CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kimpal Batang Besi Selepas Parkir Kena Rembat

7-6-2023 09:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 932| Komen: 4

Description: Lelaki di China mengambil tindakan drastik dengan mengimpal penghadang besi bagi mengepung sebuah kereta apabila pemiliknya enggan mengalih kenderaan tersebut selepas mengebas ruang parkirnya.Kejadian ...
Lelaki di China mengambil tindakan drastik dengan mengimpal penghadang besi bagi mengepung sebuah kereta apabila pemiliknya enggan mengalih kenderaan tersebut selepas mengebas ruang parkirnya.

Kejadian berlaku di Chaosheng di wilayah Chaozhou, China apabila lelaki dikenali sebagai Zasu mendapati parkir yang disewanya 'diceroboh' kereta lain.



Walaupun beberapa kali cuba menghubungi pemiliknya untuk mengalihkan kenderaan dengan kadar segera tidak dilayan, Zasu terpaksa mengambil keputusannya sendiri.

Zazu memutuskan untuk mengepung kenderaan itu dengan mengimpal tiang besi di sekeliling parkir sebagai memberi peringatan terakhir kepada pemilik kereta yang degil itu.

Keputusan itu dibuat selepas dia membuat enam panggilan telefon selama dua jam dan pemilik kereta yang berjaya dihubunginya menjelaskan ia parkir awam dan enggan mengalihkan keretanya.

Seorang peguam China menjelaskan hanya orang yang memiliki dengan menyewa parkir berhak menggunakannya secara eksklusif.


Justeru, individu lain dilarang menggunakan tempat letak kereta tanpa kebenaran pemiliknya dan mereka boleh melaporkannya kepada syarikat untuk tindakan seterusnya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 7-6-2023 10:20 PM
Ambikkk kau.. degil sggh Dan tak malu sggh
Quote zarulnazmi 8-6-2023 08:06 AM
Kalau area flat kos tinggi memang parking dia ada yang khas untuk penghuni yang dah bayar. Biasanya kat tapak kotak parking dah disembur atau dicat dengan nombor unit penghuni. Tapi tu yang saya tahu sebahagian tempat di Malaysia je. Kalau negara lain entah macam mana caranya.
Quote KamikuP 8-6-2023 08:18 AM
Bagus cara ini
Quote zorrro_03 8-6-2023 08:22 AM
tu nampak mcm mesin grinder dia guna. tuan kereta yang kena halang kot sedang potong besi nak alih kereta kot  

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.048446 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top