CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

David Beckham Pengganti Watak James Bond, Anda Setuju?

6-11-2015 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7930| Komen: 35

Description: Craig memberitahu sudah tidak sanggup walaupun sekali sahaja lagi berlakon sebagai James Bond.


Oleh : TS LOO


Watak James Bond sememangnya telah melonjakkan nama aktor kacak, Daniel Wroughton Craig atau nama pentasnya, Daniel Craig.

Bahkan, kemunculannya sebagai ejen perisik fiksyen paling popular dalam sinema dunia itu juga dilihat telah membawa satu revolusi baharu.

Biarpun ‘pelantikannya’ sebagai ejen perisik 007 mencetuskan kontroversi pada awalnya, Craig bagaimanapun berjaya menutup dengan persembahan cemerlangnya dalam tiga filem James Bond iaitu Casino Royale (2006), Quantum Of Solace (2008) dan Skyfall (2011).

Malah, keupayaan pelakon berusia 47 tahun itu menerajui watak ciptaan penulis terkenal, Ian Fleming turut mendapat pujian daripada aktor veteran, Roger Moore menerusi bukunya, Bond On Bond.


Dalam perkembangan lain, Craig kembali memegang watak perisik 007 menerusi filem James Bond ke-24 iaitu Spectre.

Spectre dihasilkan tiga tahun selepas kejayaan filem 'Skyfall' yang berjaya mencatatkan kutipan melebihi AS$1 bilion (RM3.8 bilion) di seluruh dunia.

Menariknya, filem arahan Sam Mendes itu turut mempertaruhkan bekas pemenang Anugerah Akademi, Christoph Waltz sebagai watak antagonis, Franz Oberhauser.

Bukan itu sahaja, bintang jelita kelahiran Itali, Monica Bellucci dan Lea Seydoux turut terpilih sebagai gadis Bond selain Naomie Harris, Ralph Fiennes dan Ben Whishaw yang masing-masing kembali memegang watak sebagai Eve Moneypenny, M dan Q.

Berkongsi pengalamannya berlakon dalam filem itu, Craig dikatakan mengalami kecederaan lutut sehingga memerlukannya melakukan pembedahan.

Situasi itu menyebabkan penggambaran filem bergenre aksi itu terpaksa dihentikan seketika.

Dalam satu temu bual dengan majalah Time Out, aktor kelahiran England itu ditanya sama ada masih mahu bermain watak utama dalam filem penyiasatan terkemuka itu.

Sebagai jawapan, Craig memberitahu sudah tidak sanggup walaupun sekali sahaja lagi berlakon sebagai James Bond.

“Saya sanggup pecahkan kaca dan memotong pergelangan tangan menggunakan kaca daripada terlibat lagi dengan filem tersebut."

“Tidak buat masa ini, mungkin tidak sama sekali. Saya telah selesai dan apa yang saya mahu buat ialah melakukan sesuatu yang lain pula,” 

Ekoran daripada kenyataan itu, timbul pula pelbagai spekulasi mengenai siapakah yang bakal menggantikan Craig seterusnya menjadi James Bond yang baharu.

Malah, beberapa nama selebriti popular telah disebut-sebut seperti Idris Elba, Hugh Jackman, Jason Statham, Damian Lewis, Tom Hardy termasuklah lagenda bola sepak, David Beckham.- CARI Infonet


14

Bagus
7

Marah
11

Terkejut
14

Sedih
7

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 6-11-2015 05:10 PM
Mcm la beckham heran...
Quote Themilo 6-11-2015 09:11 PM
Statham! Yeah! Jason Statham! British and sexy la sis
Quote hanakikan 6-11-2015 10:58 PM
Buruk nya beckam dlm pic tu. Sambil senyum pulak tu.
Quote mbhcsf 6-11-2015 11:18 PM
no lah . tak sesuai. kena ada character yg nampak wise, smart, slick, commanding voice, charming...
Quote Rhyno 7-11-2015 12:46 AM


Tom Hardy please!

Quote mrseller 7-11-2015 11:57 AM
Tom hardy watak villain lagi menonjol dari hero
Quote RED 666 7-11-2015 12:16 PM
henry cavill@Superman pun rasanya sesuai jugak, dia pun memang asal britain
Quote nadie90 7-11-2015 12:52 PM
I vote Henry Cavill
Quote torsotiger 7-11-2015 05:00 PM
tak yah la beckam..cukup2 la jd footballer
Quote si_wawa 8-11-2015 02:53 AM
Rasanya siapa pun, mungkin akan diguna actor yg tak mainstream sangat. Daniel Craig sebelum Bond--bukan mainstream sangat--baru fresh watak Bond.
Quote nuryakmal 8-11-2015 10:17 AM
Just plain no. Stick to football and modelling please mr b.

Bond man should have persona. And clearly u only have daddy persona

Micheal fassbender for me please.
Quote pisang69 8-11-2015 03:39 PM
mr.bean (johny english). pleasee................
Quote nour2001 8-11-2015 05:19 PM
No no no no no nooo...beckham tak sesuai langsung jadi bond.
Kalu jadi james bond film takde suara mungkin ok kot....cara dan suara dia bercakap sgt memualkan...mcm suara itik serati..bond punye sore kena sound mascucline..
Quote putehkundor 8-11-2015 05:48 PM
Boleh ka berlakon??

I nak loki hiddleston jd next bond..cuma kena train lagi lah body tu biar letop.

Tapi katanya ura2 next bond nak ambik black aktor....idris elba...i suka jah...sexy
Jess chastain berangan nak melobi watak villain katanya...i suka gak. Sbb dia sgt2 versatile
Quote Orix 8-11-2015 07:09 PM
iols prefer

1. tom hardy (cuma heols kene grooming sikit mcm dlm cite this means war)
2. tom hiddleston
3. charlie hunnam

Quote lasagna 8-11-2015 07:43 PM
Edited by lasagna at 8-11-2015 07:45 PM
putehkundor replied at 8-11-2015 05:48 PM
Boleh ka berlakon??

I nak loki hiddleston jd next bond..cuma kena train lagi lah body tu biar l ...

heheh talking abt Idris Elba, baru jer tgk kat esteruk cite Obssessed di samping Beyonce kat asteruk. Tegap dia ni, asal London. Tapi dia ni dh agak brumur sket la kalau nk amek watak next Bond kot?
Quote lasagna 8-11-2015 07:49 PM
Meaning Daniel Craig xmo dh jd next Bond? Alaaaaaaa xbest ar camni.
Iols rse dia ok jer lps Sean Connery. Jangan hampeh mcm Pierce Brosnan. Charisma dia xde sgt. Kalau amek Jason Staham, dah biasa plak nengok dia dlm semua action pack movie (bintang Transpotter yg hebat).

Kalau Becham? Ishh lagi ler tak payah.
Quote missus_meow 8-11-2015 08:17 PM
becks? o dear no .... not with that voice ....
Quote RED 666 9-11-2015 09:33 AM
nuryakmal replied at 8-11-2015 10:17 AM
Just plain no. Stick to football and modelling please mr b.

Bond man should have persona. And cl ...

Michael fassbender kurang sesuai sbb dia keturunan jerman, rumah dia je kat britain

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.328485 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top