CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hargai Jasa Terhadap Negara, Najib Tun Razak Terima Anugerah Tokoh Pemuda Umno 2023

8-6-2023 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 184| Komen: 1

Description: KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menerima Anugerah Tokoh Pemuda UMNO 2023 bersempena Perhimpunan Pemuda UMNO 2023 yang berlangsung hari ini.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menerima Anugerah Tokoh Pemuda UMNO 2023 bersempena Perhimpunan Pemuda UMNO 2023 yang berlangsung hari ini.

Bekas Presiden UMNO tersebut menerima pengiktirafan itu sebagai tanda penghargaan bekas Perdana Menteri tersebut bukan sahaja dalam aspek dasar ekonomi negara, malah memperkenalkan dasar pembangunan yang tuntas merangkumi setiap lapisan rakyat.


Justeru, bagi menghargai jasa Najib, beliau diumumkan penerima Anugerah Tokoh Pemuda UMNO 2023 dalam perhimpunan tersebut yang berlangsung di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTKCL) di sini hari ini.


Foto: Utusan Online

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh kemudian menyampaikan trofi anugerah itu kepada Najib yang diwakili anaknya, Datuk Mohamad Nizar Najib.

Terdahulu, satu video montaj ditayangkan kepada perwakilan Pemuda UMNO yang berkisar sejarah dan rekod khidmat Najib sepanjang berkecimpung dalam politik.


Dewan Tun Razak kemudiannya bergema dengan laungan Boskur yang sinonim dengan gelaran Najib selepas beliau tidak lagi bergelar sebagai Perdana Menteri.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun berserta denda RM210 juta selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas beliau bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 9-6-2023 08:29 AM
makanya? kena ckp wowww gitoooo???

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.048109 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top