CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hari-Hari Bawa Mangga Ke Kubur, Suami Kematian Isteri Berhenti Kerja Lepas Dapat 2 Hari Je Cuti Paterniti

8-6-2023 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 466| Komen: 1

Description: Sebulan kisah tular seorang suami kematian isteri selepas hanya diberikan dua hari cuti paterniti oleh majikannya berlalu, aktivis kebajikan terkenal Sabah, Adrian Edy, 27, berkesempatan menziarahi pe ...
Sebulan kisah tular seorang suami kematian isteri selepas hanya diberikan dua hari cuti paterniti oleh majikannya berlalu, aktivis kebajikan terkenal Sabah, Adrian Edy, 27, berkesempatan menziarahi pemuda tersebut di kampungnya yang terletak di Kota Marudu.


Terdahulu, empat hari selepas menimang bayi lelaki, Exly Jailon, 31, menyedari isterinya, Juana Karagas, 32, terbaring tidak bernyawa di dalam bilik, di sisi bayi mereka selepas dia pulang bekerja pada waktu malam.

"Bayi lelaki pasangan itu lahir pada 4 Mei. Isterinya ditemukan meninggal pada 9 Mei, selepas abang Exly pulang bekerja. Lebih kurang sebulan selepas kejadian itu, saya datang menziarahinya.


IG

"Kata Abang Exly, isterinya meninggal di rumah sewa mereka di daerah Penampang. Mendiang dikebumikan di kampung asalnya di Kota Marudu. Selain datang ziarah, saya juga bawa sumbangan keperluan untuk dia dan anaknya.


"Menurut Abang Exly. Dia buat dua kerja, sebagai pemandu lori dan pengawal keselamatan. Selepas isteri meninggal, dia terus berhenti kerja dan balik kampung. Dia nak tunggu genap 100 hari kematian mendiang, baru cari kerja baharu," ujarnya kepada mStar.

Dalam pertemuan penuh emosi itu, Exly turut mengimbas semula detik pilu ketika dia menemukan tubuh mendiang yang terbaring kaku bersebelahan bayi mereka.

"Abang Exly masih trauma sampai sekarang. Masa dia balik kerja, rumah berada dalam keadaan gelap. Dia peluk jasad isterinya dalam gelap. Sampai sekarang dia trauma kalau berada dalam gelap.

"Pada waktu itu, bayi juga menangis. Abang Exly syak isterinya telah meninggal awal lagi, sebelum dia balik kerja dalam pukul 8 malam. Namun mujurlah bayinya berada dalam keadaan baik-baik saja," cerita Edy lagi.

Selepas pertemuan di rumah keluarganya, Exly turut membawa Edy untuk menziarahi kubur isterinya yang terletak di Kampung Tandawahon Marak Parak.

Imbas Edy, dia turut beremosi pada waktu itu melihat Exly yang tumpah air mata sambil duduk bersebelahan pusara mendiang isterinya.

"Lepas ziarah dia dan bayinya, abang Exly bawa saya ke kubur mendiang. Masa ziarah tu, suasana penuh dengan emosi. Dia memeluk kubur mendiang. Memang betul-betul rasa kehilangan.

"Abang Exly kata dia banyak kenangan dengan mendiang. Mereka suka naik motor sama, pergi cuba makanan di restoran. Mereka suka food hunting. Masa dia kerja pemandu lori, mendiang juga suka ikut dia kerja.

"Lebih pilu, Abang Exly akan bawa mangga ke kubur isterinya. Dalam kepercayaan Kristian, penganutnya percaya roh mendiang masih ada di kubur itu. Jadi dia akan bawa makanan kegemarannya hari-hari ke situ," cerita Edy.



Menurut Edy, bantuan kewangan yang dihulurkan kepada Exly tidak terhenti di situ, sebaliknya dia terbuka untuk membantunya lagi pada masa akan datang.

Edy turut berkongsi video pertemuanya dengan Exly sehingga dia menerima ratusan komen daripada netizen yang bersimpati dengan kejadian berkenaan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 8-6-2023 03:16 PM
Apa lak kepercayaan Kristian. Kepercayaan native Kristian Borneo hada lah.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.271435 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top