cuba bawak2 bersyukur...kite kena fol ...

hahaha. takde takpe, kalau ada apa salahnyer
Quote pjade 4-7-2013 09:54 AM
Yang kawen buat julung kalinya tapi lebih dari 35 tahun, apa kes pulak? Sangat tidak adil! Ageist, bak kata omputih.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.059095 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top