CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Barah Limfoma Tahap Empat Tak Halang Raih Keputusan Cemerlang Dalam SPM

8-6-2023 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 238| Komen: 0

Description: Menghidap barah limfoma tahap empat tidak menjadi penghalang empat, Wan Muhammad Hakimi Wan Mustafa Kamal, 17, meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Dalam keputusan diumumkan ...
Menghidap barah limfoma tahap empat tidak menjadi penghalang empat, Wan Muhammad Hakimi Wan Mustafa Kamal, 17, meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam keputusan diumumkan hari ini, dia memperoleh 4A, 2B, 1C, lapor Harian Metro.



WAN Muhammad yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM bersama ibunya, Shahrul Afizah Ahmad di hadapan sekolahnya. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Walaupun terpaksa berulang alik dan banyak menghabiskan masa di wad Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menjalani rawatan kemoterapi serta rawatan susulan sejak menghidap penyakit itu pada 2019, dia mampu membuktikan kejayaan.

"Sepanjang dalam wad, saya bawa bersama buku sekolah untuk mengulangkaji pelajaran.

"Selain itu, ibu saya, Shahrul Afizah Ahmad, 47, serta bapa tiri, Amir Ramli, 51, kerana banyak memberi sokongan dan galakan kepada saya untuk berjaya," katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Bandar Baru Sintok, di sini hari ini.


Selain itu, Wan Muhammad Hakimi yang bercita-cita tinggi untuk menjadi guru juga pernah mewakili sekolah dan daerah Kubang Pasu dalam pertandingan skuasy.

"Sekarang keadaan kesihatan saya bertambah baik dan saya perlu menjalani rawatan susulan di HPP selama tiga bulan sekali.

"Saya memang berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti untuk mencapai cita-cita dan saya turut mengucapkan terima kasih kepada Cancer Survivors Malaysia (CSM) yang menaja kelas tuisyen kepada saya, " katanya.

Lebih mengejutkan, dia pernah gagal dalam mata pelajaran Matematik dan Sejarah dalam peperiksaan percubaan SPM sebelum ini, namun tidak menyangka akan beroleh keputusan cemerlang seperti ini demi untuk membalas jasa ibu dan bapa tirinya.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal turut mengucapkan tahniah kepada pelajar terbabit kerana memperoleh keputusan cemerlang.

Katanya, CSM membantu Wan Muhammad Hakimi sejak tahun 2019 dengan menghulurkan sumbangan wang tunai untuk kos ulang alik pelajar itu ke HPP, susu formula khas serta menaja kos bagi kelas tuisyen untuk pelajar berkenaan.

"Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan buat Wan Muhammad Hakimi bagi meneruskan cita-citanya selain meneruskan rawatan di hospital melalui akaun Maybank 1520 5010 5835 milik ibunya Shahrul Afizah Ahmad, " katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.167941 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top