CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gerakan Gesa Jocelyn Chia Diharamkan Masuk Malaysia

8-6-2023 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 803| Komen: 4

Description: Dek menghina dan mengeluarkan kata-kata menyinggung rakyat Malaysia, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyeru Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia menjalankan siasatan terhadap ...
Dek menghina dan mengeluarkan kata-kata menyinggung rakyat Malaysia, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyeru Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia menjalankan siasatan terhadap pelawak dari Singapura.


"Ini termasuk kalau boleh menyekat pasportnya daripada memasuki Malaysia," ujar Naib Presidennya, Koo Shiaw Lee.

Tambahnya, penghinaan terhadap negara menerusi lawak jenaka yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @jocelynchiacomedy mengundang kemarahan rakyat di negara ini.


Sinar Harian

“Bagi saya, pelawak wanita Singapura yang bernama Jocelyn Chia itu tidak sepatutnya membuat jenaka mengenai tragedi kehilangan MH370.

"Itu sensitif kerana mangsa terlibat sudah mati dan ia boleh dikatakan seperti memperlekehkan kententeraan Malaysia yang terlibat dalam misi MH370," katanya dalam satu kenyataan.

Shiaw Lee yang juga Ketua Penerangan Gerakan menambah lawak menghina dan sensitif itu juga dikhuatiri akan merosakkan hubungan baik di antara Malaysia dan Singapura.


Beliau bagaimanapun mengingatkan, tidak bermakna jika Singapura mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan Malaysia pelawak itu dapat terlepas daripada tindakan undang-undang.

Sehubungan itu, beliau menyeru Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia menjalankan siasatan terhadap pelawak dari negara jiran itu.




Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 8-6-2023 01:49 PM
Gerakan pun lg ganteng drp pmx
Quote dani-rox 8-6-2023 03:36 PM




Quote Kentot_Wangi 8-6-2023 07:21 PM
otai_g: Gerakan pun lg ganteng drp pmx ...
yg tu jaga perot sndiri je... Haha[em:4:]
Quote Skuau 8-6-2023 07:29 PM
sekali dia jwb....:
pinggan x retak nasi x dingin...
worang x nak..kita lg x hingin...
                     

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.280761 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top