CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Paip Berlesen Di Singapura Masyuk Gaji Cecah RM40,000 Sebulan!

8-6-2023 06:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 681| Komen: 6

Description: Sebulan sahaja, tukang paip berlesen di Singapura boleh meraih pendapatan purata sekitar S$6,000 (RM20,490) hingga S$8,000 (RM27,324).Menurut ahli kepada Persatuan Paip Singapura, Gary Tan, 40, ada ju ...
Sebulan sahaja, tukang paip berlesen di Singapura boleh meraih pendapatan purata sekitar S$6,000 (RM20,490) hingga S$8,000 (RM27,324).

Menurut ahli kepada Persatuan Paip Singapura, Gary Tan, 40, ada juga antara tukang paip di sana yang turut memperoleh pendapatan lebih tinggi iaitu sehingga S$12,000 (RM40,986) sebulan.


Bercakap kepada Shin Min Daily News, Gary Tan mendakwa, tukang paip berlesen boleh mengenakan caj dan memperoleh pendapatan lebih dua kali ganda berbanding tukang paip tidak berlesen.


Shin Min Daily News/MotherShip

Selain itu, mereka ini kurang melakukan ‘kerja kotor’, dengan peranan yang lebih berkaitan dengan menjalankan pemeriksaan. Ujar Gary, mereka juga mudah untuk naik pangkat.

Gary menambah, dia bekerja di syarikatnya sekarang sejak lapan tahun lalu dan bermula sebagai jurutera projek.

Mengambil kursus untuk menjadi tukang paip berlesen dengan sokongan syarikatnya, dua tahun kemudian, dan dinaikkan pangkat kepada pengurus projek.


Tambah Tan, walaupun gaji untuk tukang paip berlesen boleh mencecah ratusan ribu dolar Singapura, industri paip di sana masih mengalami kekurangan tenaga buruh.

Katanya, industri berkenaan ‘sangat bergantung’ kepada pekerja asing dan syarikat pula tidak menggajikan ramai kelompok berkenaan kerana keperluan untuk membayar cukai yang lebih tinggi, katanya.

Ujarnya, hanya beberapa orang sahaja yang bergelar tukang paip berlesen disebabkan kos dan masa yang dibelanjakan untuk kursus tersebut.

Mendapatkan lesen memerlukan enam hingga sembilan bulan latihan, dan kira-kira S$1,000 (RM3,415), selepas subsidi untuk rakyat tempatan.

Dalam kes tukang paip asing, bagaimanapun, kos ini meningkat kepada S$4,000 (RM13,660).

Disebabkan hal ini, Tan menganggarkan bahawa kira-kira separuh daripada tenaga kerja tukang paip asing di Singapura tidak berlesen.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 8-6-2023 07:03 PM
Jocelyn Chiaa tersenyum sinisss...
Quote DARSITA 9-6-2023 01:28 PM


Waaahhh lot of money!! tak payah terbang ke taiwan ke Japan ke US ke Hong Kong or Korea!

Kita Malaysia belum boleh lagi sebab budaya kita yang nak murah dan cepat. Cari orang utk repair aic-cond, repair kereta, repair computer and segala repair lain kita tak mintak dia orang tunjuk sijil/license pun. Bila barang terbakar or meletup kita jenis tak saman dan tak bawa ke makamah.

Quote AbukRokok 9-6-2023 02:13 PM
Sbb tu singapore sgt butuhkan tenaga malaysia
Quote Decaffeinated 9-6-2023 03:57 PM
Tukang paip ni apa?

Kita assume plumber tah2 bukan

Quote supernaturalee 9-6-2023 05:03 PM
gary gary

[youtube]wzGH_AtmfRw[/youtube]

Quote tungkai 9-6-2023 05:26 PM
Kat Malaysia pun ramai jugak plumber electrician semua tu. Cuma tak boleh nak demand sgt sebab org Malaysia nak yg byr murah tapi kualiti keje tip top

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.047599 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top