CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hari-Hari Dengar Lagu Blackpink, Peminat Tegar K-Pop Tak Sangka Berjaya Dapat 9A+ SPM

8-6-2023 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1178| Komen: 22

Description: GEORGE TOWN – Seorang peminat tegar kumpulan Blackpink dan juga muzik K-Pop, G. Bhuvenraj,18, tidak menyangka yang dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ...
GEORGE TOWN – Peminat tegar K-Pop, G. Bhuvenraj,18, tidak menyangka yang dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Pelajar cemerlang aliran Sains dari Penang Free School itu berkata, dia mendengar muzik daripada kumpulan Blackpink dan juga muzik K-Pop setiap malam sebagai penghilang stress ketika mengulangkaji pelajaran.


“Keputusan 9A+ ini memang tidak dijangka kerana soalan SPM agak sukar terutama bagi subjek Biologi yang memerlukan kita menghafal dan mengingat banyak perkara.

“Saya tidak mahu terlalu tertekan ketika mengulangkaji pelajaran, jadi setiap malam lagu-lagu dendangan kumpulan Blackpink menjadi peneman untuk saya menghilangkan stress ketika belajar,” katanya ketika ditemui di Penang Free School.

Foto: Kosmo

Dia memperoleh A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.


Bhuvenraj yang merupakan anak tunggal berkata, dia banyak mengulangkaji soalan-soalan percubaan SPM terdahulu bagi mendapat teknik-teknik sesuai untuk menjawab soalan peperiksaan SPM 2022.

“Saya juga selesa mengulangkaji sendiri di rumah dan turut mengambil kelas tuisyen sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru, ibu bapa dan rakan-rakan sekolah lain yang banyak membantu saya sepanjang menghadapi peperiksaan,” katanya.

Tambahnya, dia yang meminati mata pelajaran Matematik merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat A Level dan seterusnya ke peringkat universiti.

Dalam pada itu, ibu kepada Bhuvenraj yang merupakan pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta, R. Sunitha, 49, pula memberitahu, dia memberikan kebebasan kepada anak tunggalnya itu untuk memilih haluan tersendiri dalam hidupnya.

“Saya tahu dia peminat tegar kumpulan Blackpink dan tidak pernah melarangnya daripada meminati kumpulan berkenaan.

“Malah saya melihat dia menyanyi dan menari lagu kumpulan Blackpink semasa mengulangkaji pelajaran, saya dan bapanya memberi galakan untuk dia lakukan apa yang dia minati asalkan ia tidak mengganggu pelajaran,” tambahnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 8-6-2023 06:08 PM
beriboo2 taniaaa

skang mendonia is NewJeans ... oma oma gaiiddd .. oma oma gaiiddd
Quote shernazz 8-6-2023 06:23 PM
Taniya dek
Iols pung dolu blajo mesti nak ada.lagu..
Dok hostel..kaset bsb n NSYNC kena.rampas..
Tinggal Linkin park Selamat sebab iols sempat sorok
Quote noor2 8-6-2023 06:26 PM
Mengadala ko...kalau x study x de maknanya boleh berjaya...dgr kpop pun dgrlah..study tentu engko study...
Quote Tinot7 8-6-2023 06:42 PM
[youtube]gQlMMD8auMs[/youtube]
Quote azimodin 8-6-2023 06:52 PM
Tahniah la dik.. zaman iouls tpop & cpop(183 club, 5566, jay chou, SHE, Mayday) tengah mendonia. Gigih la beli majalah e-pop kat 7/11 walaupon x reti baca tulisan cina. Zaman tu kpop baru2 nak naik kat malaysia, fanbase TVXQ dengan SJ je yg nampak prominent sikit. Nasib baik la result iouls cemerlang jua, kalau tak mungkin mak iouls bakar koleksi poster[em:4:]
Quote snowflakes 8-6-2023 06:57 PM
Janji belajar... nak pop apa pun kena belajar... barula result elok...
Quote syamzana 8-6-2023 06:57 PM
dah ko bijak dekkk dgr lagu dangdut pun itu la jugak dapat resultnya

