CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SPM 2022: 10,109 Pelajar Dapat Straight A

8-6-2023 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2629| Komen: 111

Description: PUTRAJAYA: Seramai 10,109 orang daripada 373,974 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memperoleh keputusan cemerlang semua A.
PUTRAJAYA: Seramai 10,109 orang daripada 373,974 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memperoleh keputusan cemerlang semua A.

Jumlah calon cemerlang itu meningkat 2.7 peratus berbanding 9,696 orang pada SPM 2021.


Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, seramai 75,322 calon atau 20.1 peratus pula memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian.

Foto: Utusan

“Selain itu, seramai 128,193 atau 34.3 peratus memperoleh keputusan lulus manakala 126,793 calon atau 33.9 peratus pula sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran,” katanya pada Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2022 di sini hari ini.

Katanya, SPM 2022 juga menunjukkan prestasi lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.74 berbanding 4.74 bagi SPM 2021.

Pkharuddin berkata, nilai GPN lebih rendah menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik, namun kementerian tidak membuat perbandingan kerana setiap calon mempunyai kekuatan masing-masing.


Dalam pada itu, jumlah calon layak dapat sijil pula meningkat kepada 91.6 peratus iaitu kali pertama mencecah lebih 90 peratus sejak 2013. –CARI

Sumber: Utusan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 8-6-2023 11:31 AM
Tahniah kpd semua...
Quote Lily_Elizabeth_ 8-6-2023 11:32 AM
Cam tak caya je....

Kang masuk Uni ramai tak leh belajor..
Quote Azharitubunga 8-6-2023 11:40 AM
Valid ke tak ni?
Quote Thunderclouds 8-6-2023 11:43 AM
Taniya kt ank acik² porum yg cemerlang SPM taon nehhh..
Kot la adaaa..
Quote totokreturn. 8-6-2023 11:43 AM
fuhhh ramai nya yg dapat perfect A
Quote mejaputih 8-6-2023 11:44 AM
tahniah semua....
Quote ifanonline 8-6-2023 11:47 AM
10k dpt semua A is rather a small percentage...jauh lagi perjalanan malaysia ke arah negara maju
Quote syamzana 8-6-2023 12:10 PM
tahniah semua anak2
Quote shamsadis 8-6-2023 12:19 PM
para pelajar tahun 2020,2021 dan 2022 tiada kualiti sebab belajar zaman COVID19.

all HR take note.
Quote orkid_amani 8-6-2023 01:31 PM
Soalan2 susah jugak..adik aii kutip semua A sampai E.. subject teras semua A+ sygnya BM dapat C..Add Math dapat E..utk BM dah bayar RM100 mintak rechecking..utk add math repeat paper july laa sbb dia aim nak masuk IPG
Quote sailormars 8-6-2023 01:49 PM
tahniah untuk semua...moga terus berjaya...
Quote pekanwoohoo 8-6-2023 01:55 PM
orkid_amani replied at 8-6-2023 01:31 PM
Soalan2 susah jugak..adik aii kutip semua A sampai E.. subject teras semua A+ sygnya BM dapat C..Add ...

Bagus lah tu aim kerja jadi cikgu dari mula. Biasa nanti yang bengap masa uni takde kerja baru sibuk masuk kursus KPLI camtuh jadi cikgu. Tu pasal cikgu-cikgu sekarang mostly standard sangatlah hauk.
Quote dua_chzy 8-6-2023 02:02 PM
Tahniah. Soalan 2022 susah.
Quote dua_chzy 8-6-2023 02:04 PM
pekanwoohoo replied at 8-6-2023 05:55 AM
Bagus lah tu aim kerja jadi cikgu dari mula. Biasa nanti yang bengap masa uni takde kerja baru sib ...


Kawan2 aku yang ambik KPLI suma cemerlang kat U wei. Masuk KPLI bukan sebab takda kerja, tapi ubah profesion sebab profesion lama menyukarkan deols untuk spend mas a dengan family. Lelaki, perempuan, sama.

Cikgu2 dulu pun hauk nak mampus. Dah la kaki dera. Hairan aku korang kata cikgu2 dulu better banding sekarang. Padahal bila baca komen porumer2 kertu tersakiti oleh cikgu, punya la hauk cikgu memasing.
Quote dua_chzy 8-6-2023 02:06 PM
orkid_amani replied at 8-6-2023 05:31 AM
Soalan2 susah jugak..adik aii kutip semua A sampai E.. subject teras semua A+ sygnya BM dapat C..Add ...


Add Maths E tu rasanya boleh ja dapat IPG, unless nak jadik cgu Maths, memang tak layak la.

BM C tu yang lagik masalah banding Add Maths...
Quote umbut 8-6-2023 02:16 PM
Anak aii 9A.. syukurrr sangat mcm tak caya
Tahniah semua..
Quote black_handbag 8-6-2023 02:16 PM
ramainya budak pandai skrg. zmn aku dulu tak ramai dpt straight a's. skrg smpi 10k. wow.. sistem dan kualiti pendidikan kita dah meningkat betul ke?

Quote black_handbag 8-6-2023 02:17 PM
ramainya budak pandai skrg. zmn aku dulu tak ramai dpt straight a's. skrg smpi 10k. wow.. sistem dan kualiti pendidikan dah meningkat betul ke

Quote Suchi 8-6-2023 02:24 PM
Tahniah semua anak2 yang ambil result SPM hari ni. Acik doakan semoga kalian semua  berjaya dunia dan akhirat. Selamat datang ke dunia dewasa yg penuh  “keseronokkan” DB4BFF20-F682-4E14-A54C-E5B8603EA680.jpeg

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.133283 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top