CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ibu Pening, Anak Meragam Nak Makan Masakan Kantin Sekolah

5-8-2023 03:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3047| Komen: 5

Seorang murid lelaki kecewa gara-gara tidak dapat membeli makanan kegemarannya di kantin sekolah.

Perkara itu dikongsi Siti Rodia di TikTok miliknya, berkata anak lelakinya itu memang gemar dengan makanan di kantin sekolah sehingga sanggup datang selepas waktu persekolahan tamat.


Tangkap layar murid lelaki yang kecewa tidak dapat membeli makanan kegemarannya di kantin sekolah.

“Dah pukul 4 dah pun Yad, mak cik kantin pun nak rehat juga. Dia suka sangat makanan kantin. Pening ibu, habis kecoh satu kantin dibuatnya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam satu hantaran berbeza, Siti Rodia berkongsi anaknya gembira menikmati makanan yang dibeli di kantin sekolah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan gelagat murid itu serta ada yang memuji makanan kantin sekolah yang sememangnya mampu buat murid teringat-ingat.


“Banyak-banyak kedai, kat kantin juga Yad nak makan ya,” tulis Yusmawati.

“Suka betul ya dia dengan makanan kantin, kena bungkus siap-siap nanti,” komen Amy Azura.

“Mesti sedap, itu yang dia tak nak makan di tempat lain. Ada rasa yang khas ya dik, memang makanan kantin itu rasanya berbeza. Sampai ke tua saya ingat rasa masakan kantin sekolah,” kata Vivian.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 5-8-2023 04:51 PM
mesti mak cik kantin tu masak sedap kan
Quote gideoncross 5-8-2023 11:30 PM
Alah, ngada2, zmn dlu klau nangis utk bnda yg xde faedah cmni, dh lama kna cubit, trus diam.
Quote isseliparjepun 6-8-2023 08:20 AM
Member I cerita, masa dia kerja kantin zaman zaman nak tunggu result SPM dulu, makanan kantin ni sedap sebab salah satunya, banyak letak serbuk perasa. Yang ajinomoto lain, yang kiub kiub perasa lain. Maunya tak sedap. Tapi I pun suka makcik kantin sekolah menengah I dulu, pagi pagi ada sarapan, jual cekodok pisang besar penumbuk, ada karipap, donat dengan cekodok bawang. Semua saiz besar. Memang la sedap cekodok pisang tu panas panas. Seketul 20 sen so beli la 2 3 ketul makan dalam kelas. Kantin sekolah sekarang bukak ngam ngam waktu rehat je, boring.
Quote bbi25 8-8-2023 08:40 AM
Info di AMarkets, Leverage maksimum yang tersedia untuk penyalinan dalam strategi ialah 1:500. Jika tidak ada margin percuma yang mencukupi untuk menyalin dagangan daripada Strategi ke akaun Pelabur, isyarat dagangan akan dilangkau dan kedudukan tidak akan disalin.
Quote cycra 8-8-2023 09:09 AM
haha anak iols pun asik balik je puji masakan kantin..nasi sambal ayam la..cendawan goreng pun suka..apa daa..pastu dia x dpt RMT..tp hari2 menebeng tg pakcik kantin offer makanan RMT yg x habis..adoiii..kakaknya xde peel gitu..mai kat adik..aih

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.197390 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top