CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ais Lautan Artik Diramal Cair Pada September 2030-An

8-6-2023 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 107| Komen: 1

Description: SEOUL – Para saintis memberi amaran bahawa ais di Lautan Artik akan mencair sepenuhnya ketika musim panas kira-kira sedekad lebih awal berbanding jangkaan.Wion News melaporkan, Jurnal Nature Communic ...
SEOUL – Para saintis memberi amaran bahawa ais di Lautan Artik akan mencair sepenuhnya ketika musim panas kira-kira sedekad lebih awal berbanding jangkaan.

Wion News melaporkan, Jurnal Nature Communication menerbitkan satu kajian kelmarin yang meramalkan fenomena itu akan berlaku pada September 2030-an.


Menurut penyelidik, meskipun dalam situasi pemanasan Bumi berkurangan dengan ketara, dataran ais tersebut tetap diramal hilang pada musim panas menjelang 2050-an.

Foto: AFP

Perubahan dalam tempoh dari 1979 hingga 2019 telah dianalisis oleh penyelidik dengan membandingkan data satelit dan model iklim yang berbeza untuk memahami bagaimana ais di Lautan Artik berubah.

Dataran ais itu semakin berkurangan sebahagian besarnya berpunca daripada pencemaran yang disebabkan oleh manusia, pemanasan planet dan trend pencairan yang dipandang remeh oleh model sebelumnya.


“Kami terkejut apabila mendapati Lautan Artik akan kehilangan ais pada musim panas tanpa mengira usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon,” kata pengarang utama kajian dan profesor di Universiti Sains dan Teknologi Pohang di Korea Selatan, Min Seung-ki.

Tambahnya, semasa musim sejuk, ais di Lautan Artik terkumpul dan mencair semula pada musim panas. Ia akan mencapai paras terendah pada bulan September sebelum kitaran bermula semula.

“Apabila musim panas, Artik menjadi bebas ais dan pembentukan ais laut pada musim sejuk akan menjadi lebih perlahan,” kata Seung-ki. -CARI

Sumber: Kosmo

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 9-6-2023 08:37 AM
lantak ko la nak cair ke apa ke

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.045760 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top