CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seorang Masih Bebas, Jurujual Tak Mengaku Potong Rantai Budak Di Jom Heboh

8-6-2023 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1319| Komen: 22

Description: Wanita yang didakwa Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan mencuri rantai leher kanak-kanak perempuan di tapak Karnival Jom Heboh, Stadium Shah Alam , Sabtu lalu mengaku tidak bersalah.Nor Zanna ...
Wanita yang didakwa Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan mencuri rantai leher kanak-kanak perempuan di tapak Karnival Jom Heboh, Stadium Shah Alam , Sabtu lalu mengaku tidak bersalah.

Nor Zannah Andi Baso, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.


NOR Zannah Andi Baso dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF

Mengikut pertuduhan, ibu beranak satu itu bersama seorang yang masih bebas didakwa mencuri seutas rantai emas milik anak saudara seorang wanita berusia 26 tahun yang dilakukan di tapak Karnival Jom Heboh, Stadium Shah Alam, Seksyen 13, kira-kira pukul 5.39 petang.

Pendakwaan kes dijalankan mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zafirah Syed Mustapa menawarkan kos ikat jamin tertuduh berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan bagi serahan dokumen kes.

Peguam Oon Guo Chen yang mewakili Nor Zannah bagaimanapun memohon pengurangan kerana anak guamnya mempunyai tanggungan seorang bayi perempuan berusia tiga bulan.

“OKT (tertuduh) baru saja bersalin dan risiko untuk dia melarikan diri adalah rendah. Kos ikat jamin bertujuan memastikan kehadiran OKT ke mahkamah sehingga kes selesai,” katanya.

Nur Faizah membenarkan kos ikat jamin RM3,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 11 Ogos depan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seorang wanita diberkas hasil rakaman video tular pengunjung yang menyedari kejadian rantai leher kanak-kanak itu dipercayai dipotong dengan sesuatu objek sebelum ditarik serta dicuri.

Suspek kemudian ditahan di sekitar lokasi sama dan turut didapati mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan kes kecurian. Video kejadian tular itu dikatakan sempat dirakam secara tidak sengaja oleh ibu saudara mangsa dan mendapat lebih 1.4 juta tontonan di TikTok. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 8-6-2023 02:34 PM
lain cam nama..pilak ke indon???
Quote Purplehaz 8-6-2023 02:34 PM
Andi Baso...leluhur Borneo..Kalimantan ni.

Tak pakai mask atau mmg polis x bagi pakai..biar semua org nmpk kenal.
Quote bunnyj3lly 8-6-2023 02:37 PM
Akak polis di hujung tu senyum pulak..
Quote naina 8-6-2023 02:39 PM
Mana videonya dirakam tidak sengaja tu
Macam pelik je
Quote renko 8-6-2023 02:47 PM
leluhur tu ke
Quote sayurmayur88 8-6-2023 02:47 PM
Skuau replied at 8-6-2023 02:34 PM
lain cam nama..pilak ke indon???

biasa yg ada nama 'Andi" kat pangkal nama tu keturunan belah Sulawesi Selatan.
Kat Sabah banyak..
Quote Skuau 8-6-2023 02:52 PM
sayurmayur88 replied at 8-6-2023 02:47 PM
biasa yg ada nama 'Andi" kat pangkal nama tu keturunan belah Sulawesi Selatan.
Kat Sabah banyak..
...

dh dpt ic la tu kot...
Quote apech 8-6-2023 03:02 PM
bapak anak dia mana? ke tak berbapak. Pelaku lagi 3 ekor tu pegi mana. Dan2 la ko minta pengurangan. Org cari duit punya la susah, ko senang2 je. ada rekod jenayah lampau sampai 6 kes.


dah la masa kena tangkap tu tak mengaku.
Quote copy_paste 8-6-2023 03:03 PM
da ade rekod jenayah lampau, mmg da sebati la
Quote apech 8-6-2023 03:10 PM
naina replied at 8-6-2023 02:39 PM



Mana videonya dirakam tidak sengaja tu
Macam pelik je

4 ekor berdiri belakang budak tu semua berkomplot. Lepas sentap, dia masukkan dlm beg jantan tepi budak tu. Makcik yg pakai mask hitam dah perasan dan bagitau ada kamera. Tp masa tu dia dah sentap rantai.

Dipersilakan cerca mati eksiden lagi 3 ekor tu. Jahat betul
Quote Lily_Elizabeth_ 8-6-2023 03:23 PM
Budak2 tak yah lah pakai emas berkilo. Pakai ni je accessories Sasha beli kat parkson. Comey pun comey. Pink pink.
Quote annehuda 8-6-2023 03:29 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 8-6-2023 03:23 PM
Budak2 tak yah lah pakai emas berkilo. Pakai ni je accessories Sasha beli kat parkson. Comey pun com ...

Ntah aku tak paham knp nk pakaikan budak2 ni emas. Lagi2 kalau gelang comel-comel tu. Masa beli mahal time nak jual bknnye bleh dpt harga asal. Pakaikan je emas korea kalau kene rentap pun takde la rugi
Quote Lily_Elizabeth_ 8-6-2023 03:35 PM
annehuda replied at 8-6-2023 03:29 PM
Ntah aku tak paham knp nk pakaikan budak2 ni emas. Lagi2 kalau gelang comel-comel tu. Masa beli ma ...

Bahaya sebenarnya. Undang pencopet cam ginilah. Atau beli je kat kedai rm2 manik manik tu. Cute. Emas mahal. Dah nak jual mana dapat harga kita beli, nak nak yang dah berdaki daki kena kulit budak or bengkok bengkok. Say NO
belikan emas to kanak kanak.
Quote Lily_Elizabeth_ 8-6-2023 03:36 PM
annehuda replied at 8-6-2023 03:29 PM
Ntah aku tak paham knp nk pakaikan budak2 ni emas. Lagi2 kalau gelang comel-comel tu. Masa beli ma ...

Oh ya lupa nak tambah. Mak pak yang suka pakaikan barang emas to anak anak, sejenis suka menunjuk.
Quote KamikuP 8-6-2023 03:57 PM
Padan muka pencopet dasar bajingan
Quote Kangkung1M 8-6-2023 03:59 PM
naina replied at 8-6-2023 02:39 AM
Mana videonya dirakam tidak sengaja tu
Macam pelik je

[ig]https://www.instagram.com/reel/CtDkMzMt5Hz/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
[ig]https://www.instagram.com/reel/CtDvqlIsJTG/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Quote cucutokwan89 8-6-2023 04:43 PM
Ya ampun baru lps bersalin..
Quote naina 8-6-2023 05:18 PM
Kangkung1M replied at 8-6-2023 03:59 PM

Omaigod thanks uols. Mujur la perasan.
Quote naina 8-6-2023 05:20 PM
Itulah budak2 mana faham emas2 ni
Memang senang la pencuri nak rentap
Adoi benda beribu atas badan terpampang je gitu
Anak buah aku pun pernah hilang gelang emas. Aku syak memang ada yang rentap senyap2 ni

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.067187 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top