CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Tak Mengaku Salah Belasah, Ugut Bunuh Suami Dengan Pisau

8-6-2023 07:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 485| Komen: 4

Description: Seorang wanita yang didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas suami dan mengugut membunuhnya.Tertuduh, Nor Fazmira Kamaru ...
Seorang wanita yang didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas suami dan mengugut membunuhnya.

Tertuduh, Nor Fazmira Kamaruss, 28, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret T. Ashvinii dan meminta untuk dibicarakan.



Fazmira (dua dari kanan) ketika di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini. - Foto oleh AINSAFRE BIDIN/KOSMO!

Sebutan semula kes bagi serahan dokumen ditetapkan pada Rabu hadapan, dengan wanita itu dibenarkan membayar ikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 yang dibacakan bersama dengan 326A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tertuduh berhadapan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


Fazmira juga berhadapan hukuman penjara dua kali ganda panjang dari tempoh maksima pemenjaraan untuk kesalahan di bawah seksyen yang berkaitan.

Dia juga dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan, yang mana hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Farriz Minarwan Basrudin berkata, Nor Fazmira bertengkar dengan suaminya, Haziq Abd. Rahim, 29, di rumah mereka ekoran masalah rumah tangga yang dihadapi.

“Wanita itu kemudiannya mengacukan pisau kepada suaminya sebelum menumbuk Haziq di bahu kanan selain menendang lutut kaki kanannya.

“Haziq bagaimanapun tidak membalas perbuatan Fazmira yang turut membuat ugutan berunsur jenayah terhadapnya,” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkpunk 9-6-2023 08:55 AM
kenapa dia pukul suami dia? mesti kena provoke tu..
Quote venom1 9-6-2023 10:07 AM
ganas isteri dia ni..silap2 kena tomoi ni
Quote Decaffeinated 9-6-2023 12:25 PM
Banyak tu ja hukuman ugutan bunuh?

Quote ulamalu 9-6-2023 12:29 PM
Dahsyat perempuan ni guna fizikal, selalu bebel je.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.049521 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top