btw, tahniah!!!
Quote Skuau 8-6-2023 07:04 PM
Dgr lagu Gila Judi-M.Daud Kilau...igt x boleh berjaya ke???
Quote sambaldurian 9-6-2023 12:11 AM
Ada gaya mcm ceo google, harap kepandaian dia ni boleh pergi jauh. Bkn apa org Msia ni yg bijak2 , g belajar oversea , well known school kt oversea xtau kenapa jd terpeleot. Jd stress la / mental la. Ok la tu seimbang dgn hiburan.
Quote rosedemon 9-6-2023 08:38 AM
skema btol muka budak ni
Quote TabletSusu 9-6-2023 08:58 AM
hah.. acik dulu zaman 90an, dgr lagu rock malaysia je. siap kengkawan sedorm pinjam kaset acik
Quote mohdcrow 9-6-2023 09:55 AM
ada kena mengena ke?
Quote mdhelmi 9-6-2023 11:12 AM
masa study spm dulu aku layan offspring

Give it to me, baby!
Uh huh, uh huh!
Give it to me, baby!
Uh huh, uh huh!

haha

tak dilupa masa tu layan scorpion dengan metallica jugak

tapi kat sekolah nyanyi nasyid huhu
Quote hyie 9-6-2023 12:29 PM
kiranya dak2 India pon layan kpop ye sekarang? iols macam tak pernah jumpa kawan india yang layan kdrama lagu kpop bagai ni. Biasanya melayu cina borneo je yang layan kpop kdrama.
Quote dua_chzy 9-6-2023 12:31 PM
mdhelmi replied at 9-6-2023 03:12 AM
masa study spm dulu aku layan offspring

Give it to me, baby!

Mungkin ko sezaman dengan aku. Taste musik bebudak dulu memang exceptional. Sebab generasi aku layan Britney N Sync BSB tapi layan Weezer Linkin Park Metallica Nirvana juga.
Quote mdhelmi 9-6-2023 02:52 PM
dua_chzy replied at 9-6-2023 12:31 PM
Mungkin ko sezaman dengan aku. Taste musik bebudak dulu memang exceptional. Sebab generasi aku lay ...

ha yela tu
memang zaman2 band boys tengah top
member siap dye rambut depan tiru the moffats
kat kelas pakai songkok sorok rambut
kalau kat sini plak time tu VE dgn ruffedge baru nak up
LP pulak awal 2001 baru orang kenal
outing kat petaling street kedai2 cd dok pasang lagu2 LP je
ape lagi beli la 1 + cd too phat plan B, pirate RM5
eh terkenang2 plak zaman dulu
kalau nak cite memang tak habis
ok2 tamat


Quote dua_chzy 9-6-2023 03:07 PM
Edited by dua_chzy at 9-6-2023 07:09 AM
mdhelmi replied at 9-6-2023 06:52 AM
ha yela tu
memang zaman2 band boys tengah top
member siap dye rambut depan tiru the moffats


Kan hahahaha

Alahai The Moffats. Meka kuar masa aku Form 2. Punya la top masa tu. Seblom meka hada Hanson. Pehtu Malaysia pun nak tiru, muncullah Moin dengan lagu Kau Yang Ku Sayang tapi komik Ujang (ka Apo?, tak ingat) ihanat pi tukar tajuk lagu tu jadik Cow Yang Ku Sayang. Kalau korang beli kat PS, weols budak2 luar bandar beli kaset/cd pirate kat pasar malam.

Best la era seblom 2000 tu. Nak balik kalau boleh.
Quote hayrin86 9-6-2023 04:39 PM
TabletSusu replied at 9-6-2023 08:58 AM
hah.. acik dulu zaman 90an, dgr lagu rock malaysia je. siap kengkawan sedorm pinjam kaset acik

Aku pun sehingga kini masih lagi layan lagu rock Malaysia terutama jenis slow/mendayu-dayu zaman 90-an..

Quote hayrin86 9-6-2023 04:41 PM
hyie replied at 9-6-2023 12:29 PM
kiranya dak2 India pon layan kpop ye sekarang? iols macam tak pernah jumpa kawan india yang layan kd ...

Sudah aku agak, ada juga kaum India layan Kpop dan drama Korea.. Selain tu ada juga kaum India layan J-pop dan anime Jepun selain Hindustan..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.095201 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top