CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dengar Bunyi Tapak Kaki Berjalan 3 Pagi, Terkejut Tengok Lengan Anak Lebam

8-6-2023 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2835| Komen: 63

Description: Susulan penularan video berdurasi tujuh saat menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki mengalami lebam di lengan selepas menginap di sebuah hotel di Cameron Highlands, netizen turut berkongsi pengalaman ...
Susulan penularan video berdurasi tujuh saat menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki mengalami lebam di lengan selepas menginap di sebuah hotel di Cameron Highlands, netizen turut berkongsi pengalaman mengenai gangguan paranormal ketika menginap di hotel itu.


Video berkenaan dikongsi oleh seorang pemilik akaun TikTok menggunakan nama @aifaazlan.


TikTok

"Terkejut Aifa bila tengok lengan Umar lepas stay (menginap) dekat hotel tu.

"Bibik (pembantu rumah) pun beritahu ada dengar bunyi tapak kaki orang tengah berjalan jam 3 pagi. Sampai ke Subuh bibik tidak boleh tidur sebab takut," tulisnya.

Pemilik akaun itu kemudian bertanya kepada netizen sama ada mereka pernah melalui pengalaman sama di hotel berkenaan.

Seorang pengguna TikTok menggunakan nama @mamywaa91 mendakwa pernah berdepan pengalaman seram di hotel sama.




"Kami pernah menginap di hotel yang sama sebelum ini, (dan) pada jam 2 pagi, kami mendengar bunyi tapak kaki.

"Saya tidak dapat tidur sehingga pagi," komennya.

Seorang lagi pengguna @mohdzakirshah01 turut berkongsi pengalamannya ketika menginap di sebuah inap desa di ruangan komen.

Beliau mendakwa terlihat kelibat 'lembaga' berdiri di tepi bilik, namun beliau hanya berdiam diri kerana tidak mahu mengejutkan anaknya.

Beliau memberitahu hanya berkongsi kisah seram ketika dalam perjalanan pulang manakala isteri dan anak turut mendakwa mengalami mimpi seram pada malam kejadian.

Video itu mendapat hampir 15,000 tontonan setakat ini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 8-6-2023 06:05 PM
Anak tido dgn bibik..dlm bilik lain ka?
Bibikla suspek utama..buat polis report lar
Quote shernazz 8-6-2023 06:28 PM
Hoho..
Last weekend ni sempena cuti agong
Iols feeling tourist la dok hotel.kl
Konon amek connecting room..
Last2 anak2 semua nak dok bilik iols..
Naseb la boleh cancel sebab anak2 cakap masa nak check in..
Mujur takde penampakan ke apa...
Cuma.meriah dgn orang2 nak gi clubbing n lepaking kat jalan dorai..
Layan sup haji Abu..

Layannn.
Quote edayildiz 8-6-2023 06:34 PM
seram..i kena kt hotel kt melaka..
ketuk bilik time dah nk pg..i bkk ingtkn uncle or my brother nk p lepakk..mmg mlm tu asik ting tong ting tong jer..deyoks pun kena..deyols ingt kitorg
Quote doubleA 8-6-2023 07:35 PM
Iols memang cancel capt***** hotel CH kt porem pun ada benang hotel tu haunted kan, so pergi la bod MPS
Quote Skuau 8-6-2023 07:45 PM
ada sesapa sudi habaq nama otel tu???
Quote shernazz 8-6-2023 07:53 PM
Skuau replied at 8-6-2023 07:45 PM
ada sesapa sudi habaq nama otel tu???

Rovers inn
Quote Skuau 8-6-2023 07:54 PM
shernazz replied at 8-6-2023 07:53 PM
Rovers inn

tq...infonya...
Quote Tinot7 8-6-2023 11:08 PM
shernazz replied at 8-6-2023 07:53 PM
Rovers inn

Ehh ni bkn ka org komplen sbb takleh bising2 mlm2? Bkn sbb angker..
Quote Tinot7 8-6-2023 11:09 PM
doubleA replied at 8-6-2023 07:35 PM
Iols memang cancel capt***** hotel CH kt porem pun ada benang hotel tu haunted kan, so pergi la bod  ...

Capt****** ka copt*******?
Quote Tinot7 8-6-2023 11:09 PM
shernazz replied at 8-6-2023 06:28 PM
Hoho..
Last weekend ni sempena cuti agong
Iols feeling tourist la dok hotel.kl

Hotel mana kat KL yg angker ni?
Quote Tinot7 8-6-2023 11:10 PM
edayildiz replied at 8-6-2023 06:34 PM
seram..i kena kt hotel kt melaka..
ketuk bilik time dah nk pg..i bkk ingtkn uncle or my brother nk p ...

Hotel mana kat melaka ni?
Quote dudaberhias 8-6-2023 11:11 PM
kalau hotel ni iols dah biasa kena tindih... tapi takde nampak penampakan apa... hantu pun tidak... just lena dan mata kita nampak black gelap je kan... tapi badan di tindih...

kenapa la yang tindih tu bukan jejan yang herlokkkkk serhoperrr francisco lachowski ke atau paling busuk pun rhoperrrr retis kpop...

mau iols suruh dia tindih hari2...

Quote ctaz 8-6-2023 11:52 PM
hantu : semua salah hantu...ini mcm terpaksa hantu2 bikin UNION
Quote midori888 9-6-2023 12:02 AM
anak dia lasak kot....meols slalu jer ada lebam2 mcm nie...terlanggar katil lah, kerusi lah...lebam tu bukan muncul cepat, 1-2 hari baru pasan ada lebam...
Quote doubleA 9-6-2023 12:25 AM
Tinot7 replied at 8-6-2023 11:09 PM
Capt****** ka copt*******?

Copth**** iols salah eja. Yg memang ada banyak story scary situ, member iols cakap bekfes sedap tapi kalau ke CH iols bawa toddler so memang elak tempat angker. Iols rela p hotel yg baru buka
Quote noor2 9-6-2023 05:53 AM
Celaka punya video....siap ada gelak pontianak...bingit telinga aku
Quote Samerosie 9-6-2023 07:23 AM
Copthrine ni yg mana satu.  Iols pernah duduk 2 hotel je kat CH pergi pun dah lama.  Satu dulu nama dia heritage kut atas bukit macam tudor style satu lagi tak ingat nama tapi mengadap sekolah cina.  Dua2 mcm skeri tapi tak de apa2.  Tapi ni lama dah dulu maybe 10 yrs ago lepas tu tak pernah pergi dah.
Quote Samerosie 9-6-2023 08:07 AM
Anyway, bunyi tapak kaki tu dlm bilil ke kat liar bilik? Mungkin staff kutip order in dining room service card yg letak kat luar door knob ke tak pun guard buat rounds ke.  
Quote ninja boy 9-6-2023 08:24 AM
Pihak hotel patut panggil darulsifa tangkap jin hantu naik bas pergi pindah kubur ka topekong ka

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.064343 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top