Kemunculan adik kepada lelaki mencederakan isterinya kerana menolak ajakan seks mencuri perhatian ramai. Dalam pada netizen menghentam perbuatan lelaki terbabit yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengugut bunuh dan mencederakan isterinya, pendedahan dibuat individu berkenaan mengenai kakak iparnya mengejutkan ramai.
Dakwanya, punca sebenar lelaki berkenaan menghantuk hidung isterinya adalah kerana wanita itu sebenarnya kantoi berhubungan intim dengan empat lelaki lain. "Bini dah kantoi main dengan epat jantan. Kalau tak, takkan abang aku hantuk," tulisnya di ruang komen sebuah hantaran di Facebook. Terdahulu, Syed Fakrulrazi Syed Abdul Rahman, 41, didakwa mendatangkan kecederaan parah dengan sengaja terhadap isteri, Rabiatul Adawiyah Abu Hassan, 33, dengan menghantukkan kepalanya ke hidung mangsa di sebuah rumah di Taman Tanjung Minyak Perdana, Melaka kira-kira jam 10 pagi 12 Februari lalu.
Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda, jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua, Syed Fakrulrazi didakwa menakutkan isterinya dengan kata-kata ugutan akan membunuhnya di tempat, tarikh dan masa yang sama dan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - CARI |
pokokmeranti replied at 8-6-2023 04:34 PM
pulak dah.............lain kali dah tahu, pasang perangkap bawa polis, pencegah maksiat dan org kamp ...
Skuau replied at 8-6-2023 04:38 PM
buek ghapo...bukannya boleh 'penjara seumur hidup'...pung atas 'kesalahan'(belum dibuktikan)...'ma ...
Lily_Elizabeth_ replied at 8-6-2023 04:38 PM
Kan ada satu benang tu kata dia tak tahan suami dia suka dot dot dot. Ingatkan kisah rekaan, ni ada ...
Skuau replied at 8-6-2023 04:43 PM
dot dot dot..tu..'menate' apa
Lily_Elizabeth_ replied at 8-6-2023 04:47 PM
Dot dot dot tu adalah s@& itu itulah ha ha
hanihan16 replied at 8-6-2023 04:52 PM
kat tt tadi terbaca luahan anak lelaki ni, pertahankan bapaknya. jarang2 anak side ke bapk drpd emak ...
Skuau replied at 8-6-2023 04:50 PM
tak tahan konon...sampai 4 tu pulok???(fitnah semata???)
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.051863 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